sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MENTERI BELIA. Show all posts
Showing posts with label MENTERI BELIA. Show all posts

Saturday, 1 June 2013

PEHHH !!! FAM KENA LAGI !!! TAK PATUT FAM NIH !!!! ROMBAK FAM !!!!

Khairy Jamaluddin

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas.

"Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000.

"Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi bersama Timbalannya, Datuk M.Saravanan ke Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini.

Khairy juga menyifatkan sebagai tindakan kurang tegas FAM terhadap PBNP ekoran kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu, menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda dan diadakan di gelanggang berkecuali.

Jawatankuasa Tatatertib FAM mendenda PBNP sebanyak RM100,000 manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM20,000 ekoran kekecohan itu.

"Kita tidak tahu kenapa terlalu ramai penonton boleh berada di stadium sedangkan tiket perlu dijual mengikut kapasiti stadium," katanya.

Menurutnya insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan FAM perlu segera menyiasat dan mencari jawapan kerana ianya telah mencemarkan nama baik bola sepak negara.

"Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan amat kecewa dengan PBNP kerana mereka gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai tuan rumah," katanya.

Khairy turut meminta agar FAM bertindak menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesuruhjaya perlawanan kerana gagal menyelaraskan semua aspek perlawanan termasuk soal keselamatan dan tiket. - Bernama

Sunday, 26 May 2013

VIDEO HOT !!! MENTERI BELIA SERU APA TU ?? JOM TERJAH !!! @KhairiKJ #FBP13


Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin menyeru kepada golongan belia agar bersama- sama menyokong pentadbiran negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Khairy, kini bukanlah masa untuk bersengketa dalam mengejar impian peribadi masing-masing, tetapi dalam usaha memacu kemajuan negara bersama pentadbiran negara sedia ada

PANAS !!! APA MENTERI BELIA BUAT HIH !!! @KhairiKJ #FBP13








YB KJ sempat jamming selagu bersama band band yang membuat persembahan semalam di booth The Blues Unity

Hebat Menteri Belia kita, ada kebolehan bermain alat muzik.. Rata rata hadirin yang hadir tadi terhibur dan terpegun dengan persembahan beliau.

TERUS MEMBANGUN BERSAMA BELIA 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...