sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MUKHRIZ. Show all posts
Showing posts with label MUKHRIZ. Show all posts

Wednesday, 22 May 2013

TUDIAAA !!! KETUA PEMBANGKANG KEDAH !!!! KESIAN PHAHROLRAZI !!

Amiruddin dijangka Ketua Pembangkang Dun Kedah


Ir Amiruddin Hamzah



ALOR SETAR - Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dijangka bakal menggalas tanggungjawab selaku Ketua Pembangkang Dun Kedah, apabila Dun Kedah bersidang bulan depan.

Amiruddin yang juga Bendahari Pas Kedah disebut-sebut sebagai pemimpin paling layak untuk berdepan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, setelah Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi melepaskan jawatannya.

Datuk Mahfuz Omar yang dilantik sebagai Pesuruhjaya menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang keuzuran, merupakan anggota Parlimen, dan tidak tersenarai sebagai Ketua Pembangkang.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Ismail Salleh pula tidak bertanding kerusi Dun pada PRU13, termasuk Timbalan Pesuruhjaya III, Mat Isa Shafie.

Sumber dalaman Pas Kedah berkata, berdasarkan kedudukan dalam parti, Amiruddin dilihat paling layak dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah.

“Tak mungkin Azizan dilantik kerana beliau masih belum pulih sepenuhnya, kemungkinan selepas Phahrolrazi undur diri, selain Ismail dan Mat Isa yang dilihat kurang sesuai, paling layak ialah Amiruddin,” katanya.

Menurut sumber ini yang mempunyai hubungan rapat dengan Phahrolrazi, peletakan jawatan Phahrolrazi juga ada kaitan dengan jawatan Ketua Pembangkang.

“Saya andaikan Phahrolrazi tak sanggup berdepan dengan banyak isu yang beliau sendiri sebelum ini tidak serasi dengan keputusan yang dibuat oleh Azizan. Ini pasti memberi kesukaran kepada beliau untuk berhujah,” katanya.

Mengulas tindakan Phahrolrazi yang dilihat drastik melepaskan jawatan sejurus Mahfuz dilantik menerajui Pas Kedah, sumber berkata, ia bukan didorong oleh perasaan ‘merajuk’ sebaliknya, sekadar memberi laluan kepada Mahfuz memilih pembantu.

“Mahfuz selaku ketua baru, ada hak pilih sendiri siapa yang dia mahukan sebagai pembantu.

"Atas faktor itu, Phahrolrazi berundur. Mahfuz perlu tubuh pasukan baru segera, bukan enam bulan lagi selepas muktamar,” katanya.

Menurutnya, pasukan itu wajar segera membuat penyusunan semula termasuk gerak kerja untuk menggempur BN Kedah, dan tidak wajar menunggu sehingga enam bulan untuk lantikan semula.

“Kita tak perlu buang masa, pasukan baru patut sudah dibentuk untuk gempur pimpinan BN. Walaupun ada spekulasi dakwa Phahrolrazi letak jawatan sebab merajuk kerana tidak menyandang jawatan Pesuruhjaya, termasuk tidak sebulu dengan Mahfuz, itu persepsi pihak luar,” katanya.

Beliau turut menafikan wujud kem Phahrolrazi dan kem Mahfuz sejurus perubahan itu, sebaliknya menegaskan hanya wujud kem Phahrolrazi dan kem Azizan.

“Hubungan Phahrolrazi-Mahfuz baik dan tidak wujud kem antara mereka seperti didakwa," katanya. SINAR

Tuesday, 7 May 2013

Pehhhh !!!! MB MUDA KEDAH DAH MULA DAH !!!! #PRU13 #GE13 #BNBagus


Alhamdulillah , akhirnya rakyat Kedah dah dapat MB Baru , muda lagi berilmu , hari ini MB Baru Kedah mula tugas di kerusi yang dulunya milik Azizan Razak .



Kami anak-anak muda mengharap dan akan terus membantu MB Muda kita membangunkan negeri Kedah ini dengan bersungguh-sungguh agar Kedah kembali di landasan sebenar untuk menjadi negeri maju. 

Kepada kerajaan pusat , bantulah kami dan salurkanlah segala bantuan kepada negeri Kedah untuk kami membangunkan semula Kedah. Anak muda Kedah sudah membuat keputusan untuk Dato Mukhriz memimpin Kedah.

Segala rintangan dan ujian rasa berbaloi dengan kemenangan ini. 

Kepada Seluruh rakyat Kedah , terima kasih atas sokongan pada BN dan teruskan bersama membangunkan ekonomi dan segalanya di Kedah. 

Saturday, 4 May 2013

PANAS !!! MASUK BN PULAK DAH !!! ANWAR KELU !!!! #TukarKedah #SaveKedah


Setiausaha Kerja PKR Kedah, Mohd. Muhaimin Hassan hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyerai UMNO. Tindakan beliau itu akan turut disertai oleh 200 pengikut yang lain kerana kecewa dengan masalah moral Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd. Muhaimin berkata, terkejut dan insaf apabila melihat rakaman video Saiful Bukhari Azlan yang melakukan sumpah laknat di hadapan Kaabah bagi mempertahankan dakwaan bahawa dia telah menjadi mangsa seks songsang pemimpin pembangkang itu.

Beliau sebelum ini tidak mempercayai semua tuduhan terhadap pemimpin PKR itu tetapi apabila melihat video di Youtube, dia menyedari bahawa dakwaan Saiful Bukhari adalah benar kerana jika seseorang yang berniat jahat sahaja ketika hendak berhadapan Kaabah dia pasti ditimpa bencana.

Mohd. Muhaimin juga memohon maaf kepada negarawan ulung Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas perbuatannya selama ini yang mencerca pemimpin berkenaan.

Turut hadir pada upacara pengisytiharan keluar PKR itu ialah Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Kedah, Datuk Mukhriz Mahahtir.yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam.

Monday, 11 February 2013

EKSKLUSIF : VIDEO 10000 RAKYAT KEDAH BERHIMPUN DI PROGRAM SELAMATKAN KEDAH !!!! #SaveKedah #TukarKedah







PADANG TERAP- Lebih dari 10,000 yang majoritinya terdiri dari golongan anak muda Kedah telah menyertai himpunan besar-besaran di Tasik Pedu dalam program " Selamatkan Kedah " bagi melihat sendiri kemusnahan di kawasan Carok Batang Padi yang terletak berhadapan dengan Tasik Pedu.

Kawasan berkenaan telah musnah sama sekali setelah Kerajaan Negeri pentadbiran Pakatan Rakyat dengan rakusnya telah melakukan pembalakan yang tidak terkawal dengan alasan hendak di bangunkan dengan tanaman buah-buahan bagi menarik pelancong datang ke kawasan tersebut.

Sebenarnya alasan yang di guna pakai Kerajaan Negeri pentadbiran Pakatan Rakyat hanyalah mahu menutup niat mereka yang hanya mahukan balak bermutu tinggi di kawasan hutan tadahan air.


Tuesday, 4 December 2012

GEMPAQ !!! JUTAWAN SEDIA KEMBALI BERPERANG BANTU UMNO/KEDAH !! #BNBAGUS

Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan hanya 4 sahaja yang dapat dipertahankan oleh Barisan Nasional pada tahun 2008. Antara kerusi parlimen tersebut ialah Langkawi, Kubang Pasu, Jerlun dan Alor Setar. Sama ada kita sedar atau tidak, semua kerusi tersebut adalah kawasan yang mempunyai kaitan dengan Tun Dr Mahathir.

Parlimen Alor Setar (Kota Setar) adalah parlimen pertama Tun bertanding. Manakala Kubang Pasu dan Langkawi sinonim dengan beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri. Jerlun pula sebuah kawasan baru dan cuba dijadikan kubur politik Mukhriz pada PRU12, tetapi tanpa dijangka dan kuasa Yang Maha Esa, usaha jahat ini tidak terlaksana. Siapa sangka ‘magis’ dan ‘bisa’ negarawan ini masih kuat auranya dalam politik di Negeri Kedah.

Legasi perjuangan negarawan tersohor ini harus diteruskan melalui anak ketiga beliau iaitu Mokhzani. Beliau adalah antara individu terbaik untuk memikul harapan dan cabaran untuk membantu kemenangan salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada PRU13. Malah ramalan banyak kerusi yang dijangkakan akan kembali memihak kepada BN pada pilihnraya akan datang boleh menjadikan kehadiran 2 orang anak negarawan ini untuk mengukuhkan UMNO dan Barisan Nasional di Kedah.


Umum mengetahui ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir, anak-anak beliau tidak dibenarkan bertanding. Selepas persaraan Tun, hanya Mukhriz sahaja dibenarkan aktif berpolitik dan Mokhzani terpaksa mengalah. Keadaan kini sudah berubah, Tun Dr Mahathir harus membenarkan Mokhzani turun ke gelanggang membantu kemenangan BN Kedah.

Pengalaman menjadi Ketua Pemuda UMNO Merbok, Bendahari Pemuda UMNO Malaysia dan Bendahari UMNO Negeri Kedah adalah aset besar untuk Mokhzani terlibat semula secara aktif. Dengan kekayaan perniagaan dan diiktiraf antara orang Melayu terkaya, beliau tidak perlukan jawatan politik untuk mengumpul harta.

Ketika politikus lain hanya mempunyai jaket keselamatan atau pelampong untuk berenang, Mokhzani sudah mempunyai bahtera untuk meredah dan belayar di samudera politik Malaysia. 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya' : 'Kalau tidak diberikan peluang, manakan nampak kehebatannya'.

Kredit kat SINI

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...