sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MB KEDAH. Show all posts
Showing posts with label MB KEDAH. Show all posts

Saturday, 10 January 2015

#PascaBanjir : Saya Terkejut Lihat Keadaan DI Manik Urai - MB Kedah



Kelantan - Kedah Tubuh Base Camp dan Bina Perumahan Sementara Untuk Bantu Mangsa Banjir Kg. Karangan

Dalam lawatan YAB MB Kedah ke Kampung Karangan, Manik Urai, beliau cukup terkejut melihat keadaan kampung yang dilanda banjir, seolah-olah berlaku tusnami kecil disana.

Keadaan rumah yang hanyut dibawa air, runtuh dan ada yang musnah sama sekali, membuatkan beliau bersedia untuk membantu penduduk di kampung berkenaan.

Dalam ucapan Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir beliau berkata,

"Kerajaan Kedah bersedia membantu penduduk Kampung Karangan, dengan menubuhkan base camp untuk membantu penduduk tempatan, membersih kawasan yang dilanda bencana banjir"



Tambah beliau lagi.

Sunday, 2 November 2014

#KEDAH : JANGAN BIARKAN ANAK CUCU KITA WARISI ALAM SEKITAR YANG TERCEMAR @MukhrizMahathir



Malam semalam,negeri Kedah sekali lagi dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada sebuah program peringkat kebangsaan. Kali ini negeri Kedah dipilih menjadi tuan rumah bagi Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Kebangsaan 2014 yg diadakan di Tasik Darulaman,Jitra dengan tema "Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari".

Mungkin ramai yg tidak sedar,Hari Alam Sekitar Malaysia diisytiharkan oleh YDP Agong disambut pada setiap tahun pada tarikh 21 Oktober. Sambutan tahun ini adalah sambutan bagi kali ke-23 setelah termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada 21 Oktober 1989.

Majlis perasmian Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 ini disempurnakan oleh YAB MB Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir. YB Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar serta YBhg Ketua Pengarah Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar turut sama hadir ke majlis perasmian malam semalam.

Semalam juga turut diumumkan juga pemenang bagi Anugerah Langkawi. Anugerah yg mula diperkenalkan pada tahun 1991 bagi memperingati Deklarasi Langkawi yg ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara Komanwel.

Sunday, 26 October 2014

TERBAIK !! MEK MULUNG DI IKTIRAF SENI WARISAN KEDAH - @MukhrizMahathir



Semalam Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir merasmikan pembukaan Sidang Kemuncak Penulis Malaysia, dan sekali gus melancarkan buku Mek Mulung: Kesenian Perantaraan Manusia dan Kuasa Ghaib Warisan Kedah Tua.

Malam yang menghimpunkan penulis dari seluruh negara, amat bermakna apabila usaha penerbitan dan dokumentasi Mek Mulung sebagai warisan seni tunggal negeri ini telah diusahakan oleh ITBM dan BDB.

Dengan mengambil fakta bahawa Kedah sebagai satu-satunya negeri di mana Mek Mulung dimainkan dari generasi ke generasi selama lebih 400 tahun ini, maka semalam DSMM mengumumkan Mek Mulung sebagai SENI WARISAN KEDAH.

Susulan pengiktirafan ini, pelbagai usaha akan digerakkan Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak tertentu, khususnya ITBM dan BDB, untuk mempromosi teater tradisional ini ke peringkat nasional dan antarabangsa, sekali gus membuka jalan untuk membolehkan Mek Mulung suatu hari nanti dipertimbangkan UNESCO sebagai World Heritage atau Warisan Dunia.

VIDEO : DS @MukhrizMahathir CUBA MERASAI SENDIRI CARA GUNA MESIN BRAILLER #KedahAmanMakmur



YAB DS Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri cara mengunakan mesin brailler sempena hari tongkat putih antarabangsa peringkat kebangsaan yang diadakan di Perkarangan Wisma Darul Aman semalam..

#MMFC #HanyadiKedah #KedahSerataRata



Wednesday, 24 September 2014

DS @MukhrizMahathir LAWAT AJK PEMUDA JERLUN DI HOSPITAL #MMFC #MBKedah #KedahAmanMakmur



Petang tadi Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir berkunjung ke hospital Sultanah Bahiyah untuk melawat seorang AJK Pemuda Bahagian Jerlun yang separa koma akibat kemalangan jalanraya dua minggu lepas.

Nor Hisham Ramli yang kemalangan jalanraya semasa menaiki motosikal bersama anaknya terlantar apabila tempurung kepalanya retak dan otaknya mempunyai darah beku.

Hisham dipercayai terhantuk teruk ketika kemalangan kerana cuba menyelamatkan anaknya dari jatuh.

DSMM bersama ditemani Supol Dato Azimi Daim memberi sumbangan kepada Hisham dan beberapa pesakit senasib yang terlantar di wad berkenaan.

Sama-sama kita doakan Hisham supaya cepat sembuh.. Insyallah ..

#MMFC #KedahSerataRata

# Share dari Page Rasmi Mukhriz Mahathir FC 

Thursday, 6 March 2014

TERBAIK !!! BERI PELUANG INDIVIDU SENARAI HITAM BELI RUMAH PPR - MB KEDAH @mukhrizmahathir @najibrazak




Kerajaan Negeri Kedah mencadangkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencari mekanisme terbaik bagi memberi peluang kepada individu disenarai hitam untuk memiliki
rumah sendiri di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kebiasaannya kebanyakan individu yang memohon untuk membeli rumah PPR gagal mendapat pinjaman institusi kewangan kerana telah disenarai hitam akibat tanggungan hutang.

"Ada (pembeli) yang mempunyai masalah kadang-kadang disenarai hitam CTOS (Credit Tip Off Service) atau CCRIS (Central Credit Reference Information System), jadi kedudukan kredit mereka tidak baik.

"Saya bagi pihak mereka merayu kepada KPKT supaya mempermudahkan urusan pasal kes pinjaman tersangkut ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran PPR Dimiliki Peringkat Negeri di Kampung Naga dekat sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sangat berharap pihak kementerian dapat 'menutup sebelah mata' dan mempertimbangkan pembelian bagi mereka yang mengalami masalah tersebut.

Tuesday, 21 January 2014

PANAS !! BN AKAN TUMBANG PRU14 JIKA TIDAK POPULAR ?? @MukhrizMahathir @NajibRazak



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar “betul tapi tak popular” dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".

"Malangnya dalam keadaan sekarang, BN menang tipis tak dapat dua pertiga majoriti seperti sebelum ini. Ada perkara yang boleh dibuat, ada yang tak mampu dibuat selagi kita tidak dapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.

Saturday, 20 July 2013

TUDIA !!! TERBAIK , MB KEDAH MENGIMAMKAN SOLAT ASAR DI RUMAH BEKAS PEMIMPIN PAS, HASAN ALI DI KUALA BESUT @MukhrizMahathir #PRK #KualaBesut




Semalam Menteri Besar Kedah telah ke bilik gerakkan Kedah semperna pilihanraya kecik bagi Dun Kuala Besut di Kampung Air Terjun, Kuala Besut bagi membantu jentera pilihanraya BN Kuala Besut .

Datuk Mukhriz juga telah berkunjung ke rumah bekas bendahari Pas Gong Penaga  iaitu Hasan Ali 68 tahun dan sempat mengimamkan solat asar di rumah tersebut. 



Dalam satu kenyataannya bersama media, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut mengekalkan pemerintahan Terengganu di bawah Barisan Nasional (BN) dengan memilih BN pada pilihan raya kecil DUN itu 24 Julai ini.

"Oleh kerana sudah ada yang baik-baik di negeri Terengganu ini, sehinggakan kami dari Kedah dan negeri-negeri lain pun datang untuk belajar dengan Terengganu, maka saya rasa tidak ada sebarang keperluan untuk penduduk negeri ini menukar kerajaan.

"Kami lihat kerajaan BN Terengganu adalah satu kerajaan yang begitu progresif dan mempunyai wawasan serta pendekatan luar kotak yang telah berjaya melonjakkan negeri ini ke tahap jauh lebih baik berbanding terdahulu termasuklah bidang pendidikan," .

Beliau turut menyampaikan wang zakat kepada lebih 100 penerima dari Kampung Air Terjun semalam.

Mukhriz juga berkata, Kedah akan mencontohi teknik pendidikan Terengganu terutama dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga mencatat keputusan cemerlang untuk 11 tahun berturut-turut.

Selain itu, Terengganu juga membuktikan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) paling cemerlang empat tahun berturut-turut dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tiga tahun berturut-turut.

Mukhriz turut menaruh keyakinan terhadap perwatakan dan peribadi calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk membawa kemenangan pada 24 Julai ini.

"Oleh kerana saya difahamkan pengundi muda di sini sebanyak 54 peratus, saya yakin dengan pendekatan secara terus dan perwatakannya yang rendah diri itu mampu menarik pengundi terutama golongan muda," katanya.

Apj bangga dengan Menteri Besar Kedah ni kerana selalu turun ke padang melihat dan membantu menyelesaikan masalah rakyat dan kali ini Menteri Besar telah membantu BN dalam PRK Kuala Besut. Selain itu selalu juga Datuk Mukhriz mengimamkan solat tak kira dimana bersama orang kampung dan rakyat. Satu contoh yang baik dari Menteri Besar muda Kedah ni . 

Setiap minggu, hari sabtu juga Datuk Mukhriz telah menganjurkan kuliah Agama di kediaman rasmi beliau di Seri Mentaloon. Kuliah Agama ini boleh ditonton di blog Apj sendiri dan juga boleh di tonton secara live di www.kedahlive.tv 

Sunday, 14 July 2013

HOT NEWS : SAYANGNYA MUKHRIZ PADA TAN SRI AZIZAN !!! MELAWAT LAGI DI BULAN PUASA !! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah @abdulhadiawang



Semalam Menteri Besar Kedah , Datuk Paduka Mukhriz Mahathir melawat Bekas Menteri Besar Kedah , Tan Sri Azizan Razak di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang. Apj tak pasti berapa kali sudah Datuk  Mukhriz Mahathir melawat Tan Sri Azizan selama 67 hari Tan Sri Azizan menerima rawatan selepas melakukan pembedahan memotong kedua-dua kakinya akibat kencing manis. 

Apj bangga jugak dengan keperihatinan Menteri Besar Muda Kedah ni terhadap Tan Sri Azizan. Selalu dia datang jenguk dan melihat keadaan kesihatan Tan Sri Azizan. Masa mula-mula masuk wad di Kedah Medical Centre (KMC) dulu , Datuk  Mukhrizlah antara terawal datang melihat keadaan Tan Sri Azizan sebelum Tan Sri dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. 

Tak semua orang boleh datang selalu melawat Tan Sri Azizan tapi pantang terluang sikit masa semestinya Datuk Mukhriz datang melawat tambah-tambah dibulan puasa ni bagi memberi semangat kepada Tan Sri Azizan walaupun berbeza fahaman politik tapi semangat persaudaraan sesama Islam tetap kuat. Sepatutnya itulah contoh yang harus semua orang lihat dan ikut , politik tidak boleh memutuskan hubungan silatulrahim sesama kita. 


Semalam Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, keadaan Tan Sri Azizan bertambah baik dan sering dilihat tersenyum setiap kali ahli keluarga dan sahabatnya datang melawat.

"Tan Sri sekarang dalam tempoh pemulihan namun ia mengambil masa untuk beliau kembali pulih sepenuhnya.

"Beliau sudah mampu berkomunikasi namun tidak boleh bercakap dengan lancar sebaliknya akan menggunakan pen dan kertas jika mahu berinteraksi dengan ahli keluarga,"

Bersyukur dengan keadaan kesihatan yang semakin baik, Azizan dikatakan berhasrat untuk membuat kenduri dan menyumbangkan seekor lembu kepada HPP.

"Sebelum ini setiap kali Ramadan beliau akan membuat perkara yang sama (menyumbangkan seekor lembu) kepada mana-mana hospital di Kedah namun kali ini beliau memilih memberinya kepada HPP," katanya.

Faekah berkata, Azizan tidak dibenarkan menjalani ibadah puasa tahun ini berikutan keadaan kesihatannya yang memberlukan pemberian ubatan-ubatan secara berterusan.

Beliau berkata, suaminya kini masih lagi makan dan minum menggunakan tiub dan tidak mampu berpuasa sehingga hari ini.

Apj berdoa agar kesihatan Tan Sri bertambah baik dan pulih bagi meneruskan perjalanan kehidupan. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan. 

Wednesday, 10 July 2013

TUDIAA !!!! BARU BERAPA BULAN MENTADBIR KEDAH , DAH MACAM-MACAM PELABURAN YANG DIBAWA MASUK !! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah



Al-Rajhi rancak pembangunan Kedah

Sungai Petani: Al-Rajhi Bank (Al-Rajhi) berkeyakinan kehadiran institusi kewangan terkemuka dari Arab Saudi berkenaan di negara ini terutama di Kedah mampu membantu merancakkan pembangunan di negeri ini melalui beberapa produk perbankan yang diperkenalkan.

Malah, kehadiran Al Rajhi juga diharap dapat merapatkan hubungan antara negeri ini dengan negara Timur Tengah yang dilihat banyak membuka peluang pelaburan dan perniagaan kepada usahawan bukan sahaja di Kedah, malah di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azrulnizam Abdul Aziz berkata, Al Rajhi menawarkan pelbagai produk peruncitan dan borong yang direka khas untuk keperluan masyarakat dari individu bawahan sehinggalah kepada golongan mewah, jemaah haji serta pekerja warga asing.

Katanya, bank berkenaan turut menawarkan produk kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan juga syarikat korporat multinasional, selain Al Rajhi juga terkenal di kalangan jemaah yang mengerjakan haji dan umrah di Makkah dan Madinah.

“Sejak dibuka di negara ini pada 2007, Al Rajhi Bank kini mempunyai 24 cawangan di seluruh negara termasuk di Sungai Petani serta Sabah dan Sarawak. Bank ini turut memasang sebanyak 102 mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta mempunyai seramai 170,000 pelanggan.

“Sebagai bank Islam terbesar dengan 700 cawangan dan 3,100 cawangan ATM seluruh dunia, Al Rajhi Bank berusaha memperkenalkan pelbagai produk 100 peratus berlandaskan syariah bagi memenuhi keperluan pelanggan di negara ini.

“Malah, kejayaan bank ini melalui sistem perbankan Islam di Malaysia juga merintis jalan kepada pengurusan Al Rajhi Bank untuk membuka cawangan di Jordan dan Kuwait,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian cawangan Al Rajhi Bank ke-24 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir di Lagenda Height, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mukhriz turut melancarkan kad Hijrah Priority yang ditawarkan kepada pemegang akaun dan juga pelangan berpendapatan RM3,500 sebulan selain penyerahan sumbangan Pegawai Penyelaras Masjid Kuala Muda Ahmad Nizam Ariffin sempena Ramadan.

mymetro 

Apj : Baru berapa bulan memerintah dan mentadbir Kedah , dah macam-macam yang dibawa masuk pelaburan diKedah, Tahniah Mb Kedah 

Sunday, 30 June 2013

ITUDIAAA !!! MERCU KEGEMILANGAN KEDAH @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

SMSAH mercu kegemilangan negeri Kedah



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) menjadi mercu kegemilangan negeri Kedah apabila berjaya menempa pelbagai kejayaan cemerlang.

Seri Paduka, yang amat berbangga dengan kejayaan berkenaan, berkata sekolah yang ditubuh pada 1963 itu melahirkan ramai tokoh dan ketua kerajaan berkaliber menjadikan sekolah yang mendukung nama baginda tersohor.

"Walaupun bermula sebagai sekolah harian biasa, kemudian diangkat menjadi sekolah berasrama penuh, kejayaan sekolah ini menjadi mercu kegemilangan negeri Kedah.

"Sekolah ini berevolusi menjadi sekolah elit dan seterusnya pada 2011, dinobatkan sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)," titah Seri Paduka pada majlis santapan malam sempena sambutan Jubli Emas SMSAH di sini.

Seri Paduka bertitah kedudukan SMSAH sebagai yang terbaik dan tertinggi antara sekolah dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah meletakkannya sebagai destinasi impian pelajar dan ibu bapa.

"Dengan kedudukan sehebat ini, beta percaya sekolah ini mampu bertahan dengan pencapaian cemerlang untuk tahun-tahun yang akan datang," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut merakam ucapan tahniah dan syabas kepada warga sekolah itu, tidak kira pendidik, pelajar atau bekas pelajar, atas segala usaha yang tidak pernah mengenal erti jemu dan sentiasa bersemangat mengharumkan nama SMSAH sepanjang tempoh 50 tahun ini.

"Oleh itu, beta menyeru agar semua warga SMSAH sentiasa berusaha mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang," titah baginda.

Pada majlis itu, Seri Paduka turut melancarkan Yayasan Pelajar SMSAH bagi memperkukuh kedudukan kewangan alumni sekolah berkenaan dan manfaat pelajarnya. - Bernama

Friday, 28 June 2013

HOT NEWS !!!! RAKYAT KEDAH BERTUAH SUNGGUH , TERBAIK LA DER !!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

PUSAT TRANSFORMASI BANDAR ( UTC ) KEDAH BEROPERASI BULAN HADAPAN



Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah yang dibangunkan dengan kos sebanyak RM40 juta dijangka beroperasi di Kompleks Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Jalan Kolam Air mulai 22 Julai ini.

Datuk Bandar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, UTC Kedah yang berkeluasan 77,688 meter persegi di bangunan enam tingkat itu merupakan UTC kelima di negara ini selepas dibuka di Kuala Lumpur, Melaka, Pahang dan Perak.

Menurut beliau, UTC Kedah menyediakan perkhidmatan di bawah 10 kluster termasuk keselamatan, kesihatan, perkhidmatan, kewangan, pembangunan belia, utiliti dan pendidikan.

"Bangunan itu nanti turut menyediakan bilik mesyuarat berkapasiti 150 orang dan dua bilik seminar serta gelanggang futsal di tingkat atas," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mat Noh berkata, sehingga kini sebanyak 22 jabatan kerajaan dan swasta telah membuat pengesahan untuk beroperasi dan akan ditempatkan mulai 15 Julai ini.

Menurutnya, antara jabatan terlibat adalah Klinik 1Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Apabila siap kelak, UTC Kedah akan memudahkan orang ramai berurusan di bawah satu bumbung, tidak perlu ke sana sini," katanya.

Tambahnya, kemudahan lot tempat kereta juga disediakan di bangunan tersebut sebanyak 400 lot.

Terdahulu sebanyak 21 Ahli Majlis MBAS dilantik bagi penggal 2013 hingga 2014.

Mat Noh berkata, pelantikan itu terdiri daripada kalangan profesional, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penjaja, belia dan ahli korporat.

"Selepas ini kita akan buat lantikan jawatankuasa kecil mengikut keupayaan masing-masing dan cuba seimbangkannya," katanya.

UTUSAN ONLINE

Wednesday, 26 June 2013

PANAS !!! Woiiii BLOGER-BLOGER !! SAPA KATA TMK NI ANAK TIRI UMNO KEDAH ?? CEHHH !! #HanyaDiKedah


Dari semalam dok kecoh para blogger semalaya tentang TMK yang dipinggirkan UMNO Kedah, mana ada kami dipinggirkan ? kami cuma tak dibawa bercuti ke Vietnam saja , 


tak di beri penghargaan saja , tak dilayan seperti blogger hebat yang Tok Bashah bela tu saja, tak diberi sedikitpun beras sumbangan untuk kami makan saja , 


Dan dan dan itu itu saja !!! Kenapa hampa duk kata yang bukan-bukan dekat UMNO Kedah ni pasai apa ? kesian kat depa penat lelah siang malam duk nak bagi BN tawan Kedah dari PAS !!! hampa ni blogger-blogger jangan kojaq sangat , bukan kami tak makan pun , cuma kadang-kadang ja tak berasa lauk sedap !! kami TMK tak apa !! Kalau bab hutang ni biasa dah hihi.. sampai naik meluat orang !! 

TMK buat keja apa la sangat , kalau takat mengadap 24jam laptop dan notebook 1 Malaysia ni hari-hari dapat apa ? takat nak tepis fitnah pembangkang ja !! itu saja !! Kalau ada operasi turun ramai-ramai plan bagi cantik ! itu saja ! Takat kes-kes besar seperti balak , kuin , kelab malam , rumah urut , pelacuran , kes salah laku pemimpin PAS Kedah apa lah sangatpun !! Kes balak bawa TV3 , tv itu ini , berita itu ini apalah sangatkan !! Takat meletup satu Malaya saja !! 



Selama berapa tahun TMK digabungkanpun sebulan takat 200 - 300 artikel saja keluar , pasal Kedah 70% ja dari artikel tu , itu saja !! Sebelum bergabung tenaga masing-masing duk bertempur secara individu saja , takat nama Kedah Ke KL , Medan Tempur , Aktivis Pendang jr , Pisau Kedah , Kamera Kupang , Aktivis Pekan Naka , Dahlia bkt lada , Duke Of Umno dan lain-lain,  mana UMNO Kedah kenaipun !! Kalau tanya Tok Bashah kang dia cakap tak kenai buat malu muka ja tanya kiiki !!! 

Setakat potong rumput , motong getah , jual tin , jual burung , jual besi buruk tu dah jadi perkerjaan tetap la ni , tapi untuk pengatahuan hampa,  yang paling hebat adalah sifat persahabatan dalam TMK , Kalau si dia sedih , si diu sudi mendengar , Kalau kedua-dua sedih , si anulah jadi pendengar , kalau semua TMK sedih , MC lah tempat mengadu !! hihihi (dia kan tok ketua) !! 

Semalam Blogger-blogger duk bantai MC dan TMK , kejam betui depa ni kat kami !! kejam kerana tak sanggup tengok TMK diperlakukan sedemikian rupa !! hihi Aku sebenarnya bangga dengan TMK , kerana mampu bertahan dan bersama susah atau senang terutama MC yang banyak bantu dan usaha untuk TMK hidup. Dia buat kami bersatu dan macam adik beradik !! bukan nak puji MC atau puji orang 'kaya' tapi itulah MC yang tak reti penat nak bantu TMK. Aku tabik lu bro !! 

Geng-geng yang duk bantai semalam terdiri daripada samseng-samseng ini SANGKAKALAJARI9 , DOUBLE Y , KULAAN NIRING , KERIS 7 LOK , KEDAH TIMES , BRADER JAI , WARTA RAKYAT , SRI KINTA , HARAPAN ESOK , TUKANG DOK PERATI , MTK , dan ramai lagi , depa bukan duk marah buta tuli tapi atas semangat persahabatan dengan TMK  depa bersuara . Secara peribadi aku nak belanja hampa makan aku pokai nih !! apapun aku hargai ingatan hampa kat TMK . 

Sedap jugak meegi dan kopi ni time-time pagi buta pukul 3 nih !! Ni bukan meegi Vietnam tau , ni meegi Malaysia punya , kopipun Malaysia punya keluaran Kedah lagi tau !! ehh lari tajuk pulak dah !! kang orang kata raih simpati pulak hihi macam-macam manusia nikan !! 

Walaupun dikatakan benggong dan macam-macam lagi kerana bantu UMNO Kedah tapi UMNO Kedah tak pandangpun dan kami sebenarnya bangga dengan diri sendiri kerana usaha dan perjuangan ni berbaloi dengan kembalinya Kedah pada pangkuan BN . Walaupun tiada penghargaan tapi kami tetap harunggi bersama susah, senang , suka duka dan macam-macam lagi !! 

Sekarang ni MB Kedah dan barisan Exco yang mantap buat kami anak-anak Kedah dan pejuang marhean bangga sebenarnya  tapi jika ada benda yang aku rasa perlu aku tegur di arena blog ni aku akan tulis .

Buat sahabat-sahabat dalam TMK sebuah lagu untuk kita semua , ingat blogger-blogger tu ja boleh bagi lagu , cehh !!! 





Sunday, 9 June 2013

HOT !!! @MukhrizMahathir SEDIA TUNGGU 6 BULAN LAGI !!!! APA LAGI NAK !!!

Mukhriz sedia tunggu MCA 6 bulan lagi

Mukhriz sedia tunggu MCA 6 bulan lagi

ALOR SETAR - Kerajaan negeri sedia memberi tempoh hingga enam bulan kepada MCA mengemukakan jawapan berhubung tawaran jawatan Exco kepada wakilnya setelah kepimpinan pusat menetapkan tidak menerima sebarang jawatan.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berharap dalam tempoh berkenaan satu jalan penyelesaian dapat dicapai dan jika masih belum ada perubahan kemungkinan perlu membuat keputusan lain.

Menurutnya, portfolio sepatutnya diberikan kepada wakil MCA disandangnya untuk sementara waktu dengan dibantu rakan lain bagi memastikan segala program dirancang berjalan lancar.

“Sehingga kini kita tidak mengambil sebarang tindakan lain selain hanya terus menunggu kerana tetap menghormati keputusan salah satu parti komponen BN.

“Apa pun kita berharap keputusan menang-menang bagi semua pihak dapat dicapai,” katanya kepada media ketika meraikan kunjungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di pejabatnya, Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Sinar Harian pada 15 Mei lalu melaporkan kerajaan negeri tetap menawarkan jawatan exco kepada wakil MCA meskipun kepimpinan pusatnya menetapkan tidak akan menerima sebarang jawatan ekoran prestasi buruk dalam PRU13.

Berikutan itu, satu kuota jawatan berkenaan yang sepatutnya diserah kepada MCA dikosongkan buat sementara waktu sehingga pihaknya mendapat maklum balas daripada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Mukhriz berkata, portfolio yang ditawarkan kepada MCA ialah jawatankuasa alam sekitar, hal ehwal masyarakat Cina, kesihatan dan perpaduan. SINAR 

APJ : CONTOH PEMIMPIN TERBAIK SEPERTI MUKHRIZ MAHATHIR 

Saturday, 8 June 2013

PANAS !!! HAMPA DENGAQ NI WAHAI PAS KEDAH !! JANGAN DUK FITNAH !! MUFTI DAH BERSUARA !!!




Baru-baru ini PAS Kedah terutamanya para bloggernya mengatakan Kuliah Agama yang sering di adakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon telah di haramkan oleh YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir merupakan satu fitnah amat dasyat terhadap MB Kedah.

Pada awalnya Kuliah Agama di katakan akan bermula pada 01 Jun yang lalu setelah BN berjaya merampas Kedah dari tangan PAS pada PRU 13.. Namun Kuliah tersebut terpaksa di batalkan kerana dewan yang di gunakan untuk mengadakan Kuliah Agama telah di guna pakai untuk program minum teh sempena Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Kuliah Agama yang pada awalnya di jangka di lakukan pada 01 Jun terpaksa di batalkan dan akan di jalankan pada 08 Jun (hari ini).. Maka seperti yang di jangkakan, majlis tersebut berjalan dengan lancarnya dan Kuliah Agama telah sampaikan sendiri oleh Mufti Kedah, Sahibus Samahah Dato' Syeikh Muhammad Baderudin.

Setelah pihak PAS Kedah bersama bloggernya terbukti membuat satu FITNAH terhadap MB Kedah yang kononnya Kuliah Agama di Sri Mentaloon di haramkan.. Kini mereka sekali lagi melakukan satu fitnah apabila mengatakan Kuliah Agama yang di adakan hari ini adalah atsa paksaan dan tekanan dari Mufti Kedah serta rakyat Kedah.

Namun berita tersebut di nafikan sendiri oleh Dato Mufti Kedah dan mengatakan Kuliah Agama yang di adakan hari ini di Sri Mentaloon adalah atas permintaan MB sendiri yang mahukan program yang berbentuk ilmu dapat di teruskan. kl ke kedah

GEMPAR !! LA AHMAD BASHAH NAK LEPAS JAWATAN PULAK !!!

Ahmad Bashah sedia lepas jawatan



ALOR SETAR - Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bersedia melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah jika diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), berkata, kedudukannya itu diserahkan kepada presiden parti atau majlis tertinggi untuk membuat keputusan.

“Saya tengok selepas pemilihan parti, jawatan itu akan diputuskan oleh presiden dan kemungkinan ada perubahan. Saya memahami di mana-mana pun keadaan itu berlaku.

“Saya memang dari dulu lagi bersedia, kita mesti memahami kedudukan bila semuanya sudah selesai selepas pemilihan di peringkat bahagian dan menteri besar pun kita ada.. jadi saya bersedia,” katanya kepada media selepas sambutan ulang tahun pertama kelahiran cucunya, Ameer Farish Fairuz di kediamannya, di sini semalam.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata, berkata Umno Kedah bersetuju jika parti mengambil langkah mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan kali ini.

“Saya amat bersetuju supaya kedua-dua jawatan itu tidak ada pertandingan. Kita harus kekalkan presiden dan timbalan presiden agar mereka terus menjalankan tugas dan tanggungjawab memantapkan parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita perlu tunjukkan perpaduan dalam Umno selepas PRU13 dan ia mesti berada dalam keadaan kuat. Jika berlaku pertandingan jawatan berkenaan, sedikit sebanyak ia boleh menjejaskan kekuatan kita,” katanya.

Ditanya cadangan untuk mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden kemungkinan akan dikecam pembangkang, Ahmad Bashah berkata, mereka (pembangkang) tidak perlu masuk campur hal dalaman Umno.

“Kalau mereka kata langkah ini sebagai diktator, mereka lebih dahsyat lagi diktatornya. Jadi mereka tak boleh tuduh apa-apa kerana ini hak Umno dan kita buat keputusan untuk kepentingan parti.

“Saya akan bawa usul ini dalam mesyuarat perhubungan negeri untuk kita buat keputusan dan minta rakan-rakan dalam parti bersetuju,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata jawatan presiden dan timbalan presiden Umno wajar dipertandingkan pada perhimpunan agung Oktober ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, jawatan itu perlu dipertandingkan kerana Umno mengamalkan demokrasi.

HOT INFO : AZIZAN RAZAK TERIMA GELARAN TAN SRI !! TAHNIAH !!

Bekas MB Kedah tak sangka terima gelaran Tan Sri



ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak terkejut apabila mengetahui beliau dianugerahkan gelaran itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda, 1 Jun lalu.

Isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, sebaik mendapat khabar mengenai perkara itu, Azizan dilihat mengerutkan wajahnya seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu, namun kemudian tersenyum.

“Beliau seperti terkejut, tetapi kemudian nampak tenang dan tersenyum. Azizan masih belum dapat bercakap seperti biasa kerana terdapat sambungan tiub di kerongkong. Saya percaya beliau bersyukur dan gembira,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berita gembira itu disampaikan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengunjungi Azizan di Hospital Pulau Pinang, pada 2 Jun lalu.

“Azizan mahu menyatakan jutaan terima kasih dan menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong atas anugerah itu. Sekurang-kurangnya berita itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang agak suram kebelakangan ini,” katanya.

Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemimpin Pas yang pertama dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri.

Azizan adalah antara 45 individu yang menerima darjah kebesaran PSM, yang merupakan antara darjah kebesaran tertinggi negara dan hanya dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. SINAR 

APJ : TAHNIAH PADA TAN SRI AZIZAN RAZAK DAN MOGA CEPAT SEMBUH 

SAPA CAKAP SWASTA ?? MAIN BEDAL JA !!!

Insaniah kekal milik Kedah




ALOR SETAR - Kerajaan negeri menafikan kolej universiti miliknya, Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal diswastakan, seperti didakwa.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat sebelum ini, sebaliknya menegaskan Insaniah akan kekal menjadi milik kerajaan negeri selama-lamanya.

“Tidak ada cadangan untuk swastakan Insaniah setakat ini, walaupun umum mengetahui ia berdepan pelbagai masalah yang berlarutan sejak bawah pentadbiran PR,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menafikan kerajaan negeri sudah membuat tawaran kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU) yang berminat untuk mengambil alih Insaniah.

“Mungkin ia sekadar cakap kosong atau khabar angin yang timbul ekoran kebimbangan staf atau pelajar yang risau jika kolej universiti itu ditutup,” katanya.

Tajul Urus berkata, selepas beberapa perjumpaan dengan pihak pengurusan dan pentadbiran Insaniah, pihaknya sudah merangka penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk tindakan.

“Kita akan fokus untuk jangka pendek terlebih dahulu, antaranya isu gaji, asrama pelajar dan kebajikan staf. Dua perkara utama yang dikenal pasti untuk tindakan segera ialah atasi kelemahan pentadbiran dan pengurusan serta kekangan kewangan,” katanya.

Menurutnya, bagi tujuan itu, sebuah pasukan khas diwujudkan untuk transformasi Insaniah ke arah lebih baik dalam usaha menentukan hala tuju kolej universiti itu.

“Mesyuarat Exco telah bersetuju untuk wujudkan pasukan khas ini. Langkah pertama ialah melantik Timbalan Rektor, Datuk Che Barni Mohd Noh sebagai pemangku Rektor bermula Jun,” katanya.

Tajul Urus berkata, lantikan itu berkuat kuasa selama enam bulan, sehingga lantikan baru bagi jawatan Rektor dibuat.

“Dalam tempoh transisi seperti ini, kita wajar beri keutamaan kepada perkara penting terlebih dahulu. Ia memerlukan masa untuk selesaikan semua isu berbangkit, saya akan cuba teliti satu persatu ikut kepentingan,” katanya.

Menurutnya, kos operasi Insaniah antara perkara yang diberi tumpuan, dan tidak menolak kemungkinan akan dibuat beberapa rombakan membabitkan jawatan pengurusan tertinggi.

“Perkara yang berkaitan dengan kos operasi akan dinilai, mana-mana yang tidak memberi manfaat kepada Insaniah akan dimansuhkan, selain keutamaan terhadap kebajikan pelajar. Kita akan cuba jimatkan kos dengan buat beberapa perubahan,” katanya.

Tajul Urus turut membangkitkan keperluan memiliki dua kampus iaitu di Mergong dan Kuala Ketil yang akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

“Sekarang ada dua kampus, ia libatkan kos yang banyak. Kita wajar nilai keperluan miliki dua kampus pada masa akan datang. Ianya masih dalam perbincangan dan saya harap pasukan khas itu akan kemuka beberapa cadangan sebagai panduan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mencadangkan agar dilantik konsultan untuk memberi penambahbaikan kepada Insaniah agar lebih cemerlang, sebagai langkah jangka panjang.

“Saya percaya dengan adanya pasukan itu termasuk konsultan, kita akan hasilkan satu penyelesaian terbaik tangani kemelut di Insaniah,” katanya.

Kelmarin, sumber-sumber mendakwa Insaniah bakal diswastakan apabila timbul desas-desus kerajaan negeri menawarkan penjualan kolej itu kepada beberapa buah IPT yang berminat untuk mengambil alih Insaniah. SINAR 

Friday, 7 June 2013

TUDIAA !!! SAPA BERANI NAK LAWAN JAWATAN TU !! !! @MukhrizMahathir @NajibRazak #HanyaDiKedah

MUKHRIZ BAKAL KE HADAPAN JIKA ADA YANG LAWAN PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO 


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, beliau akan berkempen untuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika kedua-dua pemimpin itu dicabar pada pemilihan parti tahun ini.

Katanya, beliau tidak melihat orang lain paling layak untuk dua jawatan tertinggi parti atau mampu bersaing dengan mereka.

"Kalau jawatan tertinggi parti dipertanding iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden, saya melihat Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin akan kekal sebagai penyandang.

"Saya sendiri akan berkempen untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Datuk Azimi Daim, 49, sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Mukhriz mengulas gesaan banyak pihak agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertanding pada perhimpunan agung parti itu Oktober depan bagi memantapkan lagi Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 selain mengelak perpecahan dalam parti.

APJ : TAAT PADA KETUA 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...