YB Ustaz Dato' Haji Mohd Amar bin Haji Abdullah (Dato' Nik Amar) dilahirkan pada 29 Julai 1959 di Jalan Hulu Kota yang kini merupakan tapak Wisma Hasil Dalam Negeri Kota Bharu. Beliau kini merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli.
Dato' Nik Amar merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Haji Abdullah Bin Haji Arshad (Pak Nik Lah) dan YM Hajjah Tengku Chik Binti Tengku Ibrahim. Bonda Dato' Nik Amar merupakan cucu kepada Sultan Muhammad IV melalui nendanya YM Tengku Halimah Binti Tengku Muhammad Yusof (bergelar Tengku Sri Laksamana) Bin Sultan Muhammad IV.
Dari keturunan sebelah bondanya ini, masyarakat setempat lebih mesra memanggilnya Nik Amar sejak kecil lagi. Begitu juga ayahandanya yang digelar Pak Nik Lah, diambil dari isteri kepada datuknya Haji Arshad Bin Tahir Bin Tok Tera seorang ulama yang lebih dikenali dengan Tok Ayah Kedah yang berkahwin dengan YM Raja Meriam yang berketurunan Raja Jembal.
Dato' Nik Amar kini mempunyai empat cahaya mata (2 lelaki 2 perempuan) hasil perkongsian hidup bersama Datin Hajjah Hasmani Binti Husain. Anakanda sulung beliau Taqiyuddin Mohd Amar seorang Hafiz Al-Quran dan pelajar cemerlang di MTAQ Pulai Chondong telah meninggal pada Jun 2004.