sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label P WAYTHAMOORTHY. Show all posts
Showing posts with label P WAYTHAMOORTHY. Show all posts

Monday, 10 February 2014

HOT !! SIAPA LAYAK GANTI WAYTHAMOORTHY ??? @NajibRazak

 

Aku dah agak , semasa pelantikkan Pengerusi Hindraf ni sebagai Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah satu kesilapan dahulu, kita boleh sekarang apa dah jadi, cukuplah selama ini pemimpin Hindraf ini mengugut kerajaan dengan pelbagai perkara. 

Apa yang kita harap semua hancur , kita mahu melihat bangsa India bersatu , bukannya pecah belah , sikap pemimpin Hindraf ni mementingkan diri sendiri dan menekan kerajaan dengan pelbagai benda tidak masuk akal lansung tidak membantu membangunkkan dan memartabatkan bangsa India. 

Hanya tempoh lapan bulan dia sudah buat perangai lama dan meletak jawatan yang diberikan tanpa membawa perubahan langsung dalam masyarakat India. Aku harap kerajaan tidak salah memilih lagi selepas ini. 

Banyak lagi yang boleh kerajaan pilih yang betul-betul mahu membangunkan dan membantu masyarakat India. Tidaktugi langsung kerajaan membiarkan pengerusi Hindraf ini pergi dari kerajaan. Aku berikan contoh terbaik salah seorang aktivis kaum India yang banyak membantu dan mempertahankan hak orang India dalam NGO. 


Saudara Ramesh Rao adalah Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial , suaranya sememangnya tegas dalam satu-satu perkara , tak kira apa isu termasuk isu kerajaan mahupun pembangkang , beliau bersama pengikutnya bingkas bangun membidas atau memberi pandangan. 

Friday, 23 August 2013

WAYTHA PI JAGA HAL SENDIRI JANGAN CAMPUR KERJA POLIS !!!! @zahid_hamidi


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy supaya berhenti daripada mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).

Katanya, Waythamoorthy sepatutnya melepaskan jawatannya dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya.

Tuesday, 21 May 2013

NAJIB SERIUS NAIK TARAF MASYARAKAT INDIA !!!! TERBAIK !!! TANDA PENGHARGAAN TERHADAP MEREKA !!!

Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Pelantikan Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri jelas menggambarkan komitmen dan betapa seriusnya kerajaan meneruskan usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

Buat pertama kali, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa seorang wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India ke Kabinet bagi membantu membawa perubahan positif dalam kedudukan sosioekonomi masyarakat India.

Hindraf, yang sebelum ini menentang kerajaan, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Barisan Nasional pada 18 April, dengan enam perkara utama, bertujuan bagi membawa masyarakat India yang miskin ke dalam arus perdana pembangunan negara.

Seorang pensyarah kanan HELP University, Dr K Harikrishan berkata, kerajaan beri perhatian serius berhubung dilema masyarakat India dan berharap dengan pelantikan Waythamoorthy, ia akan memastikan semua masalah yang melanda masyarakat itu dapat diselesaikan.

Beliau berkata, masyarakat itu terutama generasi muda mahu melihat perubahan yang kekal dalam isu kerakyatan dan juga peluang pekerjaan dan perniagaan, yang sebelum ini diabaikan.

“Dengan pelantikan ini, kita berharap Waythamoorty akan berpegang dengan janji-janjinya bagi membawa gelombang harapan baru kepada masyarakat India. Hari ini keseluruhan tanggungjawab terletak di bahunya dan MIC bagi memastikan semua janji-janji ditunaikan,” katanya.

Pelantikan itu menerima kritikan daripada pelbagai individu, terutama Uthayakumar, yang mendakwa sebagai pemimpin Hindraf, dengan mengkritik adiknya Waythamoorthy kerana menerima jawatan Kabinet dan merujuk beliau sebagai oportunis politik.

Sabtu lalu, Waythamoorthy berkata, beliau akan fokus masalah dihadapi masyarakat India seperti pekerja ladang yang tidak mendapat pembelaan, mereka yang tidak mempunyai taraf warganegara, pendidikan serta peluang perniagaan dan pekerjaan.

Bagaimanapun, penasihat Hindraf, N Ganesan, mengecam kritikan itu sambil berkata, Najib memerlukan individu atau pertubuhan bagi membawa transformasi diperlukan bagi masyarakat India.

Sementara itu, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata, Waythamoorty kini mempunyai tanggungjawab besar bagi menterjemahkan semua yang tersenarai dalam rangka rancangan menjadi tindakan.

“Saya percaya mereka yang kembali menyokong BN akan memerhati dengan dekat rancangan dan pencapaiannya. Saya berpendapat adalah menjadi tanggungjawab wakil masyarakat India untuk memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan masyarakat minoriti termasuk tugas yang diberikan di bawah unit khas bagi memantau dasar-dasar berkaitan masyarakat India.

Ketua Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya Prof Dr S Kumaran berharap pemilihan enam wakil masyarakat India, yang dikehendaki masyarakat itu, akan menyumbang kepada kejayaan bagi membawa masyarakat itu ke peringkat lebih tinggi.

“Pelantikan Waythamoorthy tidak dijangka. Jadi, beliau perlu bijak menggunakan peluang ini untuk menunjukkan dedikasinya bagi membangunkan masyarakat India supaya mereka dapat terus mempercayai beliau sebagai tunggak kepimpinan pada masa depan,” katanya.

Pelantikan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang, Datuk Dr J Loga Bala Mohan sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pula diharap membawa penambahbaikan dan perubahan kepada kehidupan masyarakat India, bersama empat wakil MIC. - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...