sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PAKATAN PEMBANGKANG. Show all posts
Showing posts with label PAKATAN PEMBANGKANG. Show all posts

Friday, 28 December 2012

ANWAR !! DANA SYAITAN UNTUK HANCURKAN AGAMA SENDIRI ?? SUBHANALLAH


AIDCNews – 22/12/12 – Jika di Indonesia, dana asing CIA berselindung di sebalik topeng Asia Foundation untuk membiakkan penularan Islam Liberal di negara itu, di Malaysia pula teknik yang sama juga turut digunakan, iaitu berselindung di sebalik yayasan-yayasan Kristian Jerman.
Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan dana CIA disalurkan kepada yayasan-yayasan Jerman termasuk Konrad Adenauer Stiftung (KAS) sejak tahun 1980-an.

Bekas wakil KAS di Malaysia, Peter Schier dalam wawancara eksklusif The Sun pada November 2006 mendedahkan yayasan Kristian Jerman itu sudah menaja Institut Kajian Dasar (IKD) sejak dari awal penubuhan badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Indonesia, badan pemikir BJ Habibie, The Habibie Center (THC) juga ditaja oleh yayasan Kristian Jerman yang bernama Hanns Seidel Foundation.

Menurut Philip Agee selepas penubuhan NED (National Endowment for Democracy), dana CIA lebih banyak disalurkan kepada NED dan sekutu-sekutunya, termasuklah NDI (National Democracy Institute), IRI (Institute Republican Institute), Freedom House dan sebagainya.

Namun, kerjasama NED dan sekutunya dengan yayasan-yayasan Jerman masih dijalinkan hingga ke hari ini khususnya dalam menaja demokrasi dan gerakan kuasa rakyat di seluruh dunia.




Dr. Bridget Welsh dan Anwar dalam program Habibie Center di Indonesia, November 2012

Barangkali kenyataan ini menjawab kenapa badan pemikir BJ Habibie, THC menjemput dua tokoh luar, Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Dr. Bridget Welsh (perunding Freedom House dan NED) sebagai ahli panel membincangkan buku bertajuk “Democracy Take-Off?: The BJ Habibie Period,” November lalu. Baca selanjutnya, “Rahsia Anwar Raikan BJ Habibie..”




Konrad Adenauer Stiftung (KAS)

Hj.Mohammad Ariffin bin Ismail dalam rencananya bertajuk “Cabaran Akidah : Pemikiran Islam Liberal” mendedahkan bagaimana peranan KAS dalam penubuhan Penubuhan InterFaith Comission (IFC), terjemahan pluralisme agama yang bakal menjadi ancaman kepada Islam di Malaysia.

Malah, modus operandi KAS-IKD turut dipersoal di depan Anwar sendiri dalam pertemuan tertutup di rumah Prof. Osman Bakar, pada 2 Jan 2011.

Kemurahan hati KAS bekerjasama dengan badan pemikir Anwar diragui kerana buku-buku yang diterbitkan itu lebih berbau pluralisme agama dan Islam Liberal.


Friedrich Naumann Stiftung

Selain KAS, Anwar juga dilihat semakin intim dengan satu lagi yayasan Jerman yang dinamakan Friedrich Naumann Stiftung (FNS). Peranan FNS mula dikesan membantu Anwar sejak bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Klik di sini

Satu dokumen yang dilampirkan di bawah menunjukkan Anwar menggunakan kepala surat AI (The office of Anwar Ibrahim), pejabatnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menghantar proposal kepada Rainer Heufer, pegawai FNF untuk kawasan Asia Tenggara.

Surat bertarikh 10 Mei 2006 itu merupakan proposal Anwar untuk melaksanakan program Dialog Intra-Islam, di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada Disember 2006.



Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck . Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara.

Matlamatnya adalah untuk membentuk persetujuan di kalangan semua kumpulan Muslim untuk menerima prinsip umum demokrasi dan kebebasan agama.





 






Betapa liciknya anasir luar yang cuba merosakkan negara kita.Tetapi begitu menyedihkan apabila Agen Islam Liberal seperti Anwar Ibrahim masih diberi sokongan menjadi pemimpin walaupun sudah jelas bukti-bukti dan pendedahan mengenai kegiatannya menyebarkan Islam Liberal. - aidc

PANAS !!! ANJING PAKATAN MENYALAK HINA MUFTI !!!! TUIHH !!!









Laman web Suara Pakatan Rakyat yang sering menjadi kontroversi nampaknya semakin keterlaluan dalam membela PR. Mungkin kerana ketandusan idea untuk membela PAS dalam berhadapan dengan serangan peluru Amanat Hadi, maka laman tersebut sanggup menyamakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan anjing. Ini dilakukan dengan menggabungkan gambar wajah Tan Sri Harussani dengan badan anjing.

Kita sedia maklum dengan sifat takbur dan riak para pemimpin PAS yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama. Justeru, kita tidak terkejut jika apa yang dilakukan oleh laman web Suara PR itu direstui oleh mereka.

Selama ini pun PAS sememangnya memandang rendah para Mufti dan Ulama lain yang tidak menyokong parti mereka. Malah, ulama-ulama Pondok juga tidak diiktiraf PAS. Seringkali fatwa yang dikeluarkan oleh sekumpulan Mufti dan cerdikpandai agama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan juga dianggap sebagai hampas sahaja jika ia tidak memberi keuntungan kepada PAS.

Semua ini digarapkan dengan jelas oleh Suara PR yang menyatakan bahawa “selain Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Harun Din, tidak ada mana-mana pemimpin agama di negara ini yang mempunyai kelebihan ilmu agama melebihi Hadi”.

Laman itu juga menekankan bahawa jawatan mufti hanya menghabiskan wang rakyat kerana rakyat masih berbuat maksiat seperti biasa. Oleh yang demikian, PR ingin menghapuskan jawatan Mufti dan menggantikannya seorang Imam Besar sahaja.

Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala dengan apa yang ditulis oleh laman tersebut manakala di kalangan penyokong PR pula, ramai yang cuba menafikan bahawa laman tersebut adalah milik mereka. Acapkali sesuatu yang begitu dahsyat dan keterlaluan yang ditulis di laman tersebut, dituduh sebagai ‘kerja UMNO’.

Hairan juga kenapa penyokong PR perlu menafikan apa yang mereka sendiri persetujui. Bukankah mereka juga yang sering memperlekehkan Ulama yang tidak pro kepada mereka? Bukankah mereka juga yang sering memanggil semua yang menyokong kerajaan sebagai anjing? Bukankah mereka juga yang mendabik dada bahawa Tuan Guru dan Tok Guru mereka sebagai manusia paling alim dan paling tinggi darjatnya?

Justeru, kenapa mesti ‘cuak’ apabila laman Suara PR mengulangi apa yang mereka sering laungkan? Kenapa mesti menafikan suara sendiri?

PR juga nampaknya terkial-kial menafikan bahawa Amanat Hadi Awang menjadi punca penceraian suami isteri, perpecahan ummah serta kehilangan nyawa dalam peristiwa Memali pada tahun 1985. Bagi mereka ia hanyalah cerita kitar semula yang tidak membawa makna seolah-olah rumahtangga penyokong mereka, perpaduan ummah dan nyawa manusia, termasuk penyokong tegar mereka, sebagai langsung tidak berharga.

Tiada manusia atau agama di dunia yang melihat soal kebahagiaan rumahtangga, perpaduan masyarakat dan menghargai nyawa sebagai perkara remeh. Dan di dalam Islam tentulah semua ini jauh lebih tinggi dan lebih penting lagi:

Nyawa bukan mainan yang boleh dijual beli atau ditukar ganti. Hanya Allah SWT yang berhak ke atas nyawa hambanya. Islam juga meletakkan rumahtangga di satu tempat yang khusus di mana ‘lafaz nikah’ juga perlu dilakukan dengan cara tertentu sekali gus menunjukkan satu ikatan rohaniah iaitu lebih kuat dari sekadar lahiriah. Perpaduan ummah pula ada sesuatu yang wajib diperjuangkan jika ingin melihat Islam dan umat Islam kuat serta mampu memikul tugas sebagai Khalifah di dunia ini.

Justeru, sikap PAS yang sanggup melihat akibat yang bertitik tolak dari Amanat Hadi itu sebagai remeh serta tidak perlu dibincangkan lagi, membuktikan betapa PAS sudah terlalu jauh tenggelam dalam usaha mengejar kuasa, lemas dalam pencarian jatidiri parti PR, sekali gus jauh meninggalkan Islam.

Akhir kata, adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk cuba menjelaskan tuduhan laman Suara PR mengenai kelayakan Tan Sri Harussani. Rasanya, penyokong PAS sendiri tahu di mana sebenarnya kelayakan Haji Hadi berbanding Tan Sri Harussani kerana kerajaan UMNO telah meletakkan syarat-syarat kelayakan yang cukup tinggi dan terbukti sebelum melantik seseorang Mufti. Lainlah dengan PAS, di mana seorang yang tak lulus SPM dan tak tahu Bahasa Arab juga boleh diangkat sebagai Mursyidul Am

PISAU KEDAH 

Monday, 17 December 2012

GEMPAR !!! NAIB PRESIDEN MIC SEDIA LETAK JAWATAN JIKA PEMBANGKANG BUKTI 300 RIBU TIADA PENGENALAN DIRI !!!



GEORGE TOWN - Naib Presiden MIC Datuk SK Devamany sedia meletak jawatan jika pakatan pembangkang dapat membuktikan dakwaan 300,000 masyarakat India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata pakatan pembangkang sengaja bermain dengan angka yang tidak wujud serta fakta palsu bagi mengelirukan rakyat dan menyemarakkan rasa benci mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya minta mereka (pakatan pembangkang) bawa semua 300,000 orang yang dimaksudkan, disokong dengan dokumen sebagai bukti dakwaan. Jika semua itu ada, saya sedia letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Majlis Kelab Belia Tamil Malaysia ke-45 di sini hari ini.

Devamany turut menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran sebagai terdesak kerana menganjur protes jalanan berhubung perkara itu di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Rabu lepas.

Beliau berkata jika pakatan pembangkang ikhlas membantu, isu itu sepatutnya dibawa ke saluran yang betul dan dibincang bersama pemimpin MIC untuk diselesaikan secara muafakat.

Devamany, yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands, turut membidas kenyataan Surendran baru-baru ini bahawa 70 peratus masyarakat India berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan isi rumah purata RM700 sebulan.

Beliau melihat kenyataan itu satu tuduhan liar bermotif politik bagi meraih sokongan rakyat.

"Ia bermakna 1.4 juta masyarakat India di negara ini berada di bawah paras kemiskinan. Saya minta pemimpin pembangkang cakaplah perkara yang benar. Kita berpolitik bukan kerana hendak menang sahaja tetapi mahu membangunkan rakyat," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata kerajaan BN sentiasa membela kepentingan kaum India dengan melaksana pelbagai program transformasi bagi membantu melonjakkan pencapaian kaum tersebut di negara ini. - Bernama

APJ : PEMBANGKANG HANYA PANDAI SEBUT TAPI TAK TAHU APA MAKNA YANG DIA SEBUT !!! BODOH !! PEKAK !! TOLOL !!! 

Thursday, 13 December 2012

DEMO JPN : LATHEEFA KOYA BERTINDAK GANAS PADA PETUGAS JPN !!! KURANG AJAR


APJ : BUAT SI MULUT LONGKANG LATHEEFA KOYAK RABAK NI , CAKAP TAK BOLEH PELAN-PELAN KA , CAKAP ELOK-ELOK , JANGAN MENJERIT MACAM ANJING MENYALAK !!! BAHAS KITA BUDAYA KITA !! KO PAKAI BUDAYA APA MAI SINI !!! MAI UMUR 12 TAHUN TAPI TAK RETI BERADAP !! TUIH!!!!

Friday, 7 December 2012

GEMPAQ !!! MUSA HASSAN PENGKHIANAT??? APE CER ?? JOM TERJAH !!!


SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dirinya pengkhianat apabila mendedahkan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, perkara tersebut baru didedahkan kerana sepanjang dalam perkhidmatan kata-katanya tidak didengar.

"Ada orang berkata, jika kita berada dalam sesebuah kumpulan, kata-kata kita tidak ada yang mahu mendengar.

"Jadi apabila sudah tidak ada apa-apa ini (bersara), saya perlu mendedahkannya. Ini penting... untuk anggota polis sendiri, tidak ada niat lain," katanya.

Minggu lalu, Musa dalam satu sidang media mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai 'junior' dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Mengakui tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.

Tindakan itu dibuat demi melihat rakyat terus percaya kepada polis dan juga menjaga reputasi PDRM.

sinar  : Musa Hassan : 'SAYA BUKAN PENGKHIANAT'

TUDIAA !!!! RUSUHAN DI GOMAK SALAH PAS SEBENARNYA ??? JOM TERJAH DEPA !!!




Sekali lagi puak Pakatan di dedahkan aibnya. Kali ni JawaBer6, mendedahkan lagi kenapa ada Mamat Pakatan yang ditikam. Tapi betul ke Pemuda UMNO yang tikam mamat tu?

SEBENARNYA aku dah malas nak bukak satu per satu aib orang pakatan ni yang cuba nak menegakkan batang sendiri. Aku pun dah naik meluat bilamana Pemuda UMNO Gombak terus dipersalahkan berhubung insiden berdarah malam semalam yang FRU dan Polis terpaksa datang meleraikan pergaduhan.

Cerita yang betul sebab aku ada memang ada kat tempat kejadian dan aku bersama orang-orang dalam pakatan masa pergaduhan tercetus. Siapa nak sangkal, silakan bersama bukti dan saksi.

Mamat kat atas tu memang aku perasan semasa pergaduhan atau adegan tolak menolak antara penyokong UMNO Gombak dan puak pakatan. Tapi aku terlupa nak tanya nama dia sebab tengok muka pun dah poyo semacam, konon berlagak alim tapi mulut boleh tahan kurang ajar. Sumpah seranah meluncur laju je dari mulut mamat ni.

Straight to the point. Semasa pergaduhan ini berlaku mamat kat atas ni la yang paling berani dan lantang hingga sanggup ke depan untuk berhadapan dengan penyokong UMNO yang ada. Semasa adegan tolak-menolak berlaku, ada seorang lagi mamat dari puak pakatan yang bawa pisau yang aku yakin baru sahaja dibeli di gerai kecil yang ada di tepi jalan.

Akibat dari rusuhan kecil yang tak dapat dikawal, pisau yang dibawa oleh mamat tadi terkena pada lengan mamat kopiah putih ni. DAN BUKAN PEMUDA UMNO YANG TIKAM. Kawan sendiri TERtikam kawan. Bagi nak menutup kemaluan dan kekacauan jadi dituduhnya Pemuda UMNO yang tikam mamat kopiah putih tu.

Apa lagi, hebohlah seantero dunia yang mengatakan UMNO zalim nak tikam orang Melayu sendiri. Padahal kawan sendiri yang main pisau dari belakang.

Senang betul puak pakatan ni nak buat fitnah bagi menunjukkan yang UMNO ni jahat. Tikam kawan sendiri SALAH UMNO! Tibai bontot jantan SALAH UMNO! Main ChinaDoll pun SALAH UMNO!

GEMPAQ !!! DR ASRI BAKAL BERTANDING TIKET PKR ??? TUDIAAA MULA DAHHH !!!!



Sebelum ini Antarapos melaporkan bahawa PKR menggunakan orang tengah menemui Dr Mohd Asri bagi membincangkan perkara bahawa beliau akan bertanding di DUN Penanti.

Sebelum ini Mohd Asri berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding pada PRU13 meskipun menerima tawaran daripada banyak pihak untuk berbuat demikian.

Pada pilihan raya umum empat tahun lalu, PKR memenangi kerusi itu. Tetapi satu pilihan raya kecil diadakan pada 31 Mei 2009 selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohammad Fairus meletakkan jawatan sebagai ADUN Pulau Pinang.

PKR meletakkan Mansor sebagai calon tetapi BN tidak bertanding, kerana memulaukan PRK tersebut. Sekarang, DUN Penanti terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimana pun, Utusan melaporkan perkara yang sebaliknya. Hari ini akhbar tersebut menyiarkan kenyataan Dr Asri yang menafikan akan bertanding atas tiket PKR.

Dr Asri menafikan laporan Antarapos :

Menurut Mohd Asri, desas-desus mengatakan beliau akan bertanding di DUN Penanti adalah tidak benar.

"Saya tidak cakap apa-apa pun sama ada setuju atau tidak, kena tanya sumber yang buat cerita itu, dari mana dia dengar." katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sambung cerita DI SINI

APJ : biarkanlah dia nak sangat bertanding kalau betul !!!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...