sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PEMILIHAN PKR. Show all posts
Showing posts with label PEMILIHAN PKR. Show all posts

Thursday, 5 June 2014

PANAS : CHEGU BARD KATA AZMIN RASUAH UNTUK MENANG ??? UIHHHH



Terkejut aku dengan kenyataan daripada Chegubard yang menyatakan bahawa Azmin Ali telah merasuh Pengerusi Lembaga Rayuan Pemilihan PKR Abd Malek Hussin melalui Ketua Cabang Kota Raja Dr Xavier Jayakumar . 

RAKYAT NEWS : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAM) Badrul Hisham Shaharin mengemukakan aduan bertulis kepada Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Ismail bagi menyiasat salah laku rasuah yang dilakukan pemimpin tertinggi parti tersebut.

Dalam aduan tersebut, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard menggesa siasatan dilakukan keatas Pengerusi Lembaga Rayuan Pemilihan PKR Abd Malek Hussin yang telah menolak rasuah yang dikemukakan oleh Ketua Cabang Kota Raja Dr Xavier Jayakumar bersamanya 'bosnya'.

Menurut beliau, 'bos' yang dimaksudkan adalah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali seperti mana khabar angin yang diterimanya.

Katanya lagi, Azmin cuba merasuah Abdul Malek supaya bagi mengekalkan jawatan yang disandangnya pada pemilihan parti baru-baru ini.

Jelas beliau, Abdul Malek walaubagaimanapun menolak sejumlah wang yang diberikan kepadanya dan mengarahkan Xavier untuk memulangkan mengenmbalikannya kepada 'Azmin'.

Ujarnya, Azizah juga dikatakan mengetahui akan perkara ini ekoran Abdul Malek 'mencampakkan' wang rasuah tersebut dihadapan Presiden PKR tersebut dan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat biro politik PKR dua minggu lalu.

Chegubard yang digantung keahliannya menyifatkan perkara teresebut sebagai memalukan dan Pengerusi Lembaga Disiplin parti Dr Tan Kee Kwong turut sama menyiasat perkara tersebut.

Uih kalau betui benda ni jadi memang teruk la depa ni , atas pentas kata Umno kaki rasuah la , kroni la , rupanya depa lagi teruk !! huh

Saturday, 1 March 2014

PANAS !!! MB SELANGOR AKAN LAWAN AZMIN ALI HABIS-HABISAN !!!!



Aku tak terkejut bila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim umum nak lawan Azmin Ali  dalam pemilihan PKR sebagai timbalan presiden parti.

Krisis dan percakaran antara mereka berdua ni bukan sehari dua , tunggu masa nak hancur , jadi pengumuman MB Selangor ini lawan Azmin Ali menambahkan detik kehancuran team PKR Selangor.

Abdul Khalid berkata, fokus utama perlu diberikan pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini sebagai salah satu langkah untuk memenangi jawatan tersebut.

"Saya akan terima amanah rakyat supaya saya bekerja dengan penuh tanggungjawab.

"Namun kita harus fokus kepada PRK Dun Kajang terlebih dahulu, jangan terlalu kempen saya untuk jawatan timbalan presiden.

"Kalau kita kalah di Kajang malulah saya, bagaimana harapan rakyat dan saya nak jadi timbalan presiden PKR," katanya 

Tambahnya, keputusan itu dilakukan berikutan menerima sokongan rakan dalam parti.

Dalam pada itu, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang itu menasihatkan pengikutnya supaya menjadikan perkara itu sebagai fokus kedua.

"Saya sudah terangkan sebab menawarkan diri bertanding timbalan presiden PKR, saya harap rakyat menjadikan hal ini perkara kedua.

"Saya tak nak ada yang cakap menteri besar salah guna kuasa," katanya.

Kata-kata MB Selangor ni jelas menunjukkan bahawa sebenarnya beliau akan menentang Azmin habis-habisan dan meranapkan kuasa Azmin dalam PKR. Inilah petanda betapa teruknya barisan kepimpinan PKR Selangor dalam merebut kuasa dan jawatan. 

Pastinya Azmin tidak akan tunduk kepada seteru kuatnya itu. 

Apj : Parti Kian Roboh - PKR 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...