sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PESAWAT MAS MH17 TERHEMPAS. Show all posts
Showing posts with label PESAWAT MAS MH17 TERHEMPAS. Show all posts

Friday, 18 July 2014

TERKINI #MH17 : BRITAIN DESAK PBB ADA MESYUARAT TERGEMPAR KRISIS UKRAINE



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Britain hari ini mendesak agar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan krisis Ukraine susulan nahas pesawat Malaysia di timur negara itu.

Mesyuarat itu dijangka diadakan esok, demikian menurut sumber diplomat.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan berhampiran Russian.

Jurucakap Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menuduh kumpulan pemberontak pro-Russia menembak jatuh pesawat, namun pemberontak berkata ia ditembak jatuh oleh jet Ukraine. - AFP

TERKINI #MH17 : KAKAK BALIK UNTUK BERAYA DI MALAYSIA - ADIK MANGSA PESAWAT MH17



Adik kepada seorang daripada penumpang pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada Khamis, tidak menyangka peluang untuk bertemu kakaknya setelah lima tahun menunggu, kini tipis.

Noraini Mohd Noor berkata, kakaknya Nurahimah Mohd Noor, 67, yang menetap di Geneva sejak 30 tahun lepas, dilaporkan berada dalam pesawat itu dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di ibu negara untuk menyambut hari raya Aidilfitri.

Katanya, sebaik mendapat tahu tragedi pesawat itu menerusi berita di televisyen, beliau terus bergegas ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengetahui perkembangan terkini.

TERKINI #MH17 : SIDANG MEDIA PERTAMA TRAGEDI PESAWAT MALANG MH17 TERHEMPAS OLEH PM @NajibRazak



Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah selesai sidang media dan isi utamanya adalah seperti berikut:

Mengesahkan bahawa Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 telah terhempas.

280 penumpang dan 15 krew disahkan berada di dalam MH17.

MAS dalam proses memaklumkan kepada keluarga mangsa yang terdekat.

Kawasan laluan udara MH17 disahkan oleh agensi penerbangan antarabangsa sebagai selamat dan tidak memberikan sebarang ancaman.

Pihak Kerajaan Ukraine mendakwa telah ditembak jatuh, tetapi Malaysia pada ketika ini tidak boleh mengesahkan punca tragedi tersebut.

Namun pihak Malaysia akan mengenal pasti punca terhempas dengan secepat mungkin.
Skuad Perubatan dan Skuad Bantuan Bencana telah dihantar serta-merta ke Kiev.

Menggesa sekiranya benar ditembak, pihak yang bertanggung jawab perlu dibawa ke muka pengadilan dengan serta-merta.

Beliau telah menghubungi beberapa pemimpin negara luar dan bakal berhubung dengan lebih ramai pemimpin lain untuk membincangkan tragedi ini.

Presiden Obama bersetuju bahawa tiada sebarang halangan patut dikenakan untuk proses menyelamat dan siasatan dilakukan.

Menggesa supaya tiada serpihan ataupun kotak hitam dialihkan dan diusik sehingga pasukan teknikal tiba.

Pihak Kerajaan Ukraine akan berbincang dengan pihak pemberontak supaya satu koridor kemanusiaan disediakan supaya proses keselamatan dan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.

Pihak Kerajaan Ukraine akan mengadakan siasatan khusus untuk kes ini dan Malaysia dijemput untuk menyertai siasatan tersebut.

Insiden ini menyedihkan rakyat Malaysia dan tahun ini merupakan tahun yang sedih untuk Malaysia.

Sidang media tersebut adalah pada jam 4.51 pagi dan berlangsung selama 7 minit di Hotel Sama-Sama di KLIA.

TERKINI #MH17 : PEMBERONTAK UKRAINE SALAH TEMBAK PESAWAT MH17



Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata, kumpulannya menembak sebuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi sama pesawat Malaysia Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia, hari ini.

Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka sebagai “Donetsk People’s Republic” mencadangkan, kumpulan pemisah itu tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.

“Kami baharu saja menembak jatuh An-26 berdekatan Torez,” kata halaman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik media Ukraine dalam laporan mereka.

Kumpulan pemisah itu menembak jatuh sebuah lagi pesawat An-26 di timur Ukraine pada 14 Jun lalu, mengorbankan 49 kakitangan awam kerajaan.

“Kami sudah memberi amaran (kepada angkatan tentera Ukraine) agar tidak terbang di ruang udara kami,” kata Strelkov dalam postingnya.

“Dan ini adalah video mengesahkan ‘burung jatuh’ (pesawat),” menurut posting berkenaan. – AFP

TERKINI #MH17 : KENYATAAN MEDIA PERTAMA MAS MENGENAI PESAWAT MALANG MH17



Penerbangan Malaysia mengesahkan telah menerima pemberitahuan daripada pihak kawalan trafik udara Ukraine bahawa ia telah putus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 2.15 petang waktu tempatan di kedudukan 30 kilometer (km) dari pusat navigasi Tamak, iaitu 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

Pesawat Boeing 777 itu berangkat dari Amsterdam, Belanda pada pukul 12.15 petang waktu tempatan (17 Julai) dan dijangkakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi ini (18 Julai).

Pesawat tersebut membawa seramai 280 penumpang dan 15 anak kapal.

TERKINI #MH17 : KRONOLOGI KEJADIAN PESAWAT MH17 TERHEMPAS



Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.



Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.

Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah "ditembak" namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.

17 Julai (Khamis)

TERKINI #MH17 : GAMBAR2 TERBARU KES PESAWAT MALANG MH17






#MH17 : PRESIDEN UKRAINE NAFI ARAH TEMBAK JATUH MH17



Presiden Ukraine Petro Proshenko menafikan dakwaan mengarahkan tenteranya menembak jatuh pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut dikatakan melalui ruang udara Ukraine sebelum terhempas di wilayah berkenaan antara jam 12 ke 1 pagi waktu tempatan.

"Kami tidak pasti samaada pesawat ini ditembak jatuh dan kami ingin menegaskan bahawa angkatan tentera Ukraine tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana sasaran udara.

"Kami pasti bahawa mereka yang bersalah dalam hal ini bersalah dan perlu bertanggungjawab terhadap tragedi ini," katanya yang dipetik daripada CNBC, hari ini.

Pesawat yang membawa 280 kapal dan 15 anak kapal itu dikatakan terhempas sekitar 30 batu dari sempadan Rusia-Ukraine.

Sehingga kini, kedua-dua pihak Rusia dan Ukraine menafikan bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Boeing 777 tersebut.

Menurut laporan Reuters, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui di kawasan kejadian dan operasi mengesan masih berlangsung.

TERKINI #MH17 : MAYAT2 DITEMUI DI LOKASI , SERPIHAN BERSEPAH BEBERAPA KILOMETER



Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.



Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MH17 sebelum ia terputus hubungan dengan pusat kawalan. -AstroAWANI

Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

#MH17 : OBAMA & PUTIN ADAKAN PERBINCANGAN KEJADIAN TERSEBUT



Presiden Barack Obama telah berbincang dengan Presiden Russia, Vladimir Putin atas permintaan Kremlin berkenaan pesawat MAS MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dikatakan ditembak jatuh berhampiran sempadan Ukraine.

Presiden Putin diakhir perbincangan tersebut menyatakan bahawa beliau sedang menyemak laporan berkenaan pesawat yang terhempas tersebut. Perkara ini dilaporkan olehj Setiausaha Akhbar White house, Josh Earnest.

Pihak Kremlin juga telah mengeluarkan notis di laman webnya menyatakan “The Russian leader informed the U.S. president of the report from air traffic controllers that the Malaysian plane had crashed on Ukrainian territory, which had arrived immediately before the phone call.”

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...