sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts

Saturday, 1 August 2015

#MH17: 'Rusia perlu kerjasama dan lebih prihatin' - @azwanbro



Rusia diminta mencadangkan alternatif yang dapat menyelesaikan isu keengganan meluluskan penubuhan tribunal antarabangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 bagi mencari keadilan buat mangsa.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan Rusia yang menggunakan veto draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, UNSC itu juga benar-benar mengecewakan.

"Kami amat kecewa dengan tindakan Russia menggunakan kuasa VETO untuk menolak penubuhan tribunal antarabangsa nahas MH17 bagi mencari keadilan buat mangsa.

"Pemuda konsisten dengan pendirian sewaktu kami menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Russia bahawa keluarga mangsa khususnya dan rakyat Malaysia umumnya berhak untuk mendapatkan keadilan dan kebenaran.

"Apatah lagi kita mempunyai hubungan erat dan merupakan rakan baik kepada Russia di rantau ASEAN," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

BACA: Rusia veto draf resolusi penubuhan tribunal MH17

Khairul Azwan mengulas keputusan Rusia memveto draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, UNSC untuk penubuhan Tribunal Antarabangsa berkenaan MH17.

Dalam kenyataannya, Rusia enggan meluluskan draf tersebut kerana menyifatkan tragedi MH17 bukanlah ancaman kepada keselamatan dan keamanan antarabangsa.

TONTON: Malaysia kecewa Rusia veto Tribunal MH17

Tambahnya, sebelum ini UNSC tidak pernah meluluskan penubuhan tribunal antarabangsa untuk mendakwa mereka yang terlibat dalam tragedi melibatkan pengangkutan.

Khairul Azwan turut memuatkan pandangan sama pada catatan terbaharu di laman Facebooknya.

Dalam pada itu kata Khairul Azwan, amat mengecewakan sekiranya pihak kerajaan Rusia tidak mengambil kira hubungan yang telah terjalin dengan negara selama ini.

"Saya mendesak Menteri Luar kita menghantar bantahan serta makluman kekecewaan kita kepada rakan sejawatnya.

"Sekiranya Russia berpendapat bahawa ini bukan jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masaalah ini maka wajiblah mereka mencadangkan alternatif yang dapat menyelesaikan kemelut ini.

"Bagi pihak keluarga mangsa dan rakyat Malaysia kami teguh dengan pendirian bawah keadilan dan kebenaran mesti diperjuangkan," jelasnya.

11 ahli UNSC menyokong draf resolusi yang dicadangkan Malaysia ketika proses pengundian.

Sementara Angola, Venezuela dan China memilih untuk berkecuali.

Di sebalik tindakan veto, Moscow menyatakan kesediaan membantu siasatan pesawat MH17 yang didakwa ditembak jatuh di Ukraine.

BACA: MH17: Rusia tidak menentang siasatan, hanya mahu keadilan - Peguam

Pada Jumaat, Peguambela dan peguamcara, Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar berpandangan tindakan Rusia menggunakan kuasa veto menolak resolusi yang dibentangkan Malaysia kepada Majlis Keselamatan PBB bagi menubuhkan tribunal antarabangsa berkenaan nahas MH17 membuktikan ia mahu diberikan hak untuk mengemukakan bukti seadilnya.

Katanya, tindakan Rusia itu kerana Ukraine merupakan sebahagian daripada badan siasatan nahas tersebut.

Monday, 3 November 2014

#MH17 : MANGSA TERAKHIR MH17 DI KENALPASTI ADALAH NENEK TIRI PM DAN DS HISHAM



Alfatihah..

Jenazah Puan Sri Siti Amirah Kusuma, 83, mangsa terakhir rakyat Malaysia dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah dikenalpasti.


Siti Amirah merupakan nenek tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Perkara tersebut dimaklumkan Hishammuddin hari ini setelah mayat tersebut disahkan pasukan forensik di Belanda semalam.


Thursday, 2 October 2014

#HAJI1435H : TABUNG HAJI LAKSANA BADAL HAJI BUAT 10 ORANG ANAK KAPAL MH17 YANG TERKORBAN



Tabung Haji hari ini mengumumkan akan melaksanakan badal haji bagi musim haji ini untuk 25 orang termasuk 10 anak kapal MH17 yang terkorban dalam tragedi 17 Julai lalu serta lapan remaja yang mati lemas di Sungai Muar, Buluh Kasap, Segamat beberapa bulan lalu, umum Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Tabung Haji dalam kenyataan medianya berkata , mereka amat prihatin dan melahirkan rasa simpati kepada semua yang terlibat apatah lagi petugas Malaysia Airlines System (MAS) telah dianggap sebagai keluarga Tabung Haji sendiri, dimana Tabung Haji dan MAS berkerjasama setiap tahun mengendalikan Jemaah Haji Malaysia melalui pesawat MAS . 



Berikut adalah senarai anak kapal MH17 ( Beragama Islam) 

Tuesday, 9 September 2014

HOT NEWS : MALAYSIA TUNTUT DALANG NAHAS MH17 DIHERET KE MUKA PENGADILAN #MH17



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn akan berlepas ke Kiev malam ini untuk memastikan keselamatan pasukan keselamatan Malaysia terjamin ketika memasuki kawasan nahas pesawat MH17.

Beliau berkata, dua tujuan utama beliau kesana Ukraine adalah untuk meninjau lokasi nahas di samping menuntut agar pihak bertanggungjawab yang menembak jatuh MH17 di heret ke muka pengadilan.

"Perkara yang penting seperti saya menyatakan tadi adalah untuk dua tujuan dimana pertama sekali untuk memasuki kawasan nahas tanpa menjejaskan pasukan keselamatan cuma kita tidak mahu melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan sebarang risiko kepada pasukan keselamatan kita.

"Saya akan melihat sendiri tahap keselamatan di Kiev sama ada jaminan keselamatan ke lokasi nahas dapat dikecapi.

"Kedua adalah bagi menuntut keadilan dan memastikan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 dibawa kemuka pengadilan.

"Itu juga membawa bukti dan juga maklumat-maklumat yang sedang dikumpulkan oleh pasukan-pasukan tertentu," katanya kepada pemberita selepas Melancarkan Institut Onn Jaafar di Avenue K, di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, juga telah menyatakan hasrat untuk berkerjasama dengan kerajaan Malaysia di dalam nahas MH17 seperti mana yang berlaku dalam perkara MH370.

Friday, 18 July 2014

TERKINI #MH17 : PEMBERONTAK UKRAINE TEMUI KOTAK HITAM !!



Kumpulan pemberontak Ukraine dilaporkan telah menemui kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur negara itu pada Khamis dengan 298 penumpang dan anak kapal.

Menurut laporan agensi berita Interfax, kumpulan itu juga telah bersetuju untuk menyerahkan kotak hitam berkenaan kepada pihak berkuasa keselamatan udara Rusia.

Kumpulan yang menamakan diri mereka Donetsk People's Republic itu memaklumkan kerjasama mereka dengan pihak berkuasa Rusia itu, menerusi satu kenyataan.

Pemimpin kumpulan itu, Andrei Purgin telah memaklumkan Interfax bahawa kotak hitam berkemungkinan besar akan diserahkan kepada Interstate Aviation Committee (IAC) di Moscow.

Pesawat MAS MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dariwaypointTamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia. Ia yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala lumpur kemudiannya disahkan terhempas.

TERKINI #MH17 : RAKAMAN PERBUALAN PEMISAH BUKTI PESAWAT DITEMBAK JATUH



Agensi keselamatan Ukraine, SBU, hari ini, mendedahkan dua rakaman perbualan telefon yang didakwa menjadi bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.

The Kyiv Post, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, melaporkan bahawa perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.

Berikut perbualan telefon tersebut:

Igor Bezler:Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).

Vasili Geranin:Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?

Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.

Vasili Geranin: Berapa minit lalu?

Igor Bezler:Lebih kurang 30 minit lalu

TERKINI #MH17 : BRITAIN DESAK PBB ADA MESYUARAT TERGEMPAR KRISIS UKRAINE



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Britain hari ini mendesak agar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan krisis Ukraine susulan nahas pesawat Malaysia di timur negara itu.

Mesyuarat itu dijangka diadakan esok, demikian menurut sumber diplomat.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan berhampiran Russian.

Jurucakap Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menuduh kumpulan pemberontak pro-Russia menembak jatuh pesawat, namun pemberontak berkata ia ditembak jatuh oleh jet Ukraine. - AFP

TERKINI #MH17 : KAKAK BALIK UNTUK BERAYA DI MALAYSIA - ADIK MANGSA PESAWAT MH17



Adik kepada seorang daripada penumpang pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada Khamis, tidak menyangka peluang untuk bertemu kakaknya setelah lima tahun menunggu, kini tipis.

Noraini Mohd Noor berkata, kakaknya Nurahimah Mohd Noor, 67, yang menetap di Geneva sejak 30 tahun lepas, dilaporkan berada dalam pesawat itu dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di ibu negara untuk menyambut hari raya Aidilfitri.

Katanya, sebaik mendapat tahu tragedi pesawat itu menerusi berita di televisyen, beliau terus bergegas ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengetahui perkembangan terkini.

TERKINI #MH17 : SIDANG MEDIA PERTAMA TRAGEDI PESAWAT MALANG MH17 TERHEMPAS OLEH PM @NajibRazak



Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah selesai sidang media dan isi utamanya adalah seperti berikut:

Mengesahkan bahawa Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 telah terhempas.

280 penumpang dan 15 krew disahkan berada di dalam MH17.

MAS dalam proses memaklumkan kepada keluarga mangsa yang terdekat.

Kawasan laluan udara MH17 disahkan oleh agensi penerbangan antarabangsa sebagai selamat dan tidak memberikan sebarang ancaman.

Pihak Kerajaan Ukraine mendakwa telah ditembak jatuh, tetapi Malaysia pada ketika ini tidak boleh mengesahkan punca tragedi tersebut.

Namun pihak Malaysia akan mengenal pasti punca terhempas dengan secepat mungkin.
Skuad Perubatan dan Skuad Bantuan Bencana telah dihantar serta-merta ke Kiev.

Menggesa sekiranya benar ditembak, pihak yang bertanggung jawab perlu dibawa ke muka pengadilan dengan serta-merta.

Beliau telah menghubungi beberapa pemimpin negara luar dan bakal berhubung dengan lebih ramai pemimpin lain untuk membincangkan tragedi ini.

Presiden Obama bersetuju bahawa tiada sebarang halangan patut dikenakan untuk proses menyelamat dan siasatan dilakukan.

Menggesa supaya tiada serpihan ataupun kotak hitam dialihkan dan diusik sehingga pasukan teknikal tiba.

Pihak Kerajaan Ukraine akan berbincang dengan pihak pemberontak supaya satu koridor kemanusiaan disediakan supaya proses keselamatan dan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.

Pihak Kerajaan Ukraine akan mengadakan siasatan khusus untuk kes ini dan Malaysia dijemput untuk menyertai siasatan tersebut.

Insiden ini menyedihkan rakyat Malaysia dan tahun ini merupakan tahun yang sedih untuk Malaysia.

Sidang media tersebut adalah pada jam 4.51 pagi dan berlangsung selama 7 minit di Hotel Sama-Sama di KLIA.

TERKINI #MH17 : LAGI VIDEO SAAT2 PESAWAT MENJUNAM KE BUMI UKRAINE






TERKINI #MH17 : PEMBERONTAK UKRAINE SALAH TEMBAK PESAWAT MH17



Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata, kumpulannya menembak sebuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi sama pesawat Malaysia Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia, hari ini.

Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka sebagai “Donetsk People’s Republic” mencadangkan, kumpulan pemisah itu tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.

“Kami baharu saja menembak jatuh An-26 berdekatan Torez,” kata halaman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik media Ukraine dalam laporan mereka.

Kumpulan pemisah itu menembak jatuh sebuah lagi pesawat An-26 di timur Ukraine pada 14 Jun lalu, mengorbankan 49 kakitangan awam kerajaan.

“Kami sudah memberi amaran (kepada angkatan tentera Ukraine) agar tidak terbang di ruang udara kami,” kata Strelkov dalam postingnya.

“Dan ini adalah video mengesahkan ‘burung jatuh’ (pesawat),” menurut posting berkenaan. – AFP

TERKINI #MH17 : KENYATAAN MEDIA PERTAMA MAS MENGENAI PESAWAT MALANG MH17



Penerbangan Malaysia mengesahkan telah menerima pemberitahuan daripada pihak kawalan trafik udara Ukraine bahawa ia telah putus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 2.15 petang waktu tempatan di kedudukan 30 kilometer (km) dari pusat navigasi Tamak, iaitu 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

Pesawat Boeing 777 itu berangkat dari Amsterdam, Belanda pada pukul 12.15 petang waktu tempatan (17 Julai) dan dijangkakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi ini (18 Julai).

Pesawat tersebut membawa seramai 280 penumpang dan 15 anak kapal.

TERKINI #MH17 : KRONOLOGI KEJADIAN PESAWAT MH17 TERHEMPAS



Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.



Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.

Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah "ditembak" namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.

17 Julai (Khamis)

TERKINI #MH17 : GAMBAR2 TERBARU KES PESAWAT MALANG MH17






#MH17 : PRESIDEN UKRAINE NAFI ARAH TEMBAK JATUH MH17



Presiden Ukraine Petro Proshenko menafikan dakwaan mengarahkan tenteranya menembak jatuh pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut dikatakan melalui ruang udara Ukraine sebelum terhempas di wilayah berkenaan antara jam 12 ke 1 pagi waktu tempatan.

"Kami tidak pasti samaada pesawat ini ditembak jatuh dan kami ingin menegaskan bahawa angkatan tentera Ukraine tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana sasaran udara.

"Kami pasti bahawa mereka yang bersalah dalam hal ini bersalah dan perlu bertanggungjawab terhadap tragedi ini," katanya yang dipetik daripada CNBC, hari ini.

Pesawat yang membawa 280 kapal dan 15 anak kapal itu dikatakan terhempas sekitar 30 batu dari sempadan Rusia-Ukraine.

Sehingga kini, kedua-dua pihak Rusia dan Ukraine menafikan bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Boeing 777 tersebut.

Menurut laporan Reuters, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui di kawasan kejadian dan operasi mengesan masih berlangsung.

TERKINI #MH17 : MAYAT2 DITEMUI DI LOKASI , SERPIHAN BERSEPAH BEBERAPA KILOMETER



Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.



Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MH17 sebelum ia terputus hubungan dengan pusat kawalan. -AstroAWANI

Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

#MH17 : OBAMA & PUTIN ADAKAN PERBINCANGAN KEJADIAN TERSEBUT



Presiden Barack Obama telah berbincang dengan Presiden Russia, Vladimir Putin atas permintaan Kremlin berkenaan pesawat MAS MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dikatakan ditembak jatuh berhampiran sempadan Ukraine.

Presiden Putin diakhir perbincangan tersebut menyatakan bahawa beliau sedang menyemak laporan berkenaan pesawat yang terhempas tersebut. Perkara ini dilaporkan olehj Setiausaha Akhbar White house, Josh Earnest.

Pihak Kremlin juga telah mengeluarkan notis di laman webnya menyatakan “The Russian leader informed the U.S. president of the report from air traffic controllers that the Malaysian plane had crashed on Ukrainian territory, which had arrived immediately before the phone call.”

TERKINI : LAGI VIDEO KEJADIAN PESAWAT MH17 TERHEMPAS #PrayForMH17 #MH17



POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...