sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 18 July 2014

TERKINI #MH17 : SIDANG MEDIA PERTAMA TRAGEDI PESAWAT MALANG MH17 TERHEMPAS OLEH PM @NajibRazak



Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah selesai sidang media dan isi utamanya adalah seperti berikut:

Mengesahkan bahawa Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 telah terhempas.

280 penumpang dan 15 krew disahkan berada di dalam MH17.

MAS dalam proses memaklumkan kepada keluarga mangsa yang terdekat.

Kawasan laluan udara MH17 disahkan oleh agensi penerbangan antarabangsa sebagai selamat dan tidak memberikan sebarang ancaman.

Pihak Kerajaan Ukraine mendakwa telah ditembak jatuh, tetapi Malaysia pada ketika ini tidak boleh mengesahkan punca tragedi tersebut.

Namun pihak Malaysia akan mengenal pasti punca terhempas dengan secepat mungkin.
Skuad Perubatan dan Skuad Bantuan Bencana telah dihantar serta-merta ke Kiev.

Menggesa sekiranya benar ditembak, pihak yang bertanggung jawab perlu dibawa ke muka pengadilan dengan serta-merta.

Beliau telah menghubungi beberapa pemimpin negara luar dan bakal berhubung dengan lebih ramai pemimpin lain untuk membincangkan tragedi ini.

Presiden Obama bersetuju bahawa tiada sebarang halangan patut dikenakan untuk proses menyelamat dan siasatan dilakukan.

Menggesa supaya tiada serpihan ataupun kotak hitam dialihkan dan diusik sehingga pasukan teknikal tiba.

Pihak Kerajaan Ukraine akan berbincang dengan pihak pemberontak supaya satu koridor kemanusiaan disediakan supaya proses keselamatan dan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.

Pihak Kerajaan Ukraine akan mengadakan siasatan khusus untuk kes ini dan Malaysia dijemput untuk menyertai siasatan tersebut.

Insiden ini menyedihkan rakyat Malaysia dan tahun ini merupakan tahun yang sedih untuk Malaysia.

Sidang media tersebut adalah pada jam 4.51 pagi dan berlangsung selama 7 minit di Hotel Sama-Sama di KLIA.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive