
Tudia , pemilihan parti Umno hujung tahun di disahkan jawatan presiden dan timbalan presiden akan dipertandingkan. Perkara ni dahpun disahkan oleh Tengku Nan sendiri hari ni.
Menurut Tengku Nan, parti Umno tidak menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri bertanding termasuk bagi merebut jawatan nombor satu parti. "Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat presiden hinggalah ke jawatan Majlis Tertinggi. "Hanya daftarkan diri... semua boleh bertanding,"
Jika jawatan presiden dan timbalan presiden boleh dipertandingkan mungkin akan ada berlaku perpecahan tapi dari sudut lain ia menampakkan parti Umno bukan sebuah parti yang eksklusif .
Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.
Adnan dilaporkan berkata bahawa kesemua jawatan harus terbuka untuk dipertandingkan bagi menjadikan Umno kekal relevan kepada golongan muda dan berpendidikan.
Apj harap apapun keputusan pemilihan nanti kita terima dengan hati yang terbuka dan jangan sesekali bermain politik wang , kerana bukan sahaja mampu membunuh seseorang pemimpin itu tapi juga parti Umno itu sendiri.


