
Apj terkejut bila terbaca artikel mengenai pelancong China yang di tembak mati dan di culik oleh pengganas Filipina di Pulau Pom-Pom di Sabah. Tragedi ini mengingatkan Apj dengan tragedi Lahad Datu yang di serang oleh pengganas Sulu yang kejam sehinggakan berlaku kematian kepada 10 orang perwira negara.
Ap harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini adalah punya kaitan dengan pengganas sulu atau pengganas lain yang berasal dari Filipina, soal keselamatan pelancong yang di culik juga harus kita bertanggungjawab kerana mereka bercuti di negara kita. Selamatkan mereka dan ketatkan lagi perairan kita walaupun sememangnya agak sukar tapi ini soal keselamatan negara, musuh bila-bila masa boleh serang.
