sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label REKTOR KUIN. Show all posts
Showing posts with label REKTOR KUIN. Show all posts

Wednesday, 3 July 2013

PANAS !!! JAMIL REKTOR TINGGAL BENIH KAT KUIN ?? MEMANG PATUTPUN KERAJAAN BN KEJAM PADA PUAK NI !!!! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir


Sedih sungguh baca kenyataan akbar kat atas ni , menampakkan kekejaman kerajaan BN Kedah sekarang , dulu dia masuk KUIN melalui Pas Kedah . Jamil dan kroni-kroni lain dah cabut lari lintang pukang selepas BN ambil alih pemerintahan Kerajaan Kedah dari Pas tapi yang duk sibuk lagi nak buat kacau kat KUIN . 

Nak buat kenyataan akbar atau apa sekalipun tompok hitam yang hampa buat kat KUIN dulu dah cukup buat negeri Kedah ni siksa nak bayar hutang yang hampa buat . 

Cukuplah wahai Dato' Latifah Hassan !!!

Dulu masa hang jadi Naib Presiden Perkhidmatan dan Pengurusan UNISEL hang pun dah kena desak dan dan disuruh letak jawatan akibat apa yang berlaku dalam UNISEL sendiri . Lepas tu bala apapun yang mai kat KUIN tu boleh bawa hang masuk dan menjahanamkan KUIN . 

Orang semua tau hang orang PKR dan kami tak tau apa agenda hang nak buat kat KUIN lagi selepas Jamil lari , awat hang nak jadi pengintip ka ? Cukup lah umurpun dah 62 tahun dah , biar KUIN ni di jaga oleh orang yang betui-betui boleh jaga , taik yang hampa tinggal ni dah cukup buat KUIN menderita . 

Jangan lepas ni macam-macam cerita keluar yang tersembunyi dari KUIN dengan apa yang hampa buat dulu




Tuesday, 18 June 2013

PANAS BONGKAR !!! ANGKARA SYAITAN PAS DULU !!! KUIN TENAT !!! #HanyaDiKedah


Kerajaan Kedah terpaksa menanggung perbelanjaan dan membayar gaji kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd, walaupun anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu sepatutnya menjana pendapatan sendiri.

Tak pernah dengar KUIN untung selepas Pas menawan Kedah. Malah semakin hari, semakin banyak pula masalah yang dihadapi!

Menyatakan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata kerajaan negeri terpaksa menanggung kos berkenaan buat sementara waktu sehingga satu keputusan mengenai status Insaniah Holding dibuat dalam tempoh terdekat.

"Masalah gaji kakitangan Kuin yang sebelum ini selalu lewat dah selesai. Cuma ada sikit lagi melibatkan gaji staf.

"Sepatutnya syarikat Sdn Bhd ni meniaga, takkan kita nak bayar sebab staf tidak terikat dengan pengambilan kerajaan," katanya lagi.

Beliau mengulas perkembangan terkini Kuin ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pelajaran Mara dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara.

Tajul Urus berkata, bagi belanja mengurus serta membayar gaji dan elaun lebih 100 kakitangan Insaniah Holdings sahaja, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan kos lebih RM0.5 juta setiap bulan.

"Insaniah Holdings sepatutnya bukan di bawah tanggungan kerajaan negeri kerana ia adalah cabang perniagaan Kuin, tapi kita faham masalah kakitangan Insaniah Holdings ni.

"Pihak saya kini sedang menyusun untuk mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin dalam masa terdekat untuk bincangkan masalah ini, sama ada nak teruskan Insaniah Holdings ini atau ubah suai, ambil alih atau tutup terus," katanya.

Sementara itu, mengenai dakwaan kononnya kerajaan negeri ingin menswastakan Kuin, beliau berkata tidak pernah ada sebarang keputusan mengenai tindakan berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri kini memberikan sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah dan kelemahan Kuin supaya kolej universiti itu dapat bergerak lancar dan menjadi sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka khususnya di negeri ini.

Saturday, 8 June 2013

SAPA CAKAP SWASTA ?? MAIN BEDAL JA !!!

Insaniah kekal milik Kedah




ALOR SETAR - Kerajaan negeri menafikan kolej universiti miliknya, Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal diswastakan, seperti didakwa.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat sebelum ini, sebaliknya menegaskan Insaniah akan kekal menjadi milik kerajaan negeri selama-lamanya.

“Tidak ada cadangan untuk swastakan Insaniah setakat ini, walaupun umum mengetahui ia berdepan pelbagai masalah yang berlarutan sejak bawah pentadbiran PR,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menafikan kerajaan negeri sudah membuat tawaran kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU) yang berminat untuk mengambil alih Insaniah.

“Mungkin ia sekadar cakap kosong atau khabar angin yang timbul ekoran kebimbangan staf atau pelajar yang risau jika kolej universiti itu ditutup,” katanya.

Tajul Urus berkata, selepas beberapa perjumpaan dengan pihak pengurusan dan pentadbiran Insaniah, pihaknya sudah merangka penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk tindakan.

“Kita akan fokus untuk jangka pendek terlebih dahulu, antaranya isu gaji, asrama pelajar dan kebajikan staf. Dua perkara utama yang dikenal pasti untuk tindakan segera ialah atasi kelemahan pentadbiran dan pengurusan serta kekangan kewangan,” katanya.

Menurutnya, bagi tujuan itu, sebuah pasukan khas diwujudkan untuk transformasi Insaniah ke arah lebih baik dalam usaha menentukan hala tuju kolej universiti itu.

“Mesyuarat Exco telah bersetuju untuk wujudkan pasukan khas ini. Langkah pertama ialah melantik Timbalan Rektor, Datuk Che Barni Mohd Noh sebagai pemangku Rektor bermula Jun,” katanya.

Tajul Urus berkata, lantikan itu berkuat kuasa selama enam bulan, sehingga lantikan baru bagi jawatan Rektor dibuat.

“Dalam tempoh transisi seperti ini, kita wajar beri keutamaan kepada perkara penting terlebih dahulu. Ia memerlukan masa untuk selesaikan semua isu berbangkit, saya akan cuba teliti satu persatu ikut kepentingan,” katanya.

Menurutnya, kos operasi Insaniah antara perkara yang diberi tumpuan, dan tidak menolak kemungkinan akan dibuat beberapa rombakan membabitkan jawatan pengurusan tertinggi.

“Perkara yang berkaitan dengan kos operasi akan dinilai, mana-mana yang tidak memberi manfaat kepada Insaniah akan dimansuhkan, selain keutamaan terhadap kebajikan pelajar. Kita akan cuba jimatkan kos dengan buat beberapa perubahan,” katanya.

Tajul Urus turut membangkitkan keperluan memiliki dua kampus iaitu di Mergong dan Kuala Ketil yang akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

“Sekarang ada dua kampus, ia libatkan kos yang banyak. Kita wajar nilai keperluan miliki dua kampus pada masa akan datang. Ianya masih dalam perbincangan dan saya harap pasukan khas itu akan kemuka beberapa cadangan sebagai panduan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mencadangkan agar dilantik konsultan untuk memberi penambahbaikan kepada Insaniah agar lebih cemerlang, sebagai langkah jangka panjang.

“Saya percaya dengan adanya pasukan itu termasuk konsultan, kita akan hasilkan satu penyelesaian terbaik tangani kemelut di Insaniah,” katanya.

Kelmarin, sumber-sumber mendakwa Insaniah bakal diswastakan apabila timbul desas-desus kerajaan negeri menawarkan penjualan kolej itu kepada beberapa buah IPT yang berminat untuk mengambil alih Insaniah. SINAR 

Tuesday, 4 June 2013

TERKINI !! CHE BARNI PANGKU JAWATAN REKTOR KUIN - TAJUL


SUNGAI PETANI 4 Jun - Timbalan Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Datuk Che Barni Mohd. Noor akan memangku jawatan rektor institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu berkuat kuasa 30 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan Kedah, Datuk Tajul Urus Md. Zain berkata, pelantikan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin dan dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Tajul Urus memberitahu, Che Barni akan menjalankan tugas menggantikan Prof. Datuk Dr. Jamil Osman yang meletak jawatan pada 20 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE

Friday, 24 May 2013

GEMPAR !!!! REKTOR KUIN LARI ???? NAK PI MANA SETTLE DULU HAL KUIN NI WEIII !!!!!


Tindakan Rektor Kuin letak jawatan serta-merta dikesali

BALING 23 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Md. Zin hari ini meluahkan rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Datuk Dr. Jamil Osman yang meletak jawatan secara mendadak.

Katanya sekali pun kerajaan negeri kini diterajui Barisan Nasional (BN), Jamil sepatutnya lebih profesional dan mengetepikan perbezaan politik demi menangani masalah yang dihadapi Kuin.

"Pagi tadi saya berkesempatan melawat ke Kampus Mergong, Alor Setar dan bertemu dengan kesatuan pelajar. Ada dua rungutan utama iaitu berhubung kelayakan pensyarah dan juga kemudahan asrama serta surau yang perlu ditambah baik, manakala sebelah petang saya berkunjung ke kampus di Kuala Ketil di sini.

"Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan rektor, tetapi saya dimaklumkan tadi bahawa rektor sudah menghantar surat peletakan jawatan pada 20 haribulan lalu. Saya juga agak kecewa, sepatutnya rektor juga ada bersama hari ini," katanya ketika ditemui media selepas melawat kampus Kuin di Kuala Ketil.

Menurut Tajul Urus, beliau dimaklumkan oleh pihak pentadbiran Kuin peletakan jawatan Jamil berkuat kuasa pada hari beliau menghantar surat iaitu Isnin lepas.

Tajul Urus dipertanggungjawabkan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir untuk melihat masalah yang dihadapi Kuin serta mengemukakan penyelesaian yang menjamin kebajikan pelajar dan warga kerja Kuin.

Antara masalah berkenaan ialah dakwaan warga kerja Kuin bahawa pihak pengurusan menyeleweng kerana gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji dicatat pada slip gaji mereka.

Kerajaan negeri dan Kuin juga terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil.

Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang menyukarkan kehidupan pelajar yang terpaksa berpindah-randah.

BN Kedah mewarisi masalah itu yang timbul ketika Kedah diterajui Pas sejak 2008 hingga Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

Mengulas pelantikan rektor baharu, Tajul Urus berkata, seorang pentadbir akan ditempatkan di situ sementara menunggu pelantikan baharu oleh Lembaga Pengarah Kuin.

Mengenai hasil lawatannya hari ini, beliau berkata, ada beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk mengenai kursus yang ditawarkan dan bilangan pelajar.

"Kita akan minta laporan menyeluruh daripada Kuin dan akan berjumpa dan berbincang dengan Menteri Besar untuk buat cadangan dan keputusan. Apa yang penting, kita mahu Kuin sama seperti kolej-kolej swasta terkemuka yang lain," katanya.

Beliau tidak menolak akan berlaku rombakan terhadap program yang ditawarkan Kuin jika tindakan itu memberi manfaat kepada Kuin.

Kuin kini mempunyai 6,000 pelajar dengan 1,500 daripadanya belajar di kampus Kuala Ketil yang mula dibuka awal tahun ini, manakala selebihnya masih berada di kampus lama di Mergong. - BERNAMA

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...