sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SAMAN. Show all posts
Showing posts with label SAMAN. Show all posts

Tuesday, 3 May 2016

Panas !! Mukhriz SAMAN Setiausaha Akhbar Najib Kerana Fitnah


KENYATAAN AKHBAR DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR

----------------------------------

1. Pada hari ini, Selasa 3 Mei, 2016, saya telah menyaman dan membuat tuntutan gantirugi terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri atas beberapa kenyataannya yang bersifat fitnah terhadap Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya.

2. Melalui empat kenyataan, Tengku Sariffuddin telah memberi gambaran seolah-olah saya adalah seorang yang gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang pertimbangan terhadap kepentingan Rakyat, sanggup bersubahat dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin semata-mata untuk menjatuhkan Kerajaan dan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri supaya saya sendiri boleh mengambilalih jawatan tersebut, dan bahawa setiap tindakan politik saya termasuk dalam menawarkan diri bertanding dalam pemilihan UMNO adalah juga untuk tujuan menjadi Presiden UMNO yang dikatakan menjamin jawatan Perdana Menteri.

3. Saya dengan sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan tidak berasas dan fitnah Tengku Sariffuddin tersebut. Tidak pernah berlaku sebarang konspirasi antara mana-mana pihak dengan saya untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib untuk tujuan menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dengan syarat Tan Sri membimbing saya untuk mengganti beliau di jawatan tersebut kemudian.

Tuesday, 3 June 2014

TERBAIK !!! PERDANA MENTERI SAMAN MALAYSIAKINI !!! HAMIK KAW !!!!



Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan saman terhadap Portal Pro Pembangkang Malaysiakini ekoran dua artikel berbaur fitnah yang disiarkan Laman Penfitnah itu .

Saman dikemukakan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 30 Mei lalu dengan menamakan Syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan pertama, sementara Ketua Editornya Steven Gang serta Ketua Pengarang Fathi Aris Omar sebagai defendan kedua.

Dokumen mengenai saman tersebut yang difailkan melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak diterima oleh pihak media hari ini.

Dalam tuntutan saman tersebut, Najib diatas kapasiti peribadinya sebagai Perdana Menteri meletakkan dirinya sebagai plaintif kedua manakala Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh sebagai plaintif pertama, bertindak mewakili UMNO.

Pengurusan kes tersebut buat kali pertama dijadualkan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, S.M. Komathy Suppiah pada 18 Jun ini.

Artikel Malaysiakini yang dirujuk dalam kes ini bertajuk 'A Case Of The PM Reaping What He Sows' dan 'How Much Will Najib Spend to Keep Terengganu'.

Apj bangga kali ini Perdana Menteri benar-benar mengambil tindakan saman terhadap Malaysiakini yang sememangnya kaki fitnah dan memburukkan Kerajaan setiap masa, selama ini Perdana Menteri masih memberi muka kepada mereka dan kali ini mereka tahu langit itu tinggi atau rendah.


Apj harap pihak peguam yang dilantik tidak akan KAWTIM dengan puak Malaysiakini . Sudah banyak sangat penyelesaian dan beri muka pada puak Malaysiakini ini dan sudahnya mereka terus menerus fitnah kerajaan.


Thursday, 20 March 2014

BERITA PANAS !!! MAT SABU DAN MUSTAPA ALI DI PERINTAH BAYAR RM 200 K KERANA FITNAH !!!


RAKYATNEWS : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas penjawat awam itu berhubung Projek IC di Sabah.

Muhammad Sabu dan Mustafa juga diperintah membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Wan Ahmad

Pada 5 Mac tahun lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mohamad atau Mat Sabu, mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk ‘Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai’ dan ‘Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan’ dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Jan 2013.

Selain Mohamad, Wan Ahmad turut menamakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di Sabah.

APJ : PAS KAKI FITNAH 

Monday, 17 March 2014

GEMPAR !!!! GUAN ENG KENA SAMAN DENGAN 'NENEK RASIS' !!! PADAN MUKA !!! #Rasis #Kajang



Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid, hari ini, memfailkan saman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung gelaran 'nenek rasis dan jahat' yang dilemparkan terhadapnya pada Disember tahun lalu.

Jahara memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Georgetown, selepas mendakwa Guan Eng enggan menarik balik perkataan rasis terhadapnya.

Selain saman berkenaan, Jahara juga turut memohon injunksi mahkamah untuk meghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.

Pada 10 Disember lalu, Guan Eng dalam sidang akhbar di luar sidang DUN, menggelarkan Jahara sebagai 'nenek rasis' kerana dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran 'nenek' malah Setiausaha Agung DAP itu tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.

RAKYAT NEWS

Wednesday, 22 January 2014

BADUT UMNO YANG MENJIJIKKAN LAGI MENJAHANAMKAN UMNO @NajibRazak #SyokSendiri



Gambar badut dan penyangak PKR ni bukan saja melukakan hati ahli Umno tetapi hati rakyat yang sedih bila Tian Chua menganggap Kes Lahat Datu adalah sandiwara bukan realiti , itu belum perasaan keluarga barisan pejuang-pejuang negara !! huh 

Badut-badut Umno melepaskan Tian Chua dengan hanya satu senyuman tanpa minta pandangan rakyat dan adakah badut-badut ni meminta dan merujuk kepada Presiden umno sendiri sebelum membuat keputusan ?? banyak benda boleh di pertikaikan termasuk adakah di gunakan sistem KAWTIM untuk selesaikan masalah ini ???

Friday, 17 January 2014

MELAMPAU !!! PEGUAM UMNO YANG MEMUALKAN PENYOKONG DAN AHLI UMNO SEMALAYSIA !!! @NajibRazak




Memalukan dan merupakan satu tindakan bodoh yang telah dilakukan oleh peguam UMNO Dato Hafarizan Harun berhubung isu penarikan saman ke atas Tian Chua PKR dan Mustapha Ali PAS.Ini lah apabila peguam UMNO tidak peka dengan keadaan politik hari ini sebaliknya hanya memikirkan penyelesaian secara berhemah dan kerja senang.

Jawapan Mustapha Ali apabila penarikan saman dilakukan UMNO beliau menyalahkan Blogger UMNO dan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh media PAS Harakah Daily. Begitu juga dengan Tian Chua yang menafikan beliau memohon maaf kepada UMNO waaupun bersilat silat peguam UMNO menyatakan Tian Chua memohon Maaf.

Wednesday, 22 May 2013

ARGGGHHH !!!! SAYA BUKAN PAPA GOMOLAH !!!! ANWARLAH PAPA GOMO SEBENARNYA !!!!

Papa Gomo


KUALA LUMPUR - Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. - Bernama

Thursday, 2 May 2013

HOT NEWS : RAFIZI NAK KENA SAMAN PULAK DAH !!! TERUK BETUI !!!!#NajibMyPM #PilihBN #TolakPR #GE13 #PRU13 #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN


Calon BN Pandan, Gary Lim mahu menyaman Rafizi Ramli kerana menfitnah beliau.

PR menyebarkan fitnah kononnya Gary Lim terlibat dalam penyelewengan dan salahlaku; kononnya beliau sedang disiasat oleh Majlis Peguam.

Garu Lim menasihatkan Rafizi Ramli agar tidak bermain politik kotor, sebaliknya menunjukkan apa yang boleh beliau lakukan untuk penduduk Pandan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...