sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 17 March 2014

GEMPAR !!!! GUAN ENG KENA SAMAN DENGAN 'NENEK RASIS' !!! PADAN MUKA !!! #Rasis #Kajang



Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid, hari ini, memfailkan saman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung gelaran 'nenek rasis dan jahat' yang dilemparkan terhadapnya pada Disember tahun lalu.

Jahara memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Georgetown, selepas mendakwa Guan Eng enggan menarik balik perkataan rasis terhadapnya.

Selain saman berkenaan, Jahara juga turut memohon injunksi mahkamah untuk meghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.

Pada 10 Disember lalu, Guan Eng dalam sidang akhbar di luar sidang DUN, menggelarkan Jahara sebagai 'nenek rasis' kerana dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran 'nenek' malah Setiausaha Agung DAP itu tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.

RAKYAT NEWS

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive