sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 20 March 2014

BERITA PANAS !!! MAT SABU DAN MUSTAPA ALI DI PERINTAH BAYAR RM 200 K KERANA FITNAH !!!


RAKYATNEWS : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas penjawat awam itu berhubung Projek IC di Sabah.

Muhammad Sabu dan Mustafa juga diperintah membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Wan Ahmad

Pada 5 Mac tahun lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mohamad atau Mat Sabu, mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk ‘Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai’ dan ‘Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan’ dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Jan 2013.

Selain Mohamad, Wan Ahmad turut menamakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di Sabah.

APJ : PAS KAKI FITNAH 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive