sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label STADIUM DARULAMAN. Show all posts
Showing posts with label STADIUM DARULAMAN. Show all posts

Sunday, 26 May 2013

TERKINI !!!! KEDAH BERPESTA TUMPAS PDRM #HanyaDiKedah










Perlawanan malam tadi antara Kedah dan PDRM di Stadium Alor Setar menyaksikan pasukan Kenari berpesta gol dengan menewaskan PDRM dengan jaringan 4 - 1 .

Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Menn pada minit ke 32 , Penyerang import Kenari Alan Guc pula meneruskan pesta gol Kenari pada minit ke 42 dan pemain yang mendapat jolokkan 'kereta kebal' Kenari iaitu Sabree menjaringkan gol pada minit ke 48 . Guc sekali lagi menambah derita PDRM dengan jaringan ke 4 pada minit ke 58 .

Gol saguhati PDRM dijaringkan oleh Fauzi pada minit ke 67, bagi kedudukan Kedah menang dengan 4-1 . Kemenangan Kedah menyaksikan Kedah kekal di tangga ke 4 Liga Perdana 2013 .

Dengan Berbaki 3 perlawanan , insya'Allah Kedah masih mampu mengejar sekurangnya di tangga ke 3 musim 2013 ini.

Harapan peminat sukan Kedah agar pihak Kerajaan Negeri Khususnya Exco Sukan memberi perhatian penuh kepada sukan no 1 Kedah ini agar kembali seperti era kegemilangan Kedah dahulu.

BIAR JASA JADI KENANGAN 

GAMBAR DARI HIJAUKUNING.COM 

Tuesday, 14 May 2013

TUDIAAA !!! @MukhrizMahathir NAIKKAN SEMANGAT SKUAD HIJAU KUNING MENENTANG PERLIS #HanyaDiKedah


Perlawanan bola sepak antara Kedah dan Perlis sebentar tadi diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Kedah yang baru iaitu Dato Paduka Mukhriz Mahathir pada separuh masa kedua. Dikhabarkan MB kita ni datang sejurus tamat majlis bacaan Yasin dan Doa selamat untuk Ustaz Azizan Razak di Masjid Zahir Alir Setar tadi.


Pada perlawanan ini Kedah berjersi Hijau Kuning menang 1-0 berlawan dengan Perlis. Gol Kedah dijaringkan oleh penyerang import Kedah iaitu Alan Guc .









Semoga Mukhriz kembalikan kegemilangan skuad Kedah seperti dahulu !!! 

HIDUP HIJAU KUNING HIDUP MUKHRIZ 

JOM LIKE PAGE SOKONG MUKHRIZ

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...