sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label UMNO Sik. Show all posts
Showing posts with label UMNO Sik. Show all posts

Saturday, 10 January 2015

UMNO Sik Hargai Anak-anak Pelajar Cemerlang UPSR Daerah Sik



Kemarin bertemat di Dewan Umno Bahagian Sik, Satu Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR 2014 daerah Sik telah  di sempurnakan oleh Yb Datuk Mohd Tajudin Abdullah, selaku Ketua Bahagian Umno Sik, Adun Belantek dan juga Exco Kerajaan negeri Kedah. 

Turut hadir Pegawai PPD Baling/Sik, majlis ini adalah anjuran Pejabat Umno bahagian Sik bagi menghargai anak-anak Sik yang berjaya dalam UPSR tahun lepas. Menurut Datuk Tajuddin sendiri , beliau akan berusaha untuk memberi kerjasama yang baik untuk penduduk daerah Sik agar anak-anak Sik terus berjaya dalam pendidikan. 

Beliau telah memberi peruntukkan kepada daerah sik sebanyak  Rm 20.000 setahun untuk membuat kelas-kelas tuisyen kepada pelajar-pelajar disini dan berharap agar guru-guru berusaha keras bagi merialisasikan harapan kerajaan negeri untuk menduduki 5 negeri terbaik dalam pendidikan. 

Bagi penulis, sepatutnya semua daerah di Kedah ini harus mengikuti dan melakukan seperti yang Umno Sik dan juga Datuk Tajuddin lakukan di Sik, terus berusaha untuk membantu rakyat tanpa kira fahaman politik bukan hanya memilih bulu sahaja untuk dibantu. 

Wednesday, 10 December 2014

544 Orang Murid Daerah Sik Terima Bantuan Persekolahan @MukhrizMahathir


Pada 7 Disember baru-baru ini bertempat di Dewan Umno Bahagian Sik telah diadakan majlis  ' Kembali Ke Sekolah' anjuran Umno Bahagian Sik. 

Sumbangan ini disampaikan oleh YB Datuk Tajuddin Abdullah yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sik dan juga Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Menurut Datuk Tajuddin, seramai 544 orang murid yang kurang berkemampuan menerima sumbangan ini dari seluruh daerah Sik. 

Kos keseluruhan untuk sumbangan ini dianggarkan sekitar RM 50.000 . Setiap kampung di Daerah Sik menghantar 4 orang murid yang kurang berkemampuan untuk menerima sumbangan ini. 

Kepimpinan Umno Bahagian Sik juga setiap tahun menganjurkan program seperti ini bagi membantu penduduk di Daerah Sik. 




POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...