sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label UPDATE LAHAT DATU. Show all posts
Showing posts with label UPDATE LAHAT DATU. Show all posts

Sunday, 10 March 2013

UPDATE OP DAULAT : PASUKAN PEJUANG NEGARA HAMPIRI KAWASAN MILITAN SEMBUNYI !!! #Pray4Sabah






OP DAULAT: PASUKAN KESELAMATAN MARA KE KAWASAN BAHARU

Lahad Datu, 9 Mac - Pasukan keselamatan mara ke kawasan baharu menghampiri kawasan penceroboh militan selatan Filipina bersembunyi di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 120 kilometer dari sini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata fokus pasukan keselamatan kini adalah untuk membersihkan kawasan itu secara besar-besaran.

"Kami percaya saki-baki musuh itu sekarang ini berada di kedua-dua tempat (Kampung Tanduo dan Tanjung Batu) ini," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini
hari ini.

Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Operasi Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Feb lepas.

Sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 53 musuh dan lapan anggota polis terkorban. Pasukan keselamatan turut menahan 106 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.

Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan krisis pencerobohan kumpulan militan selatan Filipina yang mendakwa sebagai askar kesultanan Sulu.- BERNAMA

Sunday, 3 March 2013

UPDATE LAHAD DATU : TIADA PENCEROBOH SERAH DIRI !! #LahadDatu

LAHAD DATU: KPN NAFI 10 PENCEROBOH SERAH DIRI

Lahad Datu, 2 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan laporan media asing yang mendakwa 10 daripada anggota kumpulan penceroboh itu telah menyerah diri kepada pihak keselamatan semalam.

Katanya, kumpulan penceroboh berkenaan sememangnya cuba keluar daripada kawasan Kampung Tanduo tetapi terserempak dengan pasukan keselamatan Malaysia lalu melepaskan tembakan sehingga mencetuskan pertempuran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pangkalan PGA, Sahabat 16, di sini, hari ini.

Semalam, agensi berita asing ABS-CBN news online memetik sumber jurucakap Kementerian Luar Filipina, Raul Hernadez, yang menyebut bahawa dia dimaklumkan oleh Duta Malaysia ke Filipina Mohammad Zamri Mohammad Kassim kononnya 10 anggota kumpulan penceroboh telah menyerah diri.

Ismail turut memuji dan gembira dengan semangat tinggi yang ditunjukkan anggota pasukan polis yang terus berusaha untuk menyelesaikan insiden pencerobohan kira-kira 150 rakyat Filipina yang mengaku sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu.

Turut berada di Pangkalan PGA berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Ahmad Marzuki Mohd Saad. - BERNAMA

Friday, 1 March 2013

UPDATE LAHAT DATU : TAKZIAH BUAT KELUARGA PEJUANG NEGARA YANG TERKORBAN



Al-Fatihah buat Insp. Zulkifli..Terkorban di Lahad Datu dalam misi mepertahankan negara..Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..Sedih melihat anak-anak beliau yg masih kecil..mari kita sama-sama sedekahkan Fatihah buat pejuang kita yg telah terkorban & mendoakan keamanan dan kejayaan buat para pejuang negara di Lahad Datu..Amin..



Al-Fatihah Buat pejuang negara kerana pertahankan tanahair 

TERKINI UPDATE LAHAT DATU : KEMATIAN MENINGKAT DI PIHAK PENCEROBOH




LAHAD DATU: Jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.

Selepas laporan pertama yang melaporkan dua pengikut Sulu terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia cedera, maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo di sini mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera.

Namun, tiada laporan mengesahkan mengenai empat anggota keselamatan yang cedera atau berlaku sebarang kematian.

Bagaimanapun, wartawan di pintu masuk Felda Sahabat 17 menuju ke Kampung Tanduo melihat dua mayat diusung menaiki jip oleh kakitangan perubatan pasukan keselamatan Malaysia.

Keluarga Sultan Kiram mengesahkan di Manila bahawa sekurang-kurangnya 10 anggotanya maut manakala empat lagi cedera.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib enggan memberi komen dan memberitahu satu sidang media akan diadakan kemudian.

Sejak itu, pelbagai laporan mengenai bilangan individu yang cedera atau maut mula tersebar. - MStar

UPDATE LAHAT DATU : 2 KOMANDO POLIS MALAYSIA TERBUNUH

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...