
Penulis kongsikan sedikit cerita menarik untuk kita renungkan bersama. Baru-baru ni penulis sempat singgah di pejabat Exco Kerajaan Negeri, Datuk Tajuddin Abdullah di Wisma Darulaman.
Kebetulan di pejabat Datuk Tajuddin ada mesyuarat dan bertemu sahabat-sahabat sekolah semasa di sekolah menengah dulu. Jadi penulis mengambil kesempatan untuk merakam detik pertemuan mereka kerana bagi penulis ianya satu perkara yang baik untuk kita semua contohi.
Menurut Datuk Tajuddin, beliau dan sahabat-sahabat satu sekolah dan kelas malah ada diantara mereka yang berkawan serta bersekolah dari sekolah rendah lagi. Mereka telah menubuhkan Kelab Rangkaian Sahabat 63/64, Sekolah Menengah Kebangsaan Sik Kedah sejak beberapa tahun lalu dan melakukan pelbagai aktiviti pertemuan, aktiviti masyarakat terutama kebajikan dan lain-lain lagi.
Bagi pelajar tahun 1963 ia dipengerusikan oleh Tuan ASP Mohd Rozi dan tahun 1964 pula dipengerusikan oleh Cikgu Fauzi dan mereka telah membuat gabungan rangkaian sahabat 63/64.
Sebenarnya penulis agak cemburu dengan mereka, kerana penulispun terpisah dengan rakan-rakan satu sekolah dahulu dan tiada perbincangan mahu menubuhkan kelab sepertimana Yb Datuk Tajuddin dan rakan-rakan beliau.
Sepatutnya semua mencontohi kelab ini walaupun sekolah Sik di luar bandar namun mereka berjaya menyatukan kembali rakan-rakan walau sudah beruluh tahun habis sekolah.
Berbalik cerita YB Datuk Tajuddin dan rakan-rakan beliau, semasa pertemuan ini gelak tawa mereka bercerita kenangan sewaktu zaman sekolah dulu , cinta monyet dan kenakalan sewaktu sekolah telah mengamatkan pertemuan ini.
Penulis sendiri terpaksa menahan gelak mendengar mereka bercerita, hehe . Apapun Penulis mengucapkan tahniah buat Datuk Tajuddin dan rakan-rakan kerana persahabatan mereka terus utuh walaupun beruluh tahun berlalu zaman kegemilangan sekolah.
Penulis kongsikan gambar-gambar pertemuan mereka untuk tatapan.
Jumpa Lagi
.jpg)
