sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label pau 2014. Show all posts
Showing posts with label pau 2014. Show all posts

Saturday, 29 November 2014

PANAS !! KENYATAAN FARHANA KULN BIADAP DAN KURANG AJAR !!! (VIDEO) #PAU2014


Kenyataan biadap daripada Wakil Kelab Umno Luar Negara (KULN) mengenai BLOGGER UMNO yang lambat mempertahankan Rosmah dari di serang oleh blogger/facwbookers pembangkang ternyata mencabar kesabaran penggiat maya pro Bn.

Mungkin nak tunjuk dia hebat berhujah di depan pemimpin-pemimpin negara hingga sanggup menyalahkan blogger/facebooker pro BN. Baguih sangat ka minah ni sampai nak hentam orang lain yang bersengkang mata siang malam demi menjaga pemimpin negara dari di serang di media maya !!



Bagi aku kenyataan budak mentah ni sangat biadap dan kurang ajar dan juga berniat jahat terhadap penggiat media sosial pro BN. 

Farhanan dalam ucapannya menyalahkan blogger Umno kerana lambat membalas dakyah dan berita palsu yang dilemparkan oleh blogger-blogger parti pembangkang.

Menyalahkan blogger Umno gagal mempertahankan Rosmah merupakan satu tuduhan berat dan berniat jahat apatahlagi menyebutnya secara umum (blogger Umno) tanpa menyatakan secara khusus sasaaran sebenar tuduhan tersebut.

Friday, 28 November 2014

#PAU2014 : BERSATULAH BANGSA MELAYU



Bersatulah bangsa Melayu

Di saat ini, perbalahan sesama bangsa Melayu berada di tahap kritikal. Punca utama adalah perbezaan fahaman politik. Budaya berpuak-puak semakin berleluasa sama ada di bandar mahupun di kampung. Pergolakan ini dilihat oleh orang lain dan mereka gembira melihat kita bersengketa sesama sendiri.

Perpecahan ini amat bahaya yang akan membinasakan bangsa kita sendiri. Pepatah mengatakan 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Bangsa kita sekarang sedang ditertawakan orang lain kerana kita lemah sebab tidak bersatu. Kita seolah-olah sudah hilang kekuatan kerana ikatan kita amat longgar dan akan roboh bila-bila masa sahaja. Raja-Raja Melayu diperlekehkan oleh bangsa kita sendiri. Orang lain tersenyum gembira melihat kebodohan yang dijelmakan oleh bangsa kita sendiri.

Masa telah sampai. Semboyan telah berbunyi. Gendang telah dipalu. Orang Melayu perlu bertindak untuk menyatukan semula bangsa kita yang kita cintai dan agama Islam yang kita anuti. Kesemua peringkat usia, sama ada golongan terpelajar, golongan ahli agama, pemimpin-pemimpin politik, pelajar, pendidik, golongan petani dan apa-apa sahaja golongan dari kelompok Melayu perlu mulakan gerakan ke akar umbi menyatukan semula puak-puak yang bertelagah ini demi agama dan bangsa.

Janganlah hanya mempunyai sikap membisu dan melihat sahaja tanpa melakukan tindakan demi penyatuan bangsa. Kita kena bertindak. Bukan masanya untuk kita menuding jari menyalahkan puak lain.

Tempat berkumpul bagi menyusun program penyatuan hendaklah kita mulakan di masjid atau pun surau. Kita tinggalkan fahaman politik masing-masing apabila berada di masjid atau surau. Kita hidupkan jemaah dan kita bina semula kekuatan. Peranan masjid atau surau kita kembalikan seperti di zaman Rasulullah s.a.w.

Sejarah para pahlawan Melayu dahulu perlu diceritakan kepada generasi muda. Usaha ini mesti berterusan dan tiada penghujung. Pastinya perjuangan kita akan disanjung oleh generasi akan datang. Kitalah yang bertanggungjawab memastikan agama Allah terpelihara dan bangsa kita bersatu, kuat dan tidak boleh diperlekehkan orang lain. Kita kembalikan kedudukan raja kita yang kita sayangi di tempat yang sepatutnya.

Satu semangat juang yang tinggi perlu ada pada setiap orang Melayu. Kita kumpulkan rakan-rakan berlainan fahaman politik untuk membentuk satu jemaah demi agama dan bangsa Melayu. Ibu bapa juga memainkan peranan sebagai penasihat terbaik kepada anak-anak. Ceritakanlah kepada mereka sejarah zaman dahulu dan pupukkan semangat cintakan agama dan bangsa.

Paparan Video 13 Mei Meruntun Jiwa Perwakilan #PAU2014



Sedutan video Peristiwa 13 Mei, titik hitam dalam sejarah negara yang ditayangkan ketika ucapan dasar Presiden UMNO, meruntun jiwa seluruh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen negara, pastinya mengimbas kembali memori pahit seluruh rakyat Malaysia.

Beberapa golongan veteran ketika ditemui di sini turut melahirkan rasa sedih dan yakin seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia ini, pastinya tidak mahu peristiwa hitam itu berulang.

Osman Khamis, 62, dari Ledang, Johor, berkata beliau berasa sedih apabila menonton tayangan video itu dan berharap ia akan membuka mata serta menyedarkan masyarakat terutama ahli UMNO mengenai kepentingan bersatu padu.

"Ia satu peristiwa yang sesiapa pun, apa kaum pun, tak mahu ulangi, walaupun tayangan itu sekejap sahaja. Pakcik harap ia beri kesedaran pada semua, jangan kita bergaduh dan berbalah," katanya kepada BERNAMA.

Video bertemakan 'Solidariti Melayu dan Bumiputera, Solidariti UMNO, Solidariti Malaysia', bukan sahaja membuatkan perwakilan sebak, malah orang awam yang menyaksikan siaran itu di luar dewan, turut sebak dan mengalir air mata.

Osman, ahli UMNO seumur hidup dan hadir setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan, turut melahirkan rasa gembira apabila perdana menteri mengumumkan Akta Hasutan 1948 dikekalkan.

Jaharah Saudin, 69, dari Bukit Sireh, Melaka pula berkata Peristiwa 13 Mei masih segar dalam ingatannya yang ketika itu berusia 24 tahun.

#PAU2014 : AKTA HASUTAN DAN JAMINAN NAJIB


Hari ini bergema dewan di PWTC apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan mempertahankan Akta Hasutan 1948.

Ramai yang tidak mahu Datuk Seri Najib mansuhkan akta ini kerana negara makin lemah dari segi undang-undang akibat pemansuhan akta ISA. 

Perdana Menteri turut menegaskan, akta itu akan ditambah baik dengan memasukkan dua peruntukan khas iaitu melindungi kesucian Islam serta agama-agama lain tidak dibenarkan disentuh.

Dalam masa sama tambah Najib, akta itu juga akan diperkuatkan dengan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Semoga dengan jaminan ini kita semua dan seluruh rakyat Malaysia akan berasa lebih aman dan tenang tanpa provokasi melampau baik dari pelampau politik mahupun agama. 

Nak jaga manusia ni bukan senang , jika longgar undang-undang kita maka naik tocanglah manusia ni. Tahniah Datuk Seri Najib kerana sudi dengar suara akar umbi bukan suara puak Pakatan tu.

Thursday, 27 November 2014

#Pau2015 : Tubuh Majlis Amanah Pelihara Tanah Rizab Melayu @khairykj @azwanbro



Pemuda mencadangkan Majlis Amanah Tanah Melayu yang melibatkan semua negeri diwujudkan bagi melindungi tanah rizab Melayu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, tugas majlis amanah ini pula tidak tertakluk kepada hanya melindungi tanah rizab Melayu namun harus turut memastikan pembangunannya.

"Pemuda tidak akan sama sekali berdiam diri dalam hal ini, kita akan membawa isu ini untuk ke pentas nasional dan menggesa agar Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri dikuatkuasakan sepenuhnya.

"Kita harus semak semula senarai tanah rizab yang diwarta keluar dan memastikan tanah-tanah tersebut digantikan dengan segera. Jangan sampai hak kita di bumi ini terus-terusan dicabuli oleh mereka yang tak berrtanggungjawab.

"Apa guna jadi orang bertanah, jika tak dapat menggandakan nilai untuk bangsa nusantara sendiri,"
katanya semasa Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Jelas Khairy, Pemuda harus mencari penyelesaian segera bagi memastikan hak yang termaktub dalam enakmen sejak 1914, juga wasiat Raja-Raja Melayu, tak tergadai.

#Pau2014 : Jangan Sesekali 'Swastakan' Perjuangan Membela Melayu - @azwanbro



Ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam , Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia , Khairul Azwan Harun mengingatkan semua ahli Pergerakan Pemuda Umno agar tidak ‘menswastakan’ perjuangan untuk membela Melayu dan bumiputera kepada mana-mana pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Saya akan bercakap sampai bila-bila mengenai kesederhanaan kerana saya tidak mahu negara kita akhirnya dipimpin oleh golongan hipokrit yang mengelirukan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga ahli UMNO dan orang Melayu, rakyat majoriti negara kita.

"Kekeliruan ini menyebabkan persepsi yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri semalam apabila UMNO dilihat begitu lemah dan dipayungi oleh NGO radikal yang seolah-olah kita tidak ada langsung peranan dan tanggungjawab, bukankah selama ini kita mempertahankan kesucian agama Islam dan memperjuangkan untung nasib orang Melayu di negara kita.

Wednesday, 26 November 2014

#PAU2014 : Pendapatan Bulanan Isi Rumah Bumiputera Masih Rendah Berbanding Kaum Cina Dan Kaum India



Malaysia memerlukan satu model ekonomi yang benar-benar dapat memastikan pertumbuhan ekonomi disertai dengan pengagihan kekayaan yang saksama, kata Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, ketidaksaksamaan dalam masyarakat ketika ini agak menggerunkan dengan kedudukan ekonomi orang Melayu masih meruncing selain berdepan pelbagai cabaran dalam meneruskan agenda ekonomi mereka.

“Kita (Orang Melayu) bersaing dalam ekonomi yang lebih terbuka. Kita berhadapan dengan fahaman kesamarataan yang menentang sebarang pelaksanaan agenda Melayu. Menerusi pelbagai instrumen perjanjian perdagangan bebas antarabangsa, negara kita didesak supaya jangan lagi mengamalkan dasar untuk melindungi kepentingan kaum Bumiputera.

Kononnya, dasar seperti ini merupakan penghalang kepada pembangunan ekonomi dan merencatkan pasaran. Padahal, dasar ini pernah digunakan negara maju lebih setengah abad sebelum mereka mencapai tahap negara maju,” katanya berucap merasmikan perhimpunan agung serentak sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, di sini, hari ini.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...