IPOH: Pemuda Barisan Nasional Perak memohon agar kepimpinan tertinggi iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk memberikan penjelasan yang lengkap bagi menjawab segala isu-isu yang menimbulkan kegusaran rakyat kini.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor pelbagai isu timbul antaranya seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), perumahan generasi kedua Felda dan terbaru kini pembelian aset oleh Lembaga Tabung Haji.
“Semua ini dilihat semakin berterusan dan menjadi gunting dalam lipatan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan sedia ada,” katanya lagi.
Ujarnya lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan mengenai isu tersebut yang semakin berlegar di ruang maya dan menjadi buah mulut rakyat.
“Pilihan raya kecil baru-baru ini turut dijadikan medan bagi pihak pembangkang untuk terus menimbulkan kebencian rakyat kepada kepimpinan.

