PETALING JAYA: Permasalahan yang berlaku dalam Proton bukanlah berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebaliknya, kemelut Perusahaan Otomobil Nasional bermula selepas ia diserahkan kepada Khazanah Nasional oleh pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Perkara itu didakwa Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA), Armin Baniaz Pahamin menerusi entri terbaharu di blognya.
Beliau mendakwa Proton hilang kedudukannya sebagai pesaing pertama kereta nasional ketika ia dipengerusikan Datuk Mohammad Azlan Hashim, yang dilantik Khazanah.

