sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday, 19 December 2012

TERKINI : VIDEO PANAS TERSEBAR DI KEDAH !!! AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR !!!


Semalam kita dikejutkan dengan berita pergaduhan kaum di Sungai Petani Kedah , yang membuatkan kerisauan dikalangan penduduk. Pihak berkuasa dahpun keluarkan kenyataan media teentang pergaduhan ni .

Tapi kat TV3 pun dah dijelaskan perkara itu dan tindakkan susulan akan diambil kepada penyebar fitnah yang menyatakan ada berlaku rusuhan . Semoga menjadi iktibar pada kita semua.

kita lupakan kes tersebut dan ni aku nak tayangkan video panas apa yang dah PAS KEDAH lakukan dan kekejaman mereka pada rakyat kedah - BN SELAMATKAN KEDAH 



Adun Belantik Mendedahkan Kezaliman Kerajaan Negeri Pentadbiran PAS.

TERKINI : GAMBAR ANTARA MEREKA YANG PARAH AKIBAT 'RUSUHAN KAUM ?? PDRM JAWAB !!!

'
Ni antara gambar-gambar yang dikatakan mangsa kejadian rusuhan kaum di Sungai Petani . 





blog Labi- Labi telah mengeluarkan entri berkaitan isu berkenaan.


Sebelum kita berprasangka yang bukan- bukan terhadap penganut agama lain, seharusnya diingat bahawa perlakuan yang ditampilkan sebahagian individu ini bukanlah mewakili keseluruhan mereka.

Ikuti artikel yang dikeluarkan blog tersebut;

Kejadian pergaduhan teruk antara golongan Pelampau India daripada Geng 35 dengan orang Melayu Islam di Sungai Petani. Khabarnya Geng 35 telah mengugut untuk membakar masjid dan surau. Beberap aanggota polis Melayu telah dibelasah oleh anggota Geng 35. Perintah darurat telah dikeluarkan oleh Polis dan FRU di kawasan tersebut. Mohon bersatu! Umat Islam digesa jangan bertindak terburu-buru, dan mengikut arahan polis agar peristiwa buruk tidak berlaku.

Kat bawah ni antara berita yang tersebar ..



Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan 
kes serangan kongsi gelap india 35 melakukan serangan perkauman 
di sekitar Sungai Petani,Kedah terhadap kaum melayu & ancaman 
serangan terhadap surau & masjid-masjid,sila hubungi Bilik 
Gerakan IPD Kuala Muda 03-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 04-
4222222..Jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar 
khabar angin.Kekalkan perpaduan antara kaum

APJ : PIHAK PDRM TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN MEDIA SEPERTI DI SINI

TERKINI : PERGADUHAN DI DAERAH KUALA MUDA , PDRM BERI KENYATAAN MEDIA !!!


PERHATIAN :
PADA 18/12/2012 JAM 2330HRS YDHSAC DATO ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH TELAH MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI IPD KUALA MUDA BAGI MEMPERBETULKAN BERITA PALSU BERKENAAN KEADAAN HURU HARA DI DAERAH KUALA MUDA , SG PETANI KEDAH SEPERTIMANA DIGEMBAR GEMBURKAN DI BLOG , FACEBOOK , TWITTERS DAN SMS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

KEADAAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH KUALA MUDA ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL WALAUPUN TELAH BERLAKU INSIDEN PERGADUHAN ANTARA BEBERAPA PEMUDA MELAYU DAN PEMUDA INDIA PADA 16/12/2012 AWAL PAGI . KESEMUA YANG TERBABIT DI DALAM KES TERSEBUT TELAH DITANGKAP (SERAMAI 13 ORANG TERDIRI DARI MELAYU DAN INDIA ) ,

MANGSA JUGA TELAH DIRAWAT DAN HANYA TINGGAL SEORANG SAHAJA YANG MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM DARI 5 ORANG YANG TERCEDERA . EKORAN INSIDEN TERSEBUT , PIHAK PDRM TELAH MENGAMBIL TINDAKAN AWAL DENGAN KAWALAN KESELAMATAN SEPERTI FRU , LSF , MPV , JSJ , NARKOTIK , SB DAN ROADBLOCK DI SEMUA LOKASI DI DALAM DAERAH KUALA MUDA BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ORANG AWAM KHUSUSNYA .
PESANAN DARIPADA YDH SAC DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB UNTUK SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA AMNYA .

Monday, 17 December 2012

EKSKLUSIF : BLOGGER PRO BN HARUS HATI-HATI !! ANDA DIPANTAU DARI SINGAPURA JIKA KELUAR ISU DAP !!! BUKTI PANAS !!!!



Dah lama APJ perhatikan , apabila APJ keluarkan isu tentang DAP pasti ada 'pengikut' dari singapura di blog APJ setiap kali APJ mainkan isu DAP , bukan sekali tapi dah banyak kali APJ perhatikan.

Kali ni APJ rasa patut APJ tunjukkan sikit bukti bahawa apabila isu DAP dimainkan pasti ada pembaca atau orang singapura yang membaca apa yang APJ postkan tentang DAP . 

Adakah mereka ini suka membaca atau ada hubungan antara mereka dengan DAP di Malaysia?? Seperti yang kita sedia maklum bahawa ramai menyatakan DAP Malaysia adalah anak didik PAP Singapura, mungkin itu antara sebab apabila blogger menyiarkan cerita pasal DAP pasti ada 'peminat' dari Singapura yang membaca .


Ni semalam APJ copy dari blog APJ sendiri , pembaca dari Singapura sedang membaca cerita tentang DAP yang dimainkan APJ semalam . Kebetulan atau tidak rakan-rakan blogger harus peka terhadap isu dap dan pembaca dari Singapura .

Pasal ni saja APJ masukkan untuk diri APJ sendiri , mungkin tak penting tapi kita kena ingat di Singapura ada 'pusat penyelidikan tentang kelemahan Melayu' .  Bukan baru tapi dah lama ia wujud ... 

APJ : lawan memantau :) 

CERITA PANAS : SHAH RUKH KHAN MAHU JADI SEPERTI TUN M !!! TUDIAAA JOM TENGOK


SRK mengaku dia mahu mempunyai pemikiran luar biasa seperti yang dimiliki oleh Tun Mahathir. Dia begitu mengagumi Tun Mahathir.


WALAUPUN sudah berusia 87 tahun, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih menjadi idola kebanyakan rakyat Malaysia. Jasa beliau selama 20 tahun mentadbir negara sentiasa dikenang oleh masyarakat.

Demi menghargai jasa Tun Mahathir yang merupakan salah seorang pelanggan setia butik mereka, Lord's Tailor telah mengadakan sebuah majlis ulang tahun yang dihadiri oleh 200 tetamu VVIP dan selebriti di Hotel Le Meridien, KL Sentral, Kuala Lumpur pada 14 Disember lalu.

Selain itu, pihak Lord's Tailor juga membuat kejutan kepada Tun Mahathir dengan membawakan aktor tersohor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan sebagai 'hadiah' kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu.

Sementara menunggu kehadiran Shah Rukh Khan, majlis diserikan dengan persembahan penyanyi kegemaran Tun Mahathir, Datuk Yusni Hamid serta Amanda Imani dan seorang penyanyi India, Dr. Burns sebagai pembuka tirai majlis tersebut diiringi muzik Datuk Mokhzani Ismail.

Shah Rukh Khan yang tiba sejam selepas majlis bermula terus memberi penghormatan kepada Tun Mahathir dengan menyanyikan lagu Happy Birthday dan Kuch Kuch Hota Hai yang katanya khas buat mentornya itu.

“Saya amat mengagumi Tun Mahathir dan beliau merupakan mentor serta inspirasi terbaik buat diri saya.

“Sejak mengenali beliau 15 hingga 20 tahun lalu, saya sentiasa mencuba untuk mempunyai pemikiran luar biasa sepertinya dan mengikut falsafah yang dimiliki beliau.

“Mereka (Tun Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah) juga sangat sukakan saya, jadi saya tidak boleh menolak dan perlu juga berada di sini untuk menyambut majlis ulang tahun yang ke-87 beliau.

“Paling penting, saya juga mahu mengambil restu dari mentor yang juga rakan baik saya ini,” ujar bintang tersohor Bollywood yang mendapat gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka beberapa tahun lalu itu penuh teruja.


SRK mendendangkan lagu Kuch Kuch Hota Hai khusus buat Tun Mahathir.


Shah Rukh Khan yang juga digelar SRK membuka rahsia, setiap tahun, dia pasti tidak akan ketinggalan dan meluangkan masa untuk bertemu Tun Mahathir beberapa kali setahun.

Sementara itu, sepanjang majlis berlangsung, Tun Mahathir sentiasa mengukir senyuman dan kelihatan gembira.

Beliau juga amat berterima kasih di atas kehadiran aktor tersebut serta tetamu yang sudi hadir meraikan hari ulang tahunnya yang jatuh pada 10 Julai lepas.

“Terima kasih kepada Shah Rukh Khan yang sudi meluangkan masa terbang dari London untuk bersama-sama raikan majlis ulang tahun ini,” ujarnya.

Tun Mahathir kemudian secara berseloroh memberitahu: “Saya ingin berkongsi rahsia untuk sentiasa kekal muda. Sambutlah ulang tahun dua kali setahun seperti saya.

“Secara tidak langsung juga, anda akan dapat banyak hadiah dan saya berterima kasih kepada bapa saya kerana dia telah fikirkan perkara ini secara ke hadapan.”

Antara tetamu selebriti yang turut meraikan ulang tahun idola kesayangan ramai tersebut ialah Datin Paduka Umie Aida dan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Esma Daniel dan isteri, Eja dan suami, Sofea Jane dan Fizz Fairuz.

SUMBER : KOSMO

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...