sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 21 January 2014

GEMPAR !!! PUNCA ANWAR TIDAK DI BENARKAN MASUK JEPUN KERANA SEORANG GADIS JEPUN ??? TUDIAAA KANTOI !!!!


PUNCANYA

Selepas Anwar Ibrahim tidak di benarkan memasuki Jepun , riuh habis cerita di jaja oleh puak-puka pakatan yang rata-rata salahkan Kerajaan dan menuduh kerajaan Malaysia dalang dalam isu tidak membenarkan Anwar masuk ke Jepun.
Ternyata Anwar sendiri memalukan dirinya dengan pelbagai tohmahan dan cerita yang menuduh kerajaan kejam terhadapnya. Tuduhan terhadap kerajaan juga dilemparkan oleh Nga Kor Meng (DAP) dan beliau turut menuduh Umno terlibat.

Jepun sejak tahun lepas menghapuskan visa untuk rakyat Malaysia ke negara itu. Namun ada syaratnya, untuk bekas banduan...mereka yang berkenaan tetap kena minta Surat Kebenaran Khas untuk ke sana.

Ini yang mungkin Anwar tak faham.Beliau lupa status dirinya bekas banduan dan oleh kerana itu jika nak masuk ke Jepun, masih wajib kena dapat kebenaran khas itu.

Sebelum ini, beliau pernah masuk Jepun tahun 2006, 2009, 2012.Ketika itu visa masih diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang hendak ke sana.

Kali ini beliau tidak minta kebenaran khas itu.

Perkara ini disahkan oleh jurucakap Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur Selasa.

Menurutnya Anwar tidak dibenarkan masuk ke Jepun bila sampai di Lapangan Terbang Narita ,Tokyo kali ini kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang Imigresen Jepun.

Jelasnya, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menafikan kemasukan mana-mana individu yang gagal memenuhi syarat ditetapkan di bawah Perkara 7 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.

"Kami tiada kuasa untuk menjawab hal-hal berkaitan peribadi individu," kata pegawai Imigresen Jepun tersebut.

Menerusi undang-undang Jepun, seseorang yang pernah dipenjara lebih daripada satu tahun boleh dihalang daripada masuk ke negara berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 5 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.

Untuk rekod, Anwar pernah dipenjarakan selama enam tahun kerana penyalahgunaan kuasa.

Selain daripada memiliki paspost yang sah, syarat lain untuk memasuki Jepun ialah termasuk menyatakan sebab kemasukan serta sama ada tempoh kemasukan sama dengan program kunjungan atau tidak.

Menerusi kenyataan pada Isnin, Anwar berkata beliau dihalang memasuki Jepun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.45 pagi Ahad dan diminta menaiki pesawat pertama yang berlepas pulang atau menghadapi tindakan pengusiran.

Lagi pendedahan cerita sebenar disini

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive