sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 30 January 2014

HOT !! BLOGGER PEBERONTAK VS BLOGGER PRO UMNO !!! SIAPA LAYAK GANTI PM ?? @NajibRazak @Rockybru



Apj tertarik satu artikel dari sahabat blogger DOUBLE-Y melalui artikelnya yang menyokong kenyataan dari Otai blogger Dato Rockybru yang berkata tiada calon yang layak menggantikan DS Najib pada ketika ini.

Apj turut bersetuju dengan kenyataan Dato Rockybru ini dan Apj melihat Dato Rockybru bukan dari kalangan blogger  'pemberontak' yang kita lihat menyerang Perdana Menteri dari pelbagai suduh demi menjatuhkan beliau sebagai Perdana Menteri.

Artikel sahabat DOUBLE Y seperti di bawah :

Ramai rakan bloggers bersetuju dengan kenyataan Dato Rockybru yang mengakui tiada calon yang layak untuk menggantikan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang menjawab laporan Free Malaysia Today - Pro UMNO Bloggers Rebel Againts PM .

Berpandukan kenyaataan tersebut, saya melihat Dato Rockybru tidak bersama bloggers 'pemberontak' disebabkan ketiadaan calon yang layak bagi menggantikan Najib Razak pada ketika ini.

Jika ada calon yang layak, hanya Dato Rockybru saja yang boleh menjawab sama ada dia menyertai 'pemberontakkan' atau sebaliknya.

Walaupun Rockybru menafikan wujudnya 'pemberontakkan' di kalangan bloggers pro UMNO terhadap Najib Razak ia masih tidak menjawab dakwaan penganalisis politik Prof. James Chin dari Sunway Manesh University, yang mengatakan bloggers ini dibiayai orang kem pro Mahathir.


Ia mengesahkan dakwaan saya sebelum ini bahawa, Tun Daim adalah orang yang dimaksudkan dari kem Tun Mahathir.




Sebenarnya, saya bersetuju jika bloggers Tun Daim menegur kesilapan dan keputusan yang dibuat oleh PM.

Tetapi apabila diperhatikan teguran mereka ke atas Najib Razak dengan melambakkan semua kesalahan kepadanya adalah tidak adil!

Mereka turut memberikan 'name calling' seperti - "Useless PM", PM digesa berhenti dan berambus kerana dianggap lebih buruk dari Pak Lah lebih kepada persepsi semata-mata.

Teguran (baca cemuhan) mereka ini sebenarnya bertujuan menimbulkan rasa benci pembaca terhadap Najib Razak bagi memudahkan mereka memberi tekanan ke atas Najib Razak supaya berundur.

Hello, uncle Syed and bro Apanama - this not 2008 lah!


Gambar ini terjumpa di laman Facebook sejak semalam, jangan marah eik...!




Mungkin skills saya tidak dapat melawan kehebatan uncle Syed dan Apanama, tapi cukuplah saya menyeimbangi rentak permainan ini.

Jangan risau kita tak serang peribadi punya... 

Bagi Apj ada dalang yang membiayai blogger-blogger ini untuk menjatuhkan Perdana Menteri , Tun Daim dilihat orang yang selalu membuka mulut menyerang pentadbiran PM dan ia selalu di sambut oleh blogger-blogger pemberontak ini. Yang selalu main hanya mereka dan kita tahu mereka dengan Tun Daim umpama 'katak dan tempurung' . Tempurung tempat belindung 'katak-katak' ini.


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive