sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 20 January 2014

PANAS !!! MACAI PR KENA PUKUL KACAU DEMO DI PENANG !!! #KANGKUNG



Seorang penyokong pakatan pembangkang dipukul selepas memaki hamun lebih 300 peserta demonstrasi membantah penghinaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasar Alma, dekat sini hari ini.

Bagaimanapun, lelaki berusia 30-an itu bernasib baik selepas diselamatkan sepasukan anggota polis walaupun tindakannya mencetuskan provokasi ketika perhimpunan hampir tamat menyebabkan berlaku kekecohan.

Terdahulu, perhimpunan hari kedua anjuran UMNO negeri itu berterusan menyuarakan bantahan keras terhadap Khai Loon atas kenyataan biadab beliau menghina Najib.

Diketuai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd. Rahim serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan berkenaan berarak sejauh satu kilometer dari pasar berkenaan ke pusat khidmat ADUN PKR itu.

Mereka turut melaungkan slogan anti-Khai Loon dan bertindak membakar gambarnya.

Semalam, hampir 3,000 orang terdiri daripada ahli UMNO, NGO dan penduduk tempatan turut berarak di sekitar Seberang Jaya di sini, bagi membantah Khai Loon yang sebelum ini bertindak menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Najib dan mempersenda kenyataan beliau berhubung penurunan harga sayur berkenaan.

Namun, hasrat kumpulan berkenaan untuk bertentang mata dengan Khai Loon tidak kesampaian kerana pusat khidmatnya tidak dibuka selain kehadiran lebih 30 orang anggota polis yang berkawal.

Sementara itu, Musa berkata, beliau kesal dengan tindakan provokasi lelaki berkenaan yang memaki hamun kumpulannya bagi menimbulkan suasana tegang.

"Kenapa dia perlu memaki hamun kami sedangkan orang Melayu yang berasa terguris dengan tindakan wakil rakyat pembangkang masih bersabar ketika berhimpun pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak yang turut hadir menasihatkan Khai Loon membantu peniaga kecil di tepi jalan di kawasannya terlebih dahulu berbanding memilih bersikap kurang ajar dan menimbulkan isu yang tidak sepatutnya. utusan
APJ : PADAN MUKA , KACAU LAGI MAJLIS ORANG !! PUIH 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive