sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 4 October 2012

BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK SELANGOR PERLU BANTUAN !! BIAR JASA JADI KENANGAN !!!



Bekas pemain bola sepak Selangor rayu
bantuan



BATANG KALI - Bekas ketua pasukan bola sepak Sukan Malaysia Selangor 1998, Ezmi Md. Jan merayu mana-mana pihak menghulurkan bantuan bagi meringankan beban penyakit kanser hidung yang ditanggungnya sejak dua tahun lalu.

Bek tengah Selangor 1989 hingga 1999 dan sempat mewakili Perlis pada 2000 itu kini terlantar di rumahnya di Kampung Sentosa di sini, sejak menjalani pembedahan hidung di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Akibat penyakit itu, Ezmi, 35, bapa kepada sepasang anak lelaki dan perempuan yang berusia tujuh dan 10 tahun, sukar bertutur dengan jelas dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan.

Bapanya, Md. Jan Nipang, 66, berkata, anak sulungnya itu sudah menjalani dua pembedahan di dua pusat perubatan akibat penyakit berkenaan dan masih dalam cuti sakit di bawah majikannya, sebuah pihak berkuasa tempatan.

Katanya, mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada Ezmi, boleh datang ke kediamannya di alamat 1322, Kampung Sentosa, Batang Kali, Selangor atau di talian 016-3807426.

Sementara itu, ramai rakan seangkatan Ezmi semalam turun kembali ke padang untuk mengadakan perlawanan persahabatan bagi mengutip derma dalam meringankan beban penderitaannya.

Mereka yang mewakili pasukan Pilihan Bekas Pemain Selangor dalam perlawanan di padang Sekolah Syed Mashor, tidak jauh dari kediamannya ialah Azrin Shah Zainal, Jamsari Sabian dan Shahriman Karim yang menentang pasukan Pilihan Hulu Selangor Boys.

Kata Shahriman, inilah perlawanan persahabatan kedua bagi Bekas Pemain Selangor selepas menentang Majlis Perbandaran Subang Jaya di Subang Jaya, beberapa hari lalu dan pihaknya menyeru lebih banyak pihak yang tampil membantu Ezmi menerusi perlawanan seumpama ini.

"Beliau seorang yang berbakat besar dan banyak jasanya kepada bola sepak Selangor antaranya menyumbangkan pingat emas Sukan Malaysia 1998 dan kejohanan remaja," katanya.

SUMBER : UTUSAN ONLINE

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive