Seperti yang diketahui, SUARAM, iaitu pertubuhan yang diterajui pemimpin-pemimpin pembangkang serta didalangi oleh Yahudi dan penyangak matawang telah membuat aduan kepada mahkamah Perancis bahawa terdapat unsur-unsur rasuah yang jelas dalam pembelian kapal selam scorpene.
Dan mengikut undang-undang negara tersebut, semua aduan perlu diterima dan disiasat sewajarnya oleh hakim penyiasat. Sekiranya aduan tersebut didapati berasas, maka kes tersebut mungkin dibawa ke mahkamah.
Dan hari ini, terdedah sudah bahawa mahkamah Perancis telah menolak permohonan SUARAM sejak dari awal lagi iaitu pada 13 Mac 2012. Ini bermakna, setelah membuat pertimbangan atas permohonan SUARAM, mahkamah mendapati bahawa aduan tersebut adalah tidak berasas dan tidak wajar untuk dilayan.
SUARAM bagaimanapun, memfailkan semula aduan yang sama di mana jawapannya masih belum diterima sehingga kini. Dalam ertikata lain, aduan ditolak dan tiada kes yang difailkan.
Justeru, dari mana datangnya kisah mengenai perbicaraan? Sepina? Saksi dan dokumen bukti? Dari imaginasi Anwar? Atau dari imaginasi Soros?
Malah, akhbar Suara Keadilan 9 Oktober 2012 masih lagi memomokkan rakyat dengan menyiarkan senarai tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri dan kononnya sepina telah diterima oleh salah seorang saksi.
Kadangkala kita hairan, sejauh manakah lagi SUARAM ingin memperbodohkan rakyat? Bukankah tindakan mereka meneruskan penipuan yang telah terdedah berkali-kali, menunjukkan bahawa merekalah sebenarnya yang bodoh?
Jelas sekali di sini bahawa pihak Yahudi yang menjadi dalang di belakang SUARAM benar-benar memandang rendah terhadap intelektualiti rakyat Malaysia. Sangka mereka, kita semua boleh ditipu hidup-hidup hanya kerana ada segelintir yang berjaya diperdaya mereka.
Atas perancangan Yahudi, SUARAM telah melakukan penipuan secara besar-besaran yang mana ia bukan sahaja membabitkan mahkamah dan juga kerajaan kepada dua buah negara tetapi juga wang yang bukan sedikit. Bayangkan, berapakah upah peguam-peguam tersohor luar negara yang mana salah seorangnya adalah juga peguam kepada George Soros sendiri. Mereka ini semuanya meletakkan bayaran mengikut jam dan bukannya mengikut kes.
Ini belum termasuk kos sampingan seperti penginapan, pengangkutan bagi peguam-peguam terbabit dan juga pegawai-pegawai SUARAM untuk berulang-alik antara Perancis-Malaysia dan juga Thailand dan kini Singapura dan entah ke mana lagi yang dipilih oleh SUARAM untuk membuat sidang media atau kenyataan mengenai kes yang tiada kes ini.
Kita sedia maklum bahawa SUARAM menerima dana secara langsung dua dari rangkaian operasi pertukaran rejim di bawah pihak yang pada hakikatnya sedang menguasai dunia. Oleh itu, kos yang tinggi bagi mencipta dan meneruskan satu penipuan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan oleh SUARAM dengan pihak ini sebagai dalang. Atau, secara dasarnya, bolehlah dikatakan bahawa SUARAM mempunyai dana yang tiada hadnya.
Dan ini membawa kepada satu lagi persoalan iaitu dengan dana yang sebegitu banyak, kenapakah SUARAM perlu menganjurkan program-program untuk mengumpul dana dari rakyat Malaysia untuk menampung penipuan mereka? Perkara ini boleh dirujuk sendiri di laman rasmi pertubuhan itu, di mana mereka telah beberapa kali menganjurkan makan malam mengumpul dana kononnya untuk digunakan bagi 'mendapatkan keadilan dalam kes scorpene'.
Memandangkan kes scorpene sebenarnya tidak wujud, maka ke manakah semua dana tersebut dibelanjakan? Atau ke poket siapakah ianya disimpan?
Mana-mana rakyat yang terpedaya menyumbang wang kepada SUARAM untuk menampung kos kes yang tiada kes ini, wajar tampil ke hadapan untuk menuntut kembali wang mereka. Cukup-cukuplah minda anda terpedaya dengan penipuan SUARAM tetapi janganlah sampai terpaksa membayar pula untuk menampung kos penipuan itu. Kalaupun begitu benci dengan kerajaan, janganlah sampai memperbodohkan diri sendiri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment