sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday, 26 October 2012

KINI !! KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI KAWASAN MALAYSIA !!






KUALA LUMPUR – Kejadian kapal terbang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Selasa hanya latihan kecemasan bagi menguji tahap kesiapsiagaan semua agensi penyelamat dan bukanlah kejadian pesawat terhempas sebenar.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan Rabu menjelaskan ekoran kejadian itu, pihaknya menerima pelbagai pertanyaan di laman sosial facebook jabatan itu berkaitan kekeliruan yang timbul ketika latihan itu dijalankan.

“Latihan bencana ini hendaklah dilihat seperti keadaan sebenar dan melibatkan semua agensi penyelamat termasuk Polis Diraja Malaysia, Bomba Tentera, Bomba Lapangan Terbang, hospital, dan semua pihak yang terlibat di dalam pelan bencana tersebut,” menurut kenyataan itu.

Latihan berkenaan akan diadakan dari semasa ke semasa mengikut perancangan bagi mengeratkan kerjasama antara agensi dalam pengurusan bencana selain mempertingkatkan kemahiran serta kecekapan anggota bomba dalam operasi pemadaman dan penyelamatan.

Latihan itu bermula 10.50 malam dan berakhir sejurus selepas tengah malam melibatkan pihak pengurusan dan petugas Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) termasuk 70 sukarelawan yang bertindak sebagai mangsa terlibat dalam latihan itu.

– BERNAMA


Kredit : SGB

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive