Pi mai pi mai, tolak kot tu kot ni, itulah Menteri Besaq PAS Kedah ni, semalam di Guaq Chempedak Azizan menafikan dia yang arahkan papan iklan di Kedah lebih Islamik. Aku suka sangat dalam bab ni , kerana unsur Islamik sangat kena dengan penduduk Kedah.
Cuma semalam Azizan menafikan yang beliau arahkan meminda undang-undang kecil bagi menyeragamkan papan iklan bagi kawasan Aloq Staq, kata Azizan pada wartawan semalam :
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, perkara itu tidak boleh dikaitkan dengan keputusan Kerajaan Negeri, konon mahu melaksana peraturan seperti di Kelantan kerana MBAS mempunyai hak untuk meminda undang-undang kecil bawah bidang kuasanya.
“Itu urusan MBAS, bukan arahan saya. Kalau saya yang arahkan, bolehlah libatkan Kerajaan Negeri dalam keputusan itu. Jika dakwa Kedah mahu ikut telunjuk Kelantan, itu tafsiran masing-masing,” katanya, kepada media selepas Sambutan Hari Warga Emas peringkat negeri Kedah, di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, hari ini.
Azizan menyifatkan isu terbabit sengaja dibangkitkan kebelakangan ini ekoran Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir.
“Isu ini sekadar isu pilihan raya, selagi PRU belum diadakan, selagi itu perkara seperti ini akan dibangkitkan. Jika diamati, terdapat juga papan iklan yang paparkan wanita tidak bertudung,” katanya.
Lanjut : KLIK SINI
Buat Azizan, benda baik buat apa nak kona sana kona sini, lawan saja sapa yang menentang termasuk DAP yang biaDAP dan sapa-sapapun. Takkan puak-puak PAS Kedah tak ada teloq kot.
No comments:
Post a Comment