Saturday, 27 October 2012
PANAS !!! BN UMUM NAMA CALON ISNIN??
PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menamakan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata, perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.
Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan.
"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, Umno belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan ‘pasukan’ bagi menjatuhkan calon terpilih.
Tengku Adnan berkata, nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan
untuk disenarai pendek.
"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadang-kala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.
"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Tengku Adnan menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Setiausaha Agung BN kononnya untuk ‘mencari calon pilihan raya’ atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.
"Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya, Perdana Menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon. Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," katanya.
Mengenai Perhimpunan Agung Umno dari 27 November hingga 1 Disember ini, Tengku Adnan berkata, ia akan menumpukan kepada persiapan pilihan raya yang akan datang.
"Seperti biasa, kita akan bincang berkenaan usul dan ucapan presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan. Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan
untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang
kita capai," katanya. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
POSTING PALING HOT
-
Buat artis-artis terutama artis perempuan hati-hatilah memilih pakaian semasa berlakon tu, kang dah jadi lagu ni.... hanya ingatan .....
-
'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabat...
-
J Sebuah page 'Jom Stream' telah membuat undian Online antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan Mantan Perdana Men...
-
Junko Furota – Mangsa Seks yang Paling Malang Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang pal...
-
Hari pembukaan Sidang Parlimen tadi tercemar apabila pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak biadap dengan tidak menghormati Yang ...
Blog Archive
-
▼
2012
(604)
-
▼
October
(70)
- TUDIAAA VIDEO CURI MESIN ATM TAPI MUKA MACAM ORANG...
- PANAS !! BUKTI KERAJAAN PKR SELANGOR PINGGIR KAUM ...
- KERAJAAN PKR SELANGOR MAHU HAPUS IKON KAUM INDIA ??
- HOT !!! PANGLIMA PERANG MALAYSIA SEDIA LANCAR PERA...
- TUDIAAA !!!! PANAS AWEK CUN SEBAR GAMBAR ASMARA DE...
- MAMPUIH !!!VIDEO AKSI ORG PASBERG MAKAN BABI DEPAN...
- PANAS !!! PAS JERAI BERGEGAR BEB #TUKARKEDAH
- DIA TETAP ISTERI SAYA DUNIA AKHIRAT - SAHAR
- KINI : PENYANYI MAUT DILANGGAR KERETA !!
- AIR MATA JATUH KERANA VIDEO PANAS INI !!!
- MALAYSIA BUKAN ANCAMAN, WALAUPUN DUA RAKYATNYA ANG...
- PANAS !! PENGGANAS RAKYAT MALAYSIA AHLI PAS ?? TUD...
- HOT !! OSTAD HAIRIE OTHMAN BAKAL NIKAH ANAK DATUK ...
- TUDIAA !! WANITA DIBAKAR HIDUP-HIDUP SEMALAM !! AP...
- MAMPUIH DAH !!! AES DITERAJANG BUDAK PR ?? #TUKARK...
- PANAS !!! BN UMUM NAMA CALON ISNIN??
- WOW !!! 30 AWEK CUN TENTERA BERAKSI PANAS !!! BERG...
- TUDIA PANAS !!! ABBY TERKEJUT BESAR GAMBAR LAMANYA...
- KINI !! KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI KAWASAN MALAYSI...
- VIDEO PANAS !!! AWEK POLIS CUN YANG CUBA MENGGODA !!
- MENYAMAR KERABAT DIRAJA KEDAH, 11 BERAYA DI LOKAP !!!
- TIDAK SALAH CHUA SOI LEK TOLAK HUDUD
- MAMPUIH DAH !!! NAJIB SEDIA DEBAT DENGAN ANWAR ??
- HIBURAN HOT !! SAH APEK NIKAH DEC INI !! AKHIRNYA !!!
- HOT !! ISTERI TUMPANGKAN KEKASIH DI BILIK TIDUR !!...
- HIBURAN PANAS !! RITA BERANG DENGAN GAMBAR ITU MUL...
- AZIZAN BUAT LAWAK SEHARI SEBELUM ULANG TAHUN KE 6...
- HOT !!!! NIK AJIS TERBELIAK MATA, ANAK BUAH TANGGA...
- MAMPUIH DAH !! AZIZAN BAKAL DIDAKWA KES SELEWENG P...
- SUARAM PUTAR BELIT!!! GEYBANG LEBIH!!! SUARAM BUNU...
- MAMPUIH!!! BLOG UPAHAN PAS KENA SPIN LARI ISU BAL...
- TUDIA BUKTI AZIZAN PILIH KAKI SONGLAP BUAT KERJA P...
- BUKAN SAYA YANG BUAT - AZIZAN KEDAH #TUKARKEDAH
- GANAS BEB !! PAS HANTAR LORI LANGGAQ JPJ???
- HIBURAN :PANAS!! PE3 ADALAH PERTIGA?? GENGSTER??
- PEMUDA PAS KEDAH TAKUT BERDEBAT DENGAN DAP KEDAH ?...
- MAMPUIH !! BUDAK PUKUL POLIS DIDEMO BERSIH DIDAKWA...
- MASYARAKAT CINA JANGAN TERLALU MEMINTA-MINTA
- VIDEO SEX YANG BUAT HULK HOGAN SAMAN SAHABATNYA !!!!
- EKSKLUSIF !!!!! BUKTI KERAJAAN PAS KEDAH BAYAR PAD...
- FUHHH !!! RUPANYA NORA DANISH CURANG !!!
- MAMPUIH !!! AZIZAN PENING LAPORAN AUDIT KEDAH ?? ...
- HOT BEB !!! SATU LAGI REAL VIDEO VVIP PKR SONDOL T...
- PEWIIITTTT !!! AWEK CUN ATM BUAT HAL !! VIDEO PANA...
- MAK AIII !!! NUAR SERANG JKKK UMNO !!!
- GILA LAGI PENDUDUK MELAYU DIHALAU DI PENANG, RUMAH...
- PEHHH !!! VIDEO ARTIS BARU MENARI HINGGA TERLUCUT ...
- GEMPAQ !! NIK AZIZ BAKAL UMUM LETAK JAWATAN ESOK D...
- PANAS !!! DAP KELUAR PAKATAN TADI??
- PANAS !! BUKTI MAT SABU KOMUNIS MAKAN B*B* ??? GAM...
- DAP MAHU MODEL BOGEL?? PAS KEDAH KENA LAGI DENGAN ...
- DUNIA KINI : ARROYO MASUK ICU
- PANAS!!! KERAJAAN SELANGOR KEJAM PADA PESAWAH ??
- PANAS !! AZIZAN TIDAK MAHU MAT SABU DI KEDAH !!!
- 6 JEMAAH HAJI MENINGGAL
- PANAS !!! SUARAM DIMALUKAN GENG SENDIRI
- PANAS !! MAK NYAH SERANG MAHKAMAH ???
- test
- BALA AIR DI SELANGOR ANGKARA SI TANGGUH!!!
- RAKYAT KEDAH AKAN MENOLAK PAKATAN RAKYAT PRU-13 KE...
- 7 VIDEO CERITA PALING SERAM DI DUNIA
- LAGU YANG BUAT TOK GURU MENANGIS DEH !!
- VIDEO 6 GADIS SANGGUP MENARI SEPARUH BOGEL KERANA ...
- PANAS !!! TERKINI !!! ANWAR TIDAK PEDULI WAKIL SAB...
- TERKINI : MAT SABU MENGAMOK DENGAN KABINET BAYANGA...
- GAMBAR 20 ARTIS MALAYSIA YANG PALING SEKSI !!!
- BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK SELANGOR PERLU BANTUAN !! ...
- PEMIMPIN UMNO TAK ADA MORAL ?? GAMBAR BUKTI??
- HOT !!!! NUAR LARI BILA DI TUNJUKKAN VIDEO BARUNYA...
- TERKINI PANAS !! PEMBANGKANG MENGAMOK DENGAN 4 VID...
-
▼
October
(70)
No comments:
Post a Comment