sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 27 June 2013

PANAS !! SAH JAWATAN PRESIDEN DAN TIMBALAN AKAN DIPERTANDINGKAN NANTI !! #UmnoBagus


Tudia , pemilihan parti Umno hujung tahun di disahkan jawatan presiden dan timbalan presiden akan dipertandingkan. Perkara ni dahpun disahkan oleh Tengku Nan sendiri hari ni. 

Menurut Tengku Nan, parti Umno tidak menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri bertanding termasuk bagi merebut jawatan nombor satu parti. "Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat presiden hinggalah ke jawatan Majlis Tertinggi. "Hanya daftarkan diri... semua boleh bertanding,"

Jika jawatan presiden dan timbalan presiden boleh dipertandingkan mungkin akan ada berlaku perpecahan tapi dari sudut lain ia menampakkan parti Umno bukan sebuah parti yang eksklusif . 

Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Adnan dilaporkan berkata bahawa kesemua jawatan harus terbuka untuk dipertandingkan bagi menjadikan Umno kekal relevan kepada golongan muda dan berpendidikan.

Apj harap apapun keputusan pemilihan nanti kita terima dengan hati yang terbuka dan jangan sesekali bermain politik wang , kerana bukan sahaja mampu membunuh seseorang pemimpin itu tapi juga parti Umno itu sendiri. 


3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah! Parti keramat UMNO, Insya Allah akan terus hidup sekiranya pemimpin dan ahlinya berjuang atas dasar perjuangan asalnya.
UMNO tetap utuh walaupun telah melalui pertandingan pertandingan seget dahulu. Perpecahan sedikit sebanyak akan berlaku. Tetapi Insya Allah 'carik carik bulu ayam, akhirnya bertaut juga'
Dengan ada pertandingan mereka yang memegang jawatan akan lebih berhati hati dan berkhidmat untuk semua. Mereka tahu kalau membuat kesilapan merekan akan diturunkan dari takhta. Hendak rasuah pun mampu ke untuk bilangan yang layak mengundi begitu ramai?

Anonymous said...

Sah!!tan Sri muhyiddin presidennya!!!

Anonymous said...

Ini baru di namakan demokrasi dan sepatutnya di lakukan, sekira seseorang pemimpin yang bagus dan telus memimpin dengan jujur dan iklas insyaAllah, sekiranya di pertandingkan ia akan kekal seperti biasa di atas kepercayaan dan rasa hormat orang-orang di sekelilingnya. Elakan seseorang pemimpin mengelak daripada menjawat lebih daripada satu Portfolio, bagi mengelak bolot dan rasa tidak puas hati kerana ramai pemimpin yang lain masih tak berjawatan ingin nak menjadi menteri juga....

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive