PERTANDINGAN Maharaja Lawak Mega (MLM) popular kerana menampilkan para pesertanya yang bukan sahaja kelakar tetapi juga popular. MLM juga banyak dilonjakkan popularitinya oleh empat selebriti terkenal selaku pengkritik dalam pertandingan terbitan Astro Warna tersebut.
Sheikh Haikel merupakan salah seorang pengkritik, sekali gus juri yang menyumbangkan markah buat para peserta MLM. Selebriti berasal dari Singapura ini memang disegani oleh para peserta pertandingan lawak jenaka itu yang kini memasuki peringkat separuh akhir.
Namun, pada masa sama ada juga penonton yang kurang senang dengan komen serta kritikannya dalam MLM. Sebab itu, tidak hairanlah ada penonton yang bukan setakat mencemuh di luar pentas MLM tetapi juga sehingga ke tahap mengancam keselamatannya.
Menurut selebriti berusia 38 tahun ini, ekoran kritikannya terhadap peserta MLM dia pernah mendapat ancaman bunuh. Ekoran ancaman di laman media sosial itu, Haikel kini semakin berhati-hati bagi berdepan dengan segelintir peminat yang fanatik seperti itu.
"Saya dan isteri pernah mendapat ancaman bunuh daripada seorang peminat fanatik peserta MLM. Bukan itu sahaja, malah peminat itu juga mengancam mahu melanggar anak-anak saya kalau kami sekeluarga datang ke Malaysia. Saya terkejut juga dengan ancaman itu.
"Ini kerana, saya tidak pasti komen yang mana satukah yang menyebabkan sampai ada penonton MLM yang marah sangat dengan saya itu. Selama ini kalau saya mengkritik mana-mana peserta berdasarkan pengamatan dan bukan main hentam sahaja,"katanya kepada Hits.
Bapa kepada dua orang anak ini ditemui selepas pertandingan minggu ke-11 MLM yang diadakan di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah, Jumaat lalu. Pada malam itu, dia ditemani oleh isteri Anna Belle Francis, 35. Ekoran insiden itu, Haikel kini semakin berhati-hati dalam MLM.
Tidak cukup setakat itu, selebriti berbadan gempal ini turut mengambil langkah berjaga-jaga agar keselamatan diri, isteri dan anak-anaknya akan lebih terjamin pada masa depan. Dia antaranya telah mengupah beberapa orang pengawal peribadi sewaktu menjadi juri MLM.
"Saya telah mengupah seorang pengawal peribadi dari Johor Bahru setiap kali mahu datang ke Malaysia semasa menjadi juri dalam MLM. Di Singapura saya juga ada beberapa orang pengawal peribadi sendiri. Saya lakukan ini untuk langkah keselamatan kami sekeluarga.
"Kalau di Singapura saya sudah ada pengawal peribadi sejak tiga tahun lepas. Saya harap tiada insiden yang tidak elok berlaku ekoran komen-komen saya dalam MLM kerana segalanya datang dari hati saya dan bukan sengaja mahu menghentam mana-mana peserta," ujarnya. Utusan
Komen APJ : Apj menghormati segala komen mebina dari bro Sheikh Haikal untuk meningkatkan pretasi peserta MLM , Buat peminat peserta MLM tu , pada-padalah nak sokongpun , jangan sampai ugut orang huh !! Teruskan perjuangan mu bro Sheikh Haikal ///
1 comment:
golden goose cyber monday
goyard bag
supreme shirt
Post a Comment