sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday, 1 January 2014

TERKINI !! #RPDM31D : KEJADIAN RUSUHAN DI DATARAN MERDEKA !!! APA DAH JADI !!!



Sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 Kuala Lumpur anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka terpaksa dihentikan pukul 11.30 malam ini, 30 minit sebelum kemuncaknya berikutan tindakan liar penyokong himpunan guling kerajaan merusuh dan menceroboh kawasan pentas utama.

Pengacara majlis terpaksa mengumumkan pembatalan sambutan itu termasuk acara konsert dan pertunjukan bunga api, hanya 30 minit sebelum detik 12 tengah malam menandakan bermulanya 1 Januari 2014, berikutan perusuh membaling objek ke arah pentas utama.

Ketika itu, Orkestra DBKL sedang mengadakan persembahan apabila tiba-tiba perusuh berbaju hitam menyerbu pentas utama.

Selain itu, beberapa kenamaan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dilihat telah meninggalkan tempat duduk masing-masing.

Orang awam yang hadir semata-mata ingin menyaksikan persembahan nyanyian dan pertunjukan bunga api juga terpaksa memilih untuk pulang awal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. -

Ketika berita ini ditulis pukul 11.35 malam, para perusuh berbaju hitam masih meluru ke arah pentas utama, membaling objek dan menjerit-jerit menghina kerajaan.

Antara artis yang sempat membuat persembahan ialah Amy Search, Zainal Abidin, Jay Jay, Aweera dan Najwa Latif. - UTUSAN ONLINE

6 comments:

Anonymous said...

fitnah ja ni ..

Anonymous said...

berapa kau dapat tulis berita ni ? memfitnah tu mmg dah jadi sebati dalam hidup pemberita mcm kau ni kan ? kau rasa kau senang di dunia tapi ingat la akhirat

zulawe29 said...

Sahabat penulis di atas x fitnah pun itu benda yg benar

Anonymous said...

Yg ckp fitnah tu,ada ke kat tmpt kejadian semalam...

Hazirah Hanafiah said...

Bukan fitnah tp ni kenyataan...sbb rakan sy sendiri yg beritahu dan beliau terpaksa mbatalkan psmbhan sbb org membaling botol di stage.....

Hazirah Hanafiah said...

Bukan fitnah tp ni kenyataan...sbb rakan sy sendiri yg beritahu dan beliau terpaksa mbatalkan psmbhan sbb org membaling botol di stage.....

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive