sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 2 January 2014

HOT NEWS !! LAPORAN POLIS OLEH BIRO AGAMA PEMUDA UMNO MLYSIA THADAP LAWRENCE !! @khairykj




Kenyataan Akhbar :

Biro Agama PEMUDA UMNO Malaysia buat laporan Polis berhubung artikel mengenai penggunaan Kalimah Allah oleh gereja katholik di Selangor.

Putrajaya, 01 Disember 2014

Biro Agama, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah memulakan hari pertama tahun baru 2014 ini dengan membuat laporan Polis berhubung satu artikel mengenai kegunaan Kalimah Allah oleh sebuah gereja katolik di Selangor yang telah dikeluarkan dalam akhbar The Malaysian Insider baru-baru ini. Laporan polis yang dibuat di IPD Putrajaya itu merupakan reaksi lanjutan kepada kenyataan yang dibuat oleh paderi Father Lawrence Andrew, yang juga merupakan pengarang mingguan Katholik The Herald yang bertegas bahawa pihak Gereja Katholik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan yang menggunakan Bahasa Melayu.




Yang Berusaha Ustaz Azmir, Pengerusi Biro Agama Pergerakan PEMUDA UMNO Malaysia antara lain menyatakan bahawa pihak Biro Agama Pergerakan PEMUDA UMNO Malaysia berpendirian bahawa tindakkan pihak gereja yang masih mahu meneruskan penggunaan kalimah Allah walaupun mereka bakal diberi notis peringatan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana gagal mematuhi Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Orang Islam) 1988 adalah sesuatu yang serius.



Ustaz Azmir bersama rakan rakan PEMUDA UMNO berhimpun di hadapan IPD Putrajaya untuk menyatakan bantahan terhadap kelancangan mulut pengarang mingguan Katholik The Herald


Selaras dengan keputusan Mahkamah dalam kes Rayua Sivil No. W-01-2010 pada 14/10/2013 yang memutuskan 'ALLAH is not an integral part of the faith and practice of Christianity' - Biro Agama Pergerakan PEMUDA UMNO Malaysia berpendapat bahawa tidak ada kepentingan untuk agama lain selain agama Islam untuk menggunakan kalimah Allah. Justeru Biro Agama Pergerakan PEMUDA UMNO Malaysia mendesak supaya perkara ini disiasat dan diambil tindakkan sewajarnya atas alasan :

Melanggar perintah mahkamah yang telah memutuskan supaya gereja-gereja tidak menggunakan kalimah Allah.
Tindakkan menghina mahkamah keran setelah pihak gereja Roman Katholik memfailkankebenaran kes tersebut dirayu, ia masih belum lagi didengar oleh Mahkamah Persekutuan. Justeru kenyataan Paderi Lawrence adalah 'subjudice'
Menderhaka pada titah DYMM Sultan Selangor (yang merupakna Ketua Agama Negeri) pada 14/11/2013 dimana telah ditekankan.."bahawa semua rakyat Selangor walau apajua agama atau keturunan perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam "  [salinan]

Lanjutan dari itu kenyataan paderi Lawrence adalah sesuatu yang boleh mengundang kebencian, menjejaskan keharmonian, menimbulkan permusuhan dan mencetuskan suasana toksik (toxic) yang memudaratkan hubungan di antara orang Islam dan bukan Islam. Sikap saling hormat menghormati agama dan budaya sesama kita adalah satu perkembangan positif yang dituntut dalam menjaga perpaduan dalam negara yang berbilang kaum.
Umat Islam juga berhak menguruskan agama mereka sendiri termasuk mempertahankan agama dari sebarang bentuk perkara atau ancaman yang boleh mencacatkan, menggugat atau mencemar status dan kedudukanNya sebagai Ad-Din.


Dengan sebab itu adalah tepat sekali untuk semua umat Islam bersatu dan mempertahankan kalimah Allah, agama Islam, Institusi Raja yang menjadi tonggak asa kekuatan agama Islam dan seterusnya menangani isu ini dengan penuh sensitiviti bagi meningkatkan lagi tahap kesesaran komuniti, para pemimpin di setiap peringkat termasuk didalam Kerajaan bagi memelihara hak beragama semua kaum di Malaysia.

Sekian.



1 comment:

Anonymous said...



DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU.

sekarang baru tahu ini SULTAN SIAPA

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive