sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday, 17 January 2014

HOT NEWS !! PM ARAHKAN KPDNKK AMBIL TINDAKKAN TEGAS !! @NajibRazak



Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang bertindak menaikkan harga secara melampau.

Jelas Perdana Menteri, tindakan tegas itu perlu diambil segera bagi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa sikap tidak bertanggungjawab para peniaga yang hanya tahu mengambil kesempatan di sebalik kenaikan beberapa harga barang.


Pada masa yang sama beliau juga meminta rakyat menggunakan sepenuhnya kebijaksanaan kuasa mereka sebagai pengguna untuk tidak membeli barangan atau makanan di kedai yang menaikkan harga sesuka hati, sebagai tanda memberi tekanan.

"Saya telah arahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggunakan apa sahaja akta yang ada kerana kita tidak mahu rakyat berasa tidak selesa. Kalau ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan secara tidak bertanggungjawab, keluarkan surat (saman) dengan segera.

"Kita faham soal mahu meraih keuntungan tetapi kadar harga mesti munasabah dan bukan dinaikkan secara keterlaluan," katanya semasa berucap dalam majlis Makan Malam Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) . utusan online 


APJ : Sudah tiba masanya KPDNKK di bawah menterinya Dato Seri Hasan Malik menunjukkan ketegasan mereka dalam mengawal harga barang.

1 comment:

Anonymous said...

tetapkan harga siling, contoh teh o panas kepada maksimum 50 sen, bukannya rm 1.80 secawan. buat tu dulu...

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive