sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 9 January 2014

INFO PANAS !! JAIS LAWAN GEREJA,MB, PAS , PKR DAN KRISTIAN SIAPA MENANG !!!


Petikan di atas Apj kongsikan kepada rakan-rakan yang di ambil daripada Bible versi Bahasa Melayu. Antara sebab Apj membantah adalah kerana masa depan anak cucu kita , salah satu petikan dari Bible ini berbunyi  ' Allah telah megutuskan anaknya ke dunia ' petikan itu sudah jelas membahayakan anak cucu orang Islam di bumi Malaysia ni !! bayangkan jika anak-anak kita membacanya !! Tuhan punya anak ?? minta simpang jauh-jauh !!! 

Inilah matlamat sebenar gerakkan kristian menyebarkan agama mereka kepada orang Islam generasi akan datang !! licik dan teratur dengan menggunakan perang saraf secara politik bukan berperang menggunakan pedang , pistol dan sebagainya. 

Apj kongsikan sedikit cerita menarik tentang rampasan bible versi Melayu dari pihak JAIS di gereja baru-baru ini 


Belum pun sempat isu kenyataan ‘panas’ pengarang mingguan Katolik, Herald, Father Lawrence Andrew berhubung gereja Katolik di Selangor yang akan terus guna kalimah ALLAH dalam perhimpunan itu reda, timbul pula kontroversi sepasukan pegawai penguat kuasa Jais dibantu anggota polis, memeriksa pejabat Bible Society of Malaysia (BSM) di Damansara Kim.

Dalam kejadian tersebut, Jais merampas 300 naskhah Al-Kitab yang merupakan kitab Injil dalam bahasa Melayu dan Bup Kudus, kitab Injil dalam bahasa Iban. Kedua-dua kes ini ada kesamaannya kerana melanggar Enakmen 1988 Seksyen 9 seperti dinyatakan oleh pihak Jais.

Enakmen 1988 iaitu agama bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim) yang diluluskan pada tahun 1988, melarang orang bukan Muslim di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “ALLAH”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’ALLAH”.

Tanggungjawab dijalankan oleh Jais ini mengundang kemarahan kalangan pemimpin agama Kristian dan juga aktivis hak asasi dan pengamal undang-undang, Jais didakwa melanggar hak kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga mendakwa Jais sendiri bertindak di luar dari bidang kuasa yang ada padanya. Inilah antara tuduhan yang sering dilemparkan kepada penguat kuasa agama negeri tanpa melihat secara keseluruhan adanya tatacara kerja (SOP) dan peruntukan enakmen yang mereka patuhi. Perlu juga diteliti bahawa tujuan Jais itu untuk memastikan kesejahteraan penganut Muslim di bumi Selangor ini!

Berikutan itu, tiga Adun Selangor, Yeo Bee Yin, Rajiv Rishyakaran dan Lau Weng San, yang masing-masing Adun Damansara Utama, Bukit Gasing dan Kampung Tunku mendakwa enakmen itu hanya bertujuan mengawal penyebaran agama bukan Islam ke atas orang Islam. Mereka sifatkan tindakan Jais sebagai kasar, dan meminta untuk kaji semula sub-seksyen 9 kepada Enakmen 1988 itu.

Kita juga sedih membaca reaksi ahli politik Pas, Datuk Mujahid Yusof Rawa (2 Januari 2014, The Malaysian Insider) yang terus membuat kesimpulan bahawa tindakan Jais itu merosakkan hubungan kepercayaan agama antara Kristian-Islam di Malaysia.

Beliau sangat percaya tindakan Jais itu merosakkan imej Islam. Nah, tindakan Jais untuk kepentingan Islam dipersalahkan!

Di manakah Adun Muslim di Selangor yang mewakili penduduk Muslim untuk memberi respons dan tampil menyokong tindakan Jais dalam menghadapi kedua-dua kes ini? Apakah yang mereka takutkan? Adakah mereka tidak sensitif, tidak rasa 'izzah’ pada kesucian Islam di bumi Selangor ini?

Menjadi tuntutan bagi seorang yang mengaku Muslim untuk terus menyokong dan menguatkan Islam di tanah air sendiri dan pada waktu sama tidak mengganggu gugat penganut lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka. Adalah tidak masuk akal setiap kali Jais melakukan tugasnya akan ada suara-suara sumbang, baik daripada golongan Muslim apatah lagi bukan Muslim. Seolah-olah tindakan Jais ini tidak terurus dan terlepas pandang dalam memastikan kebajikan agama lain.

Bila mana pihak-pihak sebegini dengan agenda yang tersembunyi diberi peluang untuk membela agama mereka, jadilah Islam itu sebagai pesalah dan sentiasa dalam keadaan yang bersalah! Dalam kedua-dua kes ini, secara jelas pihak bukan Muslim cuba mengambil sikap seolah-olah tindakan Jais itu semberono dan berani pula memberi tohmahan dan kata-kata negatif kepada mereka.

Islam membenarkan kompromi dan bertolak-ansur jika kita melihat ada unsur penindasan tetapi tidak sama sekali dibiarkan dilanyak dengan sewenangnya oleh mereka. Adalah diharapkan individu Muslim terus berkorban demi agama Islam serta bertolongan dalam menguatkan Islam.

Syabas kepada pihak berkuasa Jais dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Usaha ini akan memberi pengajaran kepada semua pihak. sinar 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive