sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 13 March 2014

HOT ARTIS !! MOHD MENTOR BEBAS DAKWAAN MEROGOL !!!



Bekas juara program realiti Mentor, Mohd pernah menggemparkan industri hiburan tanah air apabila dia didakwa merogol teman wanitanya yang juga merupakan peserta Mentor musim keenam iaitu Zatul.

Memetik laporan Malaysian Digest, Mohd mengesahkan dirinya bebas dari tuduhan merogol dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘No Futher Action’ (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya.

Susulan daripada itu, Mohd mahu Zatul meminta maaf secara terbuka kerana tuduhan tersebut telah mencalarkan imej Mohd sekaligus menjejaskan kariernya.

"Tuduhan ini cukup memalukan saya dan keluarga. Kerjaya nyanyian saya terjejas teruk. Saya beri 3 bulan kepada dia (Zatul) tampil memohon maaf secara terbuka dan membuat penjelasan kepada media mengenai tuduhannya itu.

"Saya mahu dia bersihkan nama saya. Sekiranya dia tidak berbuat demikian, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Bekas protege kepada Ziana Zain ini berkata, tuduhan yang dibuat itu didapati palsu kerana tiada bukti kukuh menunjukkan dia bersalah atau tidak.

"Selama empat hari berada dalam tahanan, saya disoal siasat dan dibawa ke klinik untuk ujian DNA. Tetapi keputusan ujian tersebut tidak menunjukkan saya pernah meniduri wanita itu," jelas beliau.

Dalam pada itu, Mohd berkata peguamnya sudah meminta surat kenyataan rasmi mengenai status dia tidak bersalah, tetapi, menurut pihak polis, surat tersebut tidak dikeluarkan kerana kes itu tidak dibawa ke mahkamah.

Walau bagaimanapun, Mohd bersyukur apabila disahkan dia tidak bersalah dan dia kini hanya ingin fokus terhadap kerjaya dan kembali aktif dalam dunia nyanyian.

Tahun lalu, media melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdana, Ampang dekat sini.


RAKYAT NEWS 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive