sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 14 April 2014

HOT NEWS : KIT SIANG BAKAL TERIMA HUDUD? BETUL KE NI? #HUDUD


Aku dengar-dengar Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak akan tampil menentang usaha Pas untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat sebagaimana tindakan pemimpin DAP lain kerana mahu menjaga hati penyokong Pas demi kelangsungan dinasti Lim.

Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, untuk menjamin kelangsungan dinasti Lim khususnya di Pulau Pinang, Kit Siang tidak akan mengikut jejak bekas Pengerusi, Karpal Singh dan Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua yang lantang memberi peringatan kepada Pas agar tidak meneruskan hasrat tersebut.

"Beliau tidak akan membuat pendirian tegas mengenai hudud demi menjaga hati penyokong Pas terutama di Pulau Pinang bagi memastikan negeri tersebut kekal berada dalam genggaman dinasti Lim," dakwa Lum Yong.

Sebelum ini pelbagai pihak mencabar Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP belum disahkan, Lim Guan Eng tampil menyatakan pendirian berhubung tindakan Pas mahu membentangkan rang undan-undang persendirian untuk mendapat kebenaran bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Cabaran dibuat selepas Karpal dan Tony Pua secara terbuka memberi ingatan keras kepada Pas agar jangan meneruskan hasrat tersebut kerana hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan pembangkang dan menjelaskan, DAP akan menggagalkan usaha parti sekutunya itu.

Dalam perkara ini, aku yakin akan timbul masalah besar kepada Kit Siang kerana hampir kesemua pemimpin DAP menentang keras usaha Pas itu. 

Adakah Dinasti Lim akan di tentang oleh dinasti Karpal jika benar Kit Siang bertindak tidak menentang perkara ini? Pastinya isu hudud bakal menghitung pertembungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat. 

Sama ada hancur gabungan Pakatan dan keluarnya Pas dari Pakatan masa akan menentukan. 

Pas harus berani dalam perkara ini,  inilah perjuangan Pas dari dulu lagi yang mahukab hudud dilaksanakan,  pedulikan Dap dan Pkr.  

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive