sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 22 April 2014

PEMUDA UMNO KEDAH YAKIN MASALAH YANG DIHADAPI PELAJAR DI JORDAN DISELESAIKA SEGERA


Pemuda UMNO Kedah Yakin Masalah Pelajar Di Jordan Akan Diselesaikan Dengan Segera


Pemuda UMNO Negeri Kedah menghargai keperihatinan YAB Menteri Besar yang mengambil tanggungjawab untuk membuat penelitian tarhadap beberapa cadangan Pemuda UMNO Negeri Kedah bagi menyelesaikan bebanan yang dihadapi oleh pelajar2 Kedah di Jordan.

Secara dasarnya hasil pemantauan dan maklumnbalas yang telah diterima oleh Pemuda sewaktu lawatan dan dialog adalah

1) Kenaikan lebih daripada 100% yuran pengajian dan kos-kos lain termasuklah kos penginapan, perubatan, buku-buku dan keperluan seharian akibat kebanjiran pelarian Syria serta masalah ekonomi dalaman kerajaan Jordan

2) Pelajar sering menerima pinjaman agak lambat dan keadaan ini berlanjutan hingga keakhir semester

3) Keadaan keselamatan dimana sering berlaku pencabulan seksual dan layanann"double" standard pihak keselamatan Jordan.

Jesteru itu Pemuda UMNO Kedah mengusulkan beberapa cadangan dan langkah utk penelitian dan tindakan YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri

1) Kenaikan bantuan pinjaman Yayasan Islam drpd RM 5,000 kpd RM8,000 utk satu semester. Jumlah ini dilihat mampu sedikit sebanyak menyelesaikan permasalahan kewangan dan kenaikan harga yuran pengajian. Pihak Pemuda UMNO Negeri juga menyarankan agar pihak Pusat Zakat negeri juga mengambil langkah yg serupa menaikkan "dermasiswa" yg sedia ada drpd RM 6500 ke RM 8,000.




2) Menukar status drpd "Pinjaman" kpd "Biasiswa" sekiranya seseorang pelajar tersebut mendapat keputusan yg cemerlang.

3) Menurunkan "Caj Perkhidmatan" drpd 4% ke sekurang-kurangnya 2%. Pemuda berpandangan Caj perkhidmatan yg dikenakan adalah terlalu tinggi dan perlu diberi pengurangan.

4) Memperakenalkan baucer buku khas utk para pelajar - Pemuda melihat tindakan ini mampu mengurangkan beban harga buku yg semakin meningkat di Jordan. sehingga kini hanya pelajar Universiti dan Kolej tempatan shj yg menerima "Baucer Buku 1Malaysia"

5) Mewujudkan tuntutan penerbangan - Pemuda UMNO Kedah mencadangkan agar pihak Yayasan Islam menanggung tiket penerbangan yg memulakan pengajian dan pelajar yg telah tamat pengajian.

6) Pemuda UMNO Negeri mencadangkan atas faktor bilangan pelajar Kedah dibawah Yayasan Islam yg agak signifikan, pihak Yayasan perlu mewujudkan sebuah sekretariat khas atau penyelia tetap di Jordan. Sehingga kini Pemuda difahamkan bhw pihak Yayasan hanya mempunyai sekretariat di Mesir.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive