sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 8 May 2014

PERDANA MENTERI @NajibRazak WAJIB PECAT JOSEPH ENTULU SEBELUM TERLAMBAT !!!




Kemarahan Orang Melayu/Bumiputera makin memuncak malam tadi di media sosial , begitu kecewa mereka apabila Joseph Entulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa ruang kaum dan agama borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan.

Hak Bumiputera makin dikikis oleh manusia sebegini , tanpa pengumuman dibuat kepada rakyat sebelum melaksakan perkara ini telah menaikan darah orang Melayu Bumiputera. Mesyuarat kabinet di katakan telah bersetuju padahal menurut beberapa jemaah Menteri berkata perkara ini belum diputuskan. Jika belum diputuskan kenapa padai pulak si Joseph Entulu ni buat pengumuman media semalam. Adakah beliau nak cabar orang Melayu Bumiputera. 

Apj sarankan kepada Perdana Menteri eloklah pecat saja manusia sebegini dari menjadi Menteri Kabinet dari terus menjadi duri dalam daging kepada orang Melayu Bumiputera. Jika Menteri Umno dalam tu tak menentang , pasti sekali Orang Melayu Bumiputera akan bangun menentang mereka. 

Perkara sebegini adalah tekanan dari bangsa lain dan cuba mengikis dan mahu hak sama rata kepada semua , nampaknya Melayu Bumiputera kian terhimpit di bumi sendiri . Kepada Menteri Melayu Umno yang dipilih buat sesuatu atau rakyat bangun mempertahankan hak mereka kembali . 

1 comment:

Anonymous said...

nak dengar apa komen PAS... klu PAS tidak menyokong dan mempertahankanperkara ini dari berlaku... aku mengistiharkan diri aku sebagai penyokong dan ahli PAS selepas ini...

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive