Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui wujud kumpulan samseng ketika pemilihan parti itu baru-baru ini.
Pengerusinya Datuk Johari Abdul berkata, elemen negatif itu bagaimanapun hanya melibatkan jumlah yang sedikit dan ia dapat ditangani dengan baik.
"Apa yang tidak puas hati itu kita perhatikan satu persatu, transparen dan kita tidak sorok apa-apa. Kita merupakan satu parti yang terbuka, namun elemen yang negatif adalah penggunaan kumpulan gengster, saya tidak nafikan ada (wujud) tetapi jumlah yang sedikit dan kita dapat selesaikan masalah ini dengan baik," katanya kepada Rakyat News hari ini.
Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani juga memberitahu kebanyakan aduan yang timbul adalah bersifat teknikal dan ia dipandang serius parti.
"Kita lihat apa keputusannya, apa boleh dipertimbangkan apa jua tindakan. Jadi proses untuk pendengaran itu ada, tidak seperti UMNO dan Barisan Nasional (BN), bahkan kita juga buat dengan kadar pantas dan serta merta," tegas beliau.
Dalam masa sama, Johari menyifatkan insiden kekecohan yang berlaku ketika pemilihan itu juga hanya melibatkan jumlah yang sedikit malah perjalanan proses tersebut dianggap sebagai berjaya.
"Walaupun ada orang merasakan pemilihan Keadilan ini agak kelam kabut tetapi jumlah yang kelam kabut itu tidak besar. Untuk menguruskan pertandingan besar apatah lagi sistem kita berbeza daripada parti lain. Parti lain ada perwakilan, kita satu anggota satu undi. Jadi mahu menguruskan mereka untuk keluar mengundi dan diuruskan dengan baik, bukan senang, dalam keadaan parti yang tidak kaya dan tiada infrastruktur, kita berjaya adakan pemilihan. Jadi kalau ada 27 cabang yang kita akan adakan pemilihan semula, ia satu jumlah kecil," ujar beliau.
Selain itu Johari berpendapat bahawa wujud pergerakan luarbiasa dalam proses pemilihan parti yang kian matang apabila para calon yang bertanding berlumba-lumba dalam meraih sokongan terutamanya melibatkan ahli di akar umbi sekaligus menjadi antara persediaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU14).
"Saya rasa pemilihan ini memberi peluang untuk pastikan kawan-kawan melaksanakan tugas seolah -olah PRU. Mereka kena cari ahli, maknanya ada pergerakan luarbiasa. Setiap mereka yang bertanding akan bekerja keras untuk mendapatkan anggota yang keluar mengundi, semua orang akan berlumba-lumba. Selama ini kita tidak kisah mengenai (keahlian) anggota, ini bagus dalam persediaan kita menghadapi PRU akan datang. Ia berikan satu kebaikan kepada kita,"
"Dalam Keadilan (PKR) ini, bukan semua orang kaya yang ada duit boleh kawal semua orang. Sistem dalam perwakilan, yang ada duit akan kawal perwakilan. Perwakilan mudah dikawal.
"Di dalam Keadilan (PKR) walaupun ada duit, ada pengaruh belum tentu boleh menang. Sebab akhir sekali kena kerja keras turun ke bawah. Keseluruhannya, ia satu proses yang mematangkan kita dan memperkasakan parti. Kalau tiada sambutan tentu orang tidak peduli. Ia mendapat sokongan bukan sahaja kepada anggota tetapi kepada rakyat yang juga melihat ini satu pergerakan yang hebat. Ia mendapat perhatian bukan dikalangan rakyat biasa tetapi juga parti pemerintah UMNO / BN.
"Kita kerja kuat dalam pemilihan dan yakin anggota dan pemimpin akan kerja kuat utk PRU14.
"Ini satu keputusan yang positif yang berikan kesan baik kepada kita, sudah tentu ada aduan dan masalah tetapi ia diurus dengan baik," katanya.
RAKYAT NEWS
APJ : PKR - TUKAR JADI PARTI SAMSENG LAGI BAGUS
No comments:
Post a Comment