Baca ulasan Guan eng yang dipetik dari Malaysiakini
Cadangan kerajaan negeri Kedah untuk membina lapangan terbang kedua di Kedah tidak sesuai dari segi ekonomi atau mempunyai justifikasi, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Beliau berkata cadangan untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim menimbulkan banyak persoalan memandangkan lokasinya begitu hampir dengan Pulau Pinang.
"Perlu diingat bahawa Pulau Pinang adalah penerima terbesar pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia. Kedudukan Kedah begitu jauh dari segi FDI," katanya ketika mengulas cadangan kerajaan negeri Kedah untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim
Kenapa Guan Eng Bantah ?
Rupa-rupanya Guan Eng Guan Eng juga bercadang untuk membina sebuah lagi lapangan terbang di utara Pulau Pinang bagi membolehkan hasrat untuk membina terowong bawah laut yang dicadangkan oleh Guan Eng sebelum ini terlaksana. Al-kisahnya hurnn..
Guan Eng sepatutnya jaga Penang cukuplah, jangan iri hati dengan negeri lain..Kalau Guan Eng nak tahu untuk suku pertama tahun 2014 ini saja, RM 4 bilion pelaburan masuk ke Kedah dan meletakkan Kedah di tangga kedua selepas Sarawak yang mencatatkan pelaburan dalam sektor yang sama sebanyak RM8.26 bilion.
Justeru, tak mungkin Kedah akan membangun lebih pesat lagi berbanding di Pulau Pinang yang mana dikhabarkan pelaburan di bawah pentadbiran Guan Eng makin merosot.
Apapun kita sudah tahu niat sebenar kenapa dia bantah sangat Kedah nak bina Lapangan Terbang , rupanya diapun nak sama .... dan agenda sebenarnya adalah bila Lapangan Terbangnya terbina maka hasrat sulitnya untuk bina Terowong bawah laut tu menjadi halal.
Sebab tulah dia meroyan sangat dengan Kedah . Aku harap cadangan Kedah bagi melaksanakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim menjadi kenyataan dan di terima Kerajaan Pusat demi pembangunan bukan sahaja di Kedah malah di seluruh utara tanah air termasuk Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment