sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 9 September 2014

HOT NEWS : MALAYSIA TUNTUT DALANG NAHAS MH17 DIHERET KE MUKA PENGADILAN #MH17



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn akan berlepas ke Kiev malam ini untuk memastikan keselamatan pasukan keselamatan Malaysia terjamin ketika memasuki kawasan nahas pesawat MH17.

Beliau berkata, dua tujuan utama beliau kesana Ukraine adalah untuk meninjau lokasi nahas di samping menuntut agar pihak bertanggungjawab yang menembak jatuh MH17 di heret ke muka pengadilan.

"Perkara yang penting seperti saya menyatakan tadi adalah untuk dua tujuan dimana pertama sekali untuk memasuki kawasan nahas tanpa menjejaskan pasukan keselamatan cuma kita tidak mahu melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan sebarang risiko kepada pasukan keselamatan kita.

"Saya akan melihat sendiri tahap keselamatan di Kiev sama ada jaminan keselamatan ke lokasi nahas dapat dikecapi.

"Kedua adalah bagi menuntut keadilan dan memastikan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 dibawa kemuka pengadilan.

"Itu juga membawa bukti dan juga maklumat-maklumat yang sedang dikumpulkan oleh pasukan-pasukan tertentu," katanya kepada pemberita selepas Melancarkan Institut Onn Jaafar di Avenue K, di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, juga telah menyatakan hasrat untuk berkerjasama dengan kerajaan Malaysia di dalam nahas MH17 seperti mana yang berlaku dalam perkara MH370.

"Tony Abbott telah pun bertekad juga bersama-sama dengan Perdana Menteri seperti MH370 bahawa mereka juga akan bersama-sama dengan kita untuk menuntut keadilan dan keduanya mencari setakat mana yang mampu mangsa-mangsa MH17 yang termasuk juga warga Australia.




"Ramai pihak yang mengatakan bahawa geo-politik didunia tidak mengizinkan kita mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang berkepentingan tetapi Datuk Seri Najib telah membuktikan untuk Ukraine, kita boleh mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak seperti mana dalam isu MH370 dimana dunia melihatnya bercanggah dan ianya adalah kelebihan pada kita.

"Sekiranya ada negara yang boleh membantu masuk ke kawasan nahas adalah Malaysia dan kebetulan juga pesawat itu adalah milik kita. Jadi tiada sesiapa yang berhak menidakkan niat murni kita ini," katanya lagi.

Hishammuddin turut menegaskan, pihak kerajaan tidak akan sama sekali berdiam diri malah akan melakukan apa sahaja demi kepentingan waris-waris mangsa MH17.

"Kita tidak boleh duduk diam kerana Perdana Menteri telah berjanji kepada keluarga mangsa bahawa kerajaan akan lakukan apa sahaja yang kita mampu. Kita tidak akan berhenti selagi keadilan tidak dituntut.

"Saya juga merupakan salah satu waris pada mangsa MH17. Jikalau ada pihak individu yang ingin menuduh macam-macam, tuduhlah. Sebagai sebuah keluarga yang terlibat bayangkan perasaan saya sendiri.

"Jikalau saya tidak bertindak sesuatu bagaimana hendak menuntut hak keadilan buat keluarga penumpang MH17. Saya akan kesana (Ukraine) bukan sahaja sebagai seorang menteri malah saya mewakili mereka," katanya.

RAKYAT NEWS 

1 comment:

Anonymous said...

Awatlah si Menteri-LIBERAL ni - tak habis-habis nak biaqkan NEGARA ISLAM kita ni diPERBODOHkan rejim-rejim Barat pro-Israel/ZIONIS spt. Australia tu; mahupun Singapura/US dll! Lihat hasil 'bekerjasama' dgn. Australia-JAHANAM ni dlm insiden MH370 - apa jadi; habuk pun tak dak! Gantikan saja Menteri Pertahanan-LIBERAL ni; yg. seolah menganggap politik DAJAL rejim Barat-pro Israel/ZIONIS seolah mcm. mainan budak-budak! Bahkan dah tiba masa MERAMPAS balik UMNO dari PENGUASAAN si LIBERAL-PENGKHIANAT terutamanya golongan elit yg. dilahirkan dgn. "sudu emas"!

Kerana itulah sampai si LIBERAL-BANGANG-tak sedaq diri dari UMNO Sabah ni punyalah MENGHINA YAB Ayahanda Tun kita [sedangkan Sabah-Sarawak makin TERGADAI kat si PENGGANAS Kristian (pro-ZIONIS) untuk disatukan dgn. Singapura, pengkalan kuat Mossad-CIA-MI6-perisikan Jerman di Asia Tenggara]- lihat di http://sskeruak.blogspot.com/2014/09/why-mahathirism-no-longer-works.html; dan di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, serta bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar “bangsa Malayan bersatu”, pelansungan dari Malayan Union-JAHANAM ].







POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive