Tabung Haji Menafikan Pelaburan di Amerika Syarikat
KUALA LUMPUR, Isnin, 22 September 2014: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini. TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat.
Tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar.
Untuk makluman, TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya. Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya. Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat.
TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya.
-Tamat-
Komen Apj
Kalau nak buat fitnah pun biarlah logik akal sikit , Tabung Haji bukan sebodoh yang disangka oleh mereka-mereka yang buat fitnah tu , setiap perancangan mereka akan buat kajian untung ,rugi , baik atau buruk sesuatu projek atau pelaburan , bukan main terus labur atau buat projek saja .
Kalau ada niat lain tu , baik simpan sajalah , Tabung Haji bukan tempat nak cari duit atau makan paw ...
3 comments:
Mmglah Tabung Haji xbodoh, tapi takut org2 yg kemaruk duit dan berkepentingan sepertu punasehat2 liberal Najib tu yg akan bodohkan pendeposit Tabung Haji.
Kita waspada sbb Najib ni sesumpah. Bila lihat tiada bantahan dia akan terus merosak. Sama spt AKTA ISA dan AKTA HASUTAN.
Bila nak mansuh Akta Hasutan terima banyak kecaman rakyat Najib buat2 U-turn.. dia yg janji masa PRU dlu utk mansuh segala2nya..
So bewar dgn permainan punasehat2 Najib. Kna alert!
Ada kes tabung haji melabur melalui ahmadi hasan apa ke nama penyanyi. So pendedahan ini mungkin buat tabung haji uturn. Kira bernasib baik juga tu. Kalu berita tu hanya spekulasi mungkin baik untuk tabung haji sentiasa berhati2 utk melabur.
Sehingga kini tabung haji adalah yang terbaik.......
Post a Comment