sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday, 20 February 2015

Nik Nazmi Tak Payah Nak Guna Taktik Lapuk @azwanbro


Aku tak nampak pun masalah yang timbul apabila Tan Sri Shafee menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat mengenai kes liwat Anwar Ibrahim.

Rakyat dan juga penyokong Anwar sendiri harus tahu apa yang terjadi sebenarnya antara Anwar dan Shaiful. Jadi tidak ada perkara pun yang harus timbul. Kita nak tahu juga.

Mengenai isu Pemuda memberi ruang kepada Tan Sri Shafee di pentas mereka, aku rasa setiap pihak mempunyai hak untuk mendengar sendiri penjelasan dari Shafee kerana beliau dekat dengan kes liwat II Anwar ini.

Cabaran debat terbuka dari Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad, nak saja aku gelakkan Nik Nazmi ni, inilah wajah-wajah puak pembangkang, tak habis-habis dengan debatnya. Kalau debat tu berfakta ok juga tapi lebih kepada provokasi kepada Umno itu sendiri. Macam Anwar la waktu meroyan dalam kandang mahkamah apabila dijatuhkan hukuman. Peluang untuk berhujah tapi dimaki hamunnya Hakim-hakim mahkamah masa tu.

Bagi Naib ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun, beliau menyarankan Nik Nazmi berhenti menggunakan taktik lapuk bila cabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat mengenai kes liwat Anwar.

"Shafee secara sukarela mahu menjelaskan cerita sebenar jadi kita tawar pentas Pemuda kepadanya.

"Tidak timbul soal menggunakan Shafee, selepas enam tahun kita diam kerana menghormati proses perundangan negara, kini tiba masa kami untuk menjelaskan semuanya kepada rakyat," katanya.

Khairul Azwan mengulas dakwaan Nik Nazmi yang menyifatkan Khairy terdesak dengan menggunakan Shafee sebagai 'alat' untuk mendapatkan kepercayaan rakyat di dalam siri isu liwat Anwar ke seluruh negara.

Tegas Khairul Azwan, Pemuda Umno juga tidak berminat malah tidak mahu mengendahkan langsung cabaran Nik Nazmi yang disifatkan hanya sia-sia jika disahut.

"Inilah waktu kita turun padang memperjelaskan tuduhan dan juga memberitahu cerita sebenar terhadap dakwaan mereka kononnya isu ini merupakan konspirasi BN dan Umno.

"Tidak guna jika menghabiskan masa untuk berdebat dengan orang yang sentiasa menipu dan lari dari fakta sebenar.

"Kita rasa AMK harus menerima cadangan Pemuda Umno supaya mereka pergi berdebat dengan peguam-peguam Anwar yang gagal membela ketua mereka sendiri," jelasnya.

Dalam pada itu kata Khairul Azwan, nilai pembangkang kini kelihatan sangat murah dengan berselindung di sebalik Majlis Peguam di dalam setiap tindakan mereka.

"Cerminlah diri sendiri. Tidak payah hendak menuduh semberono jika diri sendiri tidak betul dan menggunakan Majlis Peguam sebagai pelindung," ujarnya.


1 comment:

Anonymous said...

Paling pelik sekali. Geng geng pembangkang bolih buat road show hampir 7 tahun..itu pun dlm masa kes menjuburi jantan dlm tindakan mahkamah. Kini dah terang terang mahkamah dah jatuh hukum..jadi memberi pencerahan olih TSS atas pentas pemuda UMNO dah jadi satu kesalahan ke..engkau buat secara haram tu bolih..yg dah halal jadi haram pulak dah..memang dasar pembangang.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive