sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 30 March 2015

GST : MOF Perlu Segera Beri Pencerahan Kepada Rakyat - @azwanbro @ahmadmaslan


Sebenarnya aku sendiri masih belum memahami sepenuhnya apa itu GST walaupun dah beberapa kali mengikuti sesi penerangan GST ini. 

Yang aku lihat sebenarnya penerangan GST ini belum mencapai sasaran sebenar iaitu rakyat di bawah. Mereka langsung tidak tahu apa itu sebenarnya GST. 

Sesi penerangan hanya dibuat di peringkat bahagian dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang datang tapi masih belum memahami erti sebenarnya GST. 

Rakyat bercerita mengikut persepsi yang dimainkan oleh pembangkang sampaikan rakyat bawah yang menyokong kerajaan pun terikut 'penerangan' dari pembangkang. 

Perkara ini turut mendapat perhatian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, melalui Naib Ketua Pemudanya Khairul Azwan Harun. 

Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Kementerian Kewangan (MoF) untuk menggunakan baki dua hari lagi untuk memberi penjelasan kepada pengguna akhir yang akan menanggung cukai barangan ‎dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, kementerian itu juga perlu segera mengemas kini senarai barangan serta perkhidmatan berkaitan supaya pengguna tidak tertipu ‎oleh penjual apabila GST berkuatkuasa nanti.

‎"Kita ‎desak MoF segera dalam tempoh dua hari lagi untuk permudahkan pejelasan kepada pengguna akhir yang akan menanggung GST.

"‎Barang dan perkhidmatan yang akan dikenakan GST perlu dikemaskini dan diperincikan supaya pengguna tidak tertipu oleh penjual. Jika ia berlaku, pasti keadaan akan menjadi kelam kabut," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Khairul Azwan mengulas keresahan dan kegusaran orang ramai menjelang pelaksanaan GST Rabu ini.

Sebelum ini, ‎Restoran Oldtown White Coffee telah memuat naik paparan contoh kiraan harga baharu makanan dan minuman mereka selepas pelaksanaan GST.

Paparan itu sekali gus‎ ‎mendapat reaksi negatif daripada orang ramai yang mempersoalkan mengenai ketelusannya.

‎Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan ketika diminta mengulas mengenai paparan harga tersebut berkata caj perkhidmatan tidak semestinya diletakkan pada kadar 10 peratus.‎

Dalam pada itu kata Khairul Azwan, rakyat kini sudah mulai faham dan menerima kebaikan sistem GST ini.

"Cuma rakyat masih dalam kegelapan yang mana barang dan perkhidmatan dikenakan GST atau dikecualikan," ujarnya.

Sebelum ini, MoF mengeluarkan kenyataan untuk menambah lebih banyak barangan dan perkhidmatan yang akan dikecualikan GST.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive