Gerak kerja tersusun dan perancangan yang mantap dari Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah berjaya menarik minat lebih 8000 anak muda menyertai sayap parti Umno itu.
Kempen #JomDaftarPemuda yang dilancarkan sejak 13 Februari lalu disasarkan sebanyak 120,000 ribu anak muda menyertai Pemuda Umno.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairul Azwan Harun berkata, kempen yang digerakkan Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda itu turut mensasarkan sebanyak 120,000 anak muda menyertai sayap parti itu sebelum akhir tahun ini.
"Ini sejajar dengan hasrat Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin untuk menjadikan pergerakan Pemuda lebih memahami denyut nadi anak muda dengan membuka seluas-luasnya ruang bagi mereka menyertai UMNO," katanya
Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairul Azwan Harun berkata, kempen yang digerakkan Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda itu turut mensasarkan sebanyak 120,000 anak muda menyertai sayap parti itu sebelum akhir tahun ini.
"Ini sejajar dengan hasrat Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin untuk menjadikan pergerakan Pemuda lebih memahami denyut nadi anak muda dengan membuka seluas-luasnya ruang bagi mereka menyertai UMNO," katanya
Sebelum ini, Khairy dilaporkan berkata, Pemuda di peringkat pusat, negeri dan cawangan perlu melaksanakan usaha merekrut keanggotaan baharu berkenaan secara berterusan sehingga menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Tegas Khairy, Pemuda juga perlu bijak menarik minat golongan muda untuk berkongsi aspirasi perjuangan dengan pergerakan itu bagi memastikan hala tuju belia di Malaysia seiring dengan hala tuju parti sendiri.
Dalam pada itu kata Khairul Azwan, Pemuda juga sudah menyegarkan jentera dengan kempen dan langkah proaktif pendaftaran ahli baru yang dijalankan secara besar-besaran.
"Kita ambil iktibar dari hasrat pemimpin akar umbi untuk melihat peremajaan di dalam parti.
"Dengan gerak kerja yang tersusun dan realistik termasuk jangkaan 9,000 ahli baru pada penghujung Februari ini, Biro Keahlian dan Daftar Pemilih yakin sasaran 120,000 ahli baru dapat dicapai menjelang penghujung tahun 2015," jelasnya.
Isu peremajaan adalah antara topik yang hangat pada Perhimpunan Agung UMNO 2014.
Ia turut mendapat pelbagai respon positif di media sosial pada ketika itu.
Ramai yang menyambut baik cadangan itu terutama sekali dalam meremajakan pemikiran ahli UMNO dari semua generasi.
Penulis berharap Pergerakkan Pemuda Umno terus turun ke serata corok kawasan bagi menarik minat anak-anak muda untuk menyertai usaha ini.
Ternyata semangat gerak kerja berpasukan Pemuda Umno ini berjaya dan ia dibuktikan dalam masa hanya 2 minggu lebih 8000 anak muda menyertai mereka.
Tahniah Pemuda Umno dan teruskan usaha anda.
2 comments:
Sudah rekrut sediakan aktiviti kemasyarakatan, celik intelek, berbudaya dan bertamaddun selaras gesaan Islam. Apa sahaja aktiviti bukan lagi sukarela "keluar wang poket sendiri" untuk menjayakan nya. Umno mesti bersedia memberi ganjaran komitmen titik peluh.
Sekarang zaman keperluan asas mesti di selenggara dengan tunai. Bukan "membeli" demi kesejahteraan Umat Melayu.
umno ni kurang org muda yg berpelajaran trmasuk dr klangan mahasiswa, no wonder la, tgk la umno sndri. lgpun klau angka tu rmai, tp ahli yg silent, xda guna jgk. boleh la banggakan dgn number tu.
Post a Comment