sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 18 August 2016

Ahli Parlimen Umno Langkawi Dakwa Agong MO1, Kenyataan Biadap Dan Kurang Ajar


Dakwa Agong MO1 memang tak bertanggungjawab

SHAH ALAM – Tindakan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad mendakwa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan satu kenyataan sangat tidak bertanggungjawab.

Adun Ayer Hitam, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, pihaknya bersama Adun Kedah yang mewakili pembangkang berasa amat terkejut dengan dakwaan melalui laman Facebook Nawawi dan ia tidak sewajarnya diungkap oleh seorang ahli Parlimen dari negeri itu.

“Beliau (Nawawi) telah membuat kesimpulan ini kononnya setelah mentafsir Perlembagaan Persekutuan.

“Ini adalah satu dakwaan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang anak Kedah bergelar ‘Yang Berhormat Ahli Parlimen’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mukhriz menegaskan bahawa pihaknya menuntut agar Nawawi memohon sembah keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong atas tuduhan tersebut kerana ia telah mencemarkan nama baik baginda selepas dikaitkan dengan skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, selain itu, Nawawi juga perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat negara ini kerana cuba untuk menipu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukannya MO1 seperti disenaraikan oleh DOJ sebelum ini.

“Segala butiran serta sifat-sifat yang dikaitkan dengan MO1 seperti disenaraikan oleh DOJ mengukuhkan dakwaan bahawa Najib Razak adalah individu tersebut.

“Propaganda serta putar belit konco-konco Najib tidak dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukannya MO1 dimaksudkan itu,”katanya.

Tambah Mukriz, pihaknya mendesak agar Najib menghentikan semua penipuan dan berundur dari memegang jawatan Perdana Menteri bagi menamatkan kemelut serta krisis membelenggu negara.

petikan artikel : sinar harian 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive